Terima Kasih Kerana Sayang Kami Sekeluarga Isteri Eow Jin
Shawaliah Hadir                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Isteri,  Datin Khaw Lean Kee bersama suaminya yang merupakan bekas 
komposer dan  pemuzik terkenal tanahair Datuk Ooi Eow Jin, 84, ketika 
menerima bantuan  dari Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) di 
rumahnya Taman Sea,  Petaling Jaya. foto MOHD ADZLAN,             KUALA LUMPUR – “Saya hanya ada anak lelaki yang menghidap  sakit tumor otak, tidak ada lagi anak lain yang mampu menjaga kami tiga  sekeluarga,”.
Itu kata-kata yang terbit dari bibir isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin iaitu Datin Khaw Lean Kee.
Menjaga suami yang sudah uzur dan anak lelakinya yang juga  terlantar puluhan tahun membuatkan wanita 80-an itu tidak mempunyai  pilihan lain selain menjadi ‘wanita besi’.

Isteri,  Datin Khaw Lean Kee bercakap dengan media selepas 
menerima bantuan  kepada suaminya yang merupakan bekas 
komposer dan pemuzik terkenal  tanahair Datuk Ooi Eow Jin, 
84, ketika di rumahnya Taman Sea, Petaling  Jaya. foto 
MOHD ADZLANNamun dalam kepayahan yang dihadapinya, beliau bersyukur kerana ramai  yang menyayang keluarganya dengan menghulurkan bantuan kewangan.
“Hari ini saya mahu ucap terima kasih kepada semua, yang membantu  kami. Tiga tahun ini, setiap hari kami lebih tenang tidak seperti  sebelum ini kerana ramai membantu kami.
“Saya hanya ada seorang anak lelaki sekarang tiada anak yang akan  menjaga kami. Tapi saya bertuah ramai orang sayang saya dan suami,”  katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ziarah oleh  Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT) Datuk Dj Dave.
Beliau tidak mempunyai sanak saudara yang lain, malah tidak mempunyai  sumber pendapatan lain tidak menyangka nmereka sekeluarga mendapat  perhatian masyarakat yang sangat prihatin.
Terdahulu beliau dilaporkan memerlukan dana RM65,000 untuk menanggung  kos pembedahan tumor otak yang dihadapi anak lelakinya, Raymond.
Pembedahan tersebut dijangka berlangsung pada 29 Jun ini.
Bagaimanapun, Lean Kee tidak menyangka, sumbangan orang ramai sudah mencecah RM100,000 hanya dalam bebeapa hari sahaja.
Justeru beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan kepadanya tiga beranak.
Tidak meminta lebih, Khaw pada saat ini memohon doa daripada seluruh  rakyat Malaysia agar mereka sekeluarga sentiasa dalam keadaan sejahtera.
Eow Jin sedang berjuang melawan penyakit Alzheimer dan sudah tidak lagi sekuat dulu.

Bekas  komposer dan pemuzik terkenal tanahair, Datuk Ooi 
Eow Jin, 84, ketika  ditemui di rumahnya selepas menerima 
bantuan dari Yayasan Kebajikan  Artis Tanahair (YKAT) di 
Taman Sea, Petaling Jaya. foto MOHD ADZLANKomposer dan pemuzik terkenal itu lahir pada 3 Jun 1938, pernah  bertugas bersama Orkestra RTM mulai tahun 1963 di RTM dan kemudiannya di  TV3 pada 1986 sehingga 1999.
Eow Jin mencipta pelbagai lagu tema untuk program-program stesen televisyen  berkenaan. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/terima-kasih-kerana-sayang-kami.html