Terima Suapan Rm3 000 Pegawai Kanan Imigresen Didakwa Di Hospital


BernamaZulkifly Zapar, 46, timbalan penolong pengarah kanan, Bahagian Pencegahan Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi di hospital.SHAH ALAM: Seorang pegawai Jabatan Imigresen didakwa di sebuah hospital swasta atas pertuduhan memperoleh suapan RM3,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas siasatan dijalankannya.
Zulkifly Zapar, 46, timbalan penolong pengarah kanan, Bahagian Pencegahan Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi di hospital itu.
Prosiding selama 30 minit itu bermula 11 pagi di sebuah bilik khas berikutan Zulkifly dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami darah tinggi dan sakit jantung.
Tertuduh yang berkerusi roda didakwa memperoleh secara rasuah bagi dirinya sebagai ejen Jabatan Imigresen Malaysia, suatu suapan berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki melalui pihak ketiga, seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas siasatan dijalankannya.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya, 21 Nov 2019.
Difahamkan, kertas siasatan itu berhubung cap keselamatan palsu.
Zulkifly didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Noor Hafizan Zakaria menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tidak dibantah peguam M Rishee yang mewakili tertuduh.
Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.
“Tertuduh juga perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan sama ada berjumpa atau dalam bentuk maya seperti laman sosial dan sebagainya,” katanya.
Mahkamah menetapkan 21 Jan 2021 untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, ketika prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, adik perempuan tertuduh memaklumkan kepada mahkamah, abangnya tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Siti Noor Hafizan memohon supaya pertuduhan terhadap tertuduh dijalankan di hospital itu dan memberitahu bahawa pegawai penyiasat telah memaklumkan mengenai perkara tersebut kepada pihak hospital.
“Tarikh lepas (11 Dis) tertuduh tidak hadir, sepatutnya dia datang,” katanya.
Siti berkata, pertuduhan sepatutnya dibacakan terhadap tertuduh bagaimanapun dia tidak hadir hari ini.
Azura berkata: “Buat prosiding di sana (hospital). Urusan jamin nanti datang sini (mahkamah). Kes ditangguh ke hospital,”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/terima-suapan-rm3000-pegawai-kanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Imigresen Meraung Selepas Mengaku Salah Terima Suapan Rm12 000

Pegawai Imigresen Meraung Selepas Mengaku Salah Terima Suapan Rm12 000

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 352 hits
Seorang pegawai Jabatan Imigeresen Malaysia meraung selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 30 hari selepas mengaku bersalah menerima RM12 000 pada 2 Disember lalu Zalizi Ismail 26 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozilah Salleh ker...
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21 500 daripada seorang wanita bagi melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigre...
Mengaku Terima Rasuah Pegawai Imigresen Didenda Rm30 000

Mengaku Terima Rasuah Pegawai Imigresen Didenda Rm30 000

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 325 hits
Pendakwa raya mohon hukuman berat ambil kira kesalahan tertuduh gadai keselamatan negara AYER KEROH Mahkamah Sesyen memerintahkan bayaran denda sebanyak RM30 000 ke atas seorang kakitangan Jabatan Imigresen selepas mengaku bersalah terhadap...
Pegawai Perangkaan Didakwa 43 Tuduhan Terima Suapan

Pegawai Perangkaan Didakwa 43 Tuduhan Terima Suapan

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 233 hits
Tertuduh tak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan SHAH ALAM Seorang pegawai Jabatan Perangkaan Negeri Selangor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM32 751 20 berkaitan projek pe...
Warga Bangladesh Didenda Rm10 000 Rasuah Pegawai Imigresen

Warga Bangladesh Didenda Rm10 000 Rasuah Pegawai Imigresen

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 253 hits
177 total views 177 views today KUALA LUMPUR 14 Dis Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan RM8 500 kepada pegawai Imigresen sebagai upah membantu melepa...
Pegawai Imigresen Menangis Teresak Esak Dipenjara 30 Hari Denda Rm20 000

Pegawai Imigresen Menangis Teresak Esak Dipenjara 30 Hari Denda Rm20 000

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 258 hits
ZALIZI dibawa pegawai SPRM ke Mahkamah Shah Alam Selangor hari ini SHAH ALAM Pegawai Imigresen menangis teresak esak sejurus Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM20 000 selepas mengaku bersalah atas pertud...
Lepaskan Warga China Guna Cap Palsu Pegawai Imigresen Didakwa Esok

Lepaskan Warga China Guna Cap Palsu Pegawai Imigresen Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 277 hits
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL SHAH ALAM Seorang pegawai Imigresen yang ditahan dipercayai terlibat dalam rasuah bernilai RM22 000 bagi melepaskan dua warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang menggunakan cap palsu akan dida...
4 Ditahan Menyamar Pegawai Kanan Sprm Ambil Rasuah

4 Ditahan Menyamar Pegawai Kanan Sprm Ambil Rasuah

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 232 hits
SPRM menasihatkan orang ramai yang dihubungi mana mana pihak memperkenalkan diri sebagai pegawai atau timbalan pendakwa rayanya supaya merujuk agensi anti rasuah itu untuk mendapat pengesahan PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mala...
Bekas Penolong Jagaan Kesihatan Mengaku Guna Wang Gaji 32 000 Tersilap Dibayar Hospital

Bekas Penolong Jagaan Kesihatan Mengaku Guna Wang Gaji 32 000 Tersilap Dibayar Hospital

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 230 hits
SINGAPURA Meskipun sudah diberhentikan kerja seorang bekas penolong jagaan kesihatan masih dibayar gaji bulanan dari Hospital Tan Tock Seng disebabkan oleh kesilapan sistem sumber manusia Antara Ogos 2018 dengan Disember 2019 dia menerima g...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang