Terima Rasuah Rm650 Pesara Polis Didenda Rm3 000


Oleh SURAIDAH ROSLAN KOTA KINABALU: Seorang pesara polis yang pernah bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat didenda RM3,000 di Mahkamah Khas Rasuah, di sini hari ini.
Tertuduh, Sarjan Jangli Mamat, 58, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat bagi pertuduhan rasuah ketika bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud pada 2016.
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM650 daripada Anizan Misdaranai, 39, yang dimasukkan ke dalam akaun Public Bank milik tertuduh antara 6 Oktober 2016 hingga 3 Mac 2017 bagi tujuan membebaskan tertuduh daripada kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.
Jangli yang berhadapan tiga pertuduhan hanya didakwa bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan setelah hakim mengugurkan dua pertuduhan untuk kesalahan sama.
Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam ini merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan kerana menghadapi masalah kesihatan dan ia merupakan kesalahan pertama yang dilakukan.
Ayah kepada empat anak ini memberitahu mahkamah bahawa sepanjang kerjaya sebagai anggota polis, beliau tidak pernah berhadapan dengan tindakan displin sehingga beliau bersara pada 2017.
Dalam kes berasingan, dua lagi pegawai dan anggota polis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah daripada individu sama antara 4 November 2016 hingga 30 Ogos 2017.
Inspektor Bobby Rhyne Warry Nawaru, 38, dan Koperal James Well Anak Lakin, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah antara RM3,600 dan RM600 daripada individu sama yang dimasukkan ke dalam akaun bank kedua-dua tertuduh.
Bagi kesemua pertuduhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Bobby Rhyne yang berhadapan lapan pertuduhan dibenarkan diikat jamin dengan bayaran RM10,000 dan deposit RM5,000 manakala, James yang didakwa bagi tiga pertuduhan dibenarkan diikat jamin dengan bayaran RM6,000 dan deposit RM3,000 beserta seorang penjamin tempatan.
Hakim menetapkan 6 Disember sebagai tarikh pengurusan kes dan kedua-dua tertuduh diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan diminta melapor diri setiap dua bulan di pejabat SPRM berhampiran.
Kes dikendalikan oleh Nurul Izzati Sapifee manakala, kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Setakat ini, 10 orang pegawai dan anggota polis dari IPD Kota Belud didakwa atas kesalahan menerima rasuah daripada individu yang sama. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/terima-rasuah-rm650-pesara-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemotong Bekalan Elektrik Didenda Rm6 000

Bekas Pemotong Bekalan Elektrik Didenda Rm6 000

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM Seorang bekas pemotong bekalan elektrik didenda RM6 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan kes rasuah sebanyak RM650 agar tidak memotong bekalan elektrik di dua rumah Januari tahun lalu Muhammad Syauqi Moha...
Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

Polis Pahang Akan Melupuskan Berbagai Jenis Dadah Bernilai Lebih Rm563 000

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 228 hits
KUANTAN Polis Pahang akan melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM563 000 iaitu barang kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Pahang bagi tempoh 2008 hingga 2021 Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoos...
31 000 Orang Lansia Di Aceh Sudah Terima Vaksinasi Covid 19

31 000 Orang Lansia Di Aceh Sudah Terima Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 225 hits
Para lansia tersebut yakni mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan sudah sepuh sehingga mereka perlu difasilitasi khusus Pemerintah Aceh dan pemerintah kabupaten kota juga telah mendekatkan pelayanan vaksinasi hingga di Puskesmas pembantu
Freemasons Sumbang 5 000 Pelindung Muka Pada Pasukan Polis

Freemasons Sumbang 5 000 Pelindung Muka Pada Pasukan Polis

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 204 hits
Persatuan Kebajikan Bintang Utara yang mewakili pertubuhan Freemasons daripada negeri negeri Utara Semenanjung Malaysia menyalurkan bantuan pelindung muka kepada Polis Diraja Malaysia Menurut kenyataan pertubuhan tersebut sumbangan itu bagi...
Rm100 000 Untuk Beli Pangkat Superintendan Polis

Rm100 000 Untuk Beli Pangkat Superintendan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 274 hits
KLANG Seorang wanita mendakwa seorang pegawai polis meminjam RM100 000 daripadanya untuk membeli pangkat superintendan Dalam laporan polis yang dibuatnya wanita itu mendakwa timbalan superintendan terbabit dan rakannya secara berasingan men...
Melaka River Cruise Terima 10 000 Pengunjung Selepas Dibuka Semula

Melaka River Cruise Terima 10 000 Pengunjung Selepas Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 225 hits
MELAKA Melaka River Cruise menerima kira kira 10 000 pengunjung dalam tempoh 14 hari selepas sektor pelancongan negeri itu dibuka kepada pelancong tempatan susulan peralihan Melaka ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara mulai 1 Oktober lalu Ke...
Inspektor Bahagian Narkotik Antara 5 Polis Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan

Inspektor Bahagian Narkotik Antara 5 Polis Mengaku Tidak Bersalah Terima Suapan

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 234 hits
Salah seorang anggota polis dipercayai terlibat kes rasuah berada di kaunter pembayaran jaminan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu hari ini Inspektor antara 5 anggota polis d...
Sektor Perladangan Sawit Bakal Terima 32 000 Pekerja Asing Dengan Sop Ketat

Sektor Perladangan Sawit Bakal Terima 32 000 Pekerja Asing Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 217 hits
BERNAMA Pekerja dari Indonesia akan dibawa masuk terlebih dahulu diikuti pekerja asing dari negara negara lain Seorang pekerja ladang sawit mengangkat buah kelapa sawit yang dipetik di Felda Pasoh 4 Jelebu Prosedur operasi standard yang ket...
Hampir 26 000 Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

Hampir 26 000 Penjawat Awam Belum Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 223 hits
Hampir 26 000 penjawat awam belum terima vaksin Kira kira 1 6 peratus atau 25 920 kakitangan sektor awam belum menerima vaksin dan ketua ketua jabatan akan memahami punca mereka enggan berbuat demikian Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Peke...
The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Care Much

Salam Jumaat

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy