Terimalah Penjelasan Pengerusi Masjid


 
Pengerusi Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, sudah tampil membuat penjelasan di hadapan jemaah yang mendirikan sembahyang Jumaat minggu lalu. Penjelasan turut dirakam dan videonya masih boleh ditonton di saluran YouTube. Media juga sudah menyiarkan penjelasan itu. Maka tidak perlu saya ulangi dengan terperinci kerana pasti ramai sudah tahu apa yang dijelaskan.
Penjelasan berhubung insiden berlaku di Masjid At-Taqwa menjelang waktu solat subuh 1 Jan lalu. Juga status mental lelaki yang masuk masjid dan bikin kacau. Insiden itu juga saya tidak perlu huraikan kerana sekali lagi dinyatakan ramai yang sudah tahu. Video insiden sudah ditular.
Yang ingin saya sentuh ialah nasihat Mohd Fadzil Yusof, pengerusi masjid. “Yang penting, pertama jangan ‘share’. Lebih penting jangan komen”. Tepat. Beliau merujuk video insiden dan komen orang yang menontonnya.
“Check dulu,” katanya. Jelas beliau bercakap mengenai golongan yang tengok video dan buat kesimpulan sendiri tanpa tahu hujung pangkal dan keadaan sebenar. Memang benar kata beliau. Ramai yang lempar pelbagai tuduhan. Antaranya “orang kafir nak ceroboh masjid,” kata Fadzil.
Saya sendiri ada membaca kapsyen yang mengiringi ‘the video in question’ yang tertera:
‘Mereka semakin berani mencabar Islam’ dan ‘jangan sampai kami hilang sabar’. Kita tahu siapa ‘mereka’ yang dimaksudkan sang penulis kapsyen. ‘Jangan sampai kami hilang sabar’ pada hemat saya ialah ancaman.
Benar kata pengerusi masjid: “Akibat perbuatan kita, boleh membawa pelbagai bencana. Di negara kita perkara sensitif jangan diketengahkan. Provokasi boleh merugikan kita dan tidak mencerminkan Islam sebenar.”
Mengambil kira reaksi penonton video beliau, ramai yang bersetuju dengan pendapat pengerusi masjid dan menerima baik penjelasan diberi.
Bagaimanapun, walaupun benar kata-kata pengerusi masjid, ada juga pihak yang tidak setuju dan mempertikai. Lihat saja ruangan komen penonton yang disiar bersama video berkenaan. Begitu juga komen negatif terhadap hujah Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin. Ada penonton video Maza yang tidak senang dengan hujah bernas beliau.
Mengapa ini terjadi? Bagi saya:
i. Ada kalangan orang Melayu Islam di negara ini yang termakan malah telan bulat-bulat naratif kononnya Islam terancam, Melayu dan Islam dalam bahaya di negara ini yang dicanang pihak tertentu dan;
ii. Golongan yang mencipta naratif Islam terancam menangguk di air yang keruh yakni mengambil kesempatan apa yang berlaku d Masjid At-Taqwa tempoh hari.
Tidak perlu jadi pakar politik untuk tahu naratif Islam Melayu terancam dan diancam berunsur politik dengan tujuan menumbangkan kerajaan. Sang pencetus naratif sedar betapa sayangnya orang Melayu terhadap agamanya lantas akan melakukan apa sahaja demi Islam.
Harapan mereka ialah orang Melayu yang percaya naratif mereka akan bertindak menumbangkan kerajaan terutama menerusi peti undi kerana yakin akan tuduhan kerajaan dicucuk hidungnya oleh parti bukan Islam lalu tidak boleh diharapkan mempertahankan Islam. Strategi mudah yang terang bak sinar matahari.
Lalu masyarakat Melayu khususnya perlu tahu mana benar mana yang dusta. Dalam kes di Masjid At-Taqwa penjelasan pengerusinya dan juga hujah mufti Perlis wajar diteliti dan dihayati. Penggemar menularkan video saya cadang tularkanlah video Fadzil dan Asri demi kebaikan semua. Cukup sebelum saya dituduh berkhutbah.
Namun, golongan yang sudah dipengaruhi naratif Islam dalam bahaya dan terancam akan menolak apa juga hujah yang tidak seirama naratif yang mereka percaya meskipun penjelasan wajar dan logik. Mereka mahu dengar apa yang mereka mahu dengar. Harap anggapan saya salah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/terimalah-penjelasan-pengerusi-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Selat Kat Pulau Melaka

Masjid Selat Kat Pulau Melaka

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 161 hits
Assalammualaikum Dunia Korang yang dah berkunjung ke Pulau Melaka mesti tidak melepaskan peluang untuk pergi ke masjid Selat atau masjid terapung di Melaka Kumpulan Surah Surah Pilihan Masjid SelatKebiasaannya pada hujung minggu pengunjung ...
Bila Orang Masjid Kaki Belasah

Bila Orang Masjid Kaki Belasah

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 103 hits
RonasinaAhli masjid juga manusia biasa Sama seperti mereka yang bukan kaki masjid Hari itu saya melepak dengan beberapa kawan terdiri orang surau Sejak remaja saya sudah mengenali mereka dan sejak muda lagi mereka ini memang banyak meluangk...
Gereja Ada Kuil Ada Masjid Tak Ada What

Gereja Ada Kuil Ada Masjid Tak Ada What

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 149 hits
Semasa artikel ini ditulis Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Tiong King Sing sudah tampil membuat penjelasan mengenai tiadanya visual masjid dalam video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 Kesimpulan penjelasan yang panjang lebar ialah Ti...
Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

Laungan Reformasi Sambut Pm Anwar Bersolat Jumaat Di Masjid India

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 201 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau kawasan sekitar Masjid India selepas menunaikan solat Jumaat hari ini Foto Iskandar IshakKUALA LUMPUR 10 Jan Laungan keramat Reformasi menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr...
Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India Pm Anwar

Kementerian Wilayah Diminta Perbaiki Premis Niaga Uzur Sekitar Masjid India Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 149 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau keadaan sekitar Jalan Masjid India termasuk memeriksa awam selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid India pada Jumaat Foto BernamaKUALA LUMPUR 10 Jan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Singgah Sebentar Di Masjid Kapitan Keling

Singgah Sebentar Di Masjid Kapitan Keling

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 216 hits
Singgah Sebentar Di Masjid Kapitan Keling Antara wishlist akak tahun 2025 ini ialah untuk singgah solat sebanyak mana masjid yang mungkin tak kira di manapun Melihat keindahan rumah Allah yang dijaga sebaiknya untuk kemudahan umat Islam men...
Ganggu Jemaah Pengurusan Masjid Santuni Ibu Bapa Lelaki Alami Masalah Mental Esok

Ganggu Jemaah Pengurusan Masjid Santuni Ibu Bapa Lelaki Alami Masalah Mental Esok

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 268 hits
BernamaKUALA LUMPUR Pengurusan Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail akan menyantuni keluarga lelaki yang mengganggu jemaah dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lepas esok Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang menunaikan solat Jumaat di masji...
Masjid Sultan Ibrahim

Masjid Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 111 hits
Lokasi Masjid Sultan Ibrahim Alamat Lot PT5179 Kampung Ayer Hitam Pantai Tanjung Bidara 78300 Masjid Tanah Melaka Waktu Operasi Tidak diketahui Tarikh Lawatan 23 Disember 2024 Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di Tanjung Bidara menjadi lo...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Penemuan Patung Kuno Unik Dan Luar Biasa

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Tum Tum Raya Shiha Zikir Ieda Zikir

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Syawal Rindu Chord

Rayuan Haji 2025 Mungkin Hanya 2844 Kekosongan Untuk Diisi 84000 Orang

Senarai Ubat Tonsil Yang Mujarab

Skuad Tok Gajah Tidak Akan Beraksi Dalam Liga M Kenapa Orang Lain Buat Kenyataan Untuk Sri Pahang

Pemilik Kapal Buat Laporan Polis Terhadap Ngo Semboyan Malaysia