Terima Kasih Dari Rafizi


 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛







Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.


Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.


Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.


Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.


Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.


Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.


Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.


Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.


Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.


Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.


Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.


Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.


Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.


Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.


Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.


Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.


Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.


𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝟮𝟰 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/terima-kasih-dari-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Julai 2023 Konvokesyen Kali Ke 4

Terima Kasih Julai 2023 Konvokesyen Kali Ke 4

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 93 hits
Terima Kasih Julai 2023 Konvokesyen Kali Ke 4 Allhamdulillah Julai 2023 berakhirnya semester A222 bagi tahun 2023 dan akan memasuki minggu peperiksaan pada bulan ini Saya padat aktiviti Julai Sebenarnya pabila masuk semester A222 pada bulan...
Tahniah Dan Terima Kasih

Tahniah Dan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 139 hits
26 Mei 2025 Isnin Waktu semakin hari terasa semakin singkat Tak terasa hari sudah petang Dulu bermain sampai lupa waktu pulang sekarang bekerja sampai lupa waktu untuk bermain Sungguh tak terasa bila terasa begitu cepat berlalu Hari ini ada...
Ya Allah Terima Kasih Kerana Tidak Pernah Meninggalkanku Di Saat Hampir Dan Nyarisku Menyerah

Ya Allah Terima Kasih Kerana Tidak Pernah Meninggalkanku Di Saat Hampir Dan Nyarisku Menyerah

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 82 hits
Dalam hidup ini ada masanya aku rasa kuat tapi lebih banyak ketika aku terasa lemah Ada waktu aku mampu tersenyum di hadapan orang tapi menangis tanpa suara ketika bersendirian Terlalu banyak liku yang aku lalui dan tidak semuanya mampu aku...
Ucapan Terima Kasih Kepada Yang Mengundi Saya

Ucapan Terima Kasih Kepada Yang Mengundi Saya

papar berkaitan - pada 30/5/2025 - jumlah : 64 hits
Saya mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada semua perwakilan yang telah mengundi saya dalam pemilihan parti KEADILAN baru baru ini Saya turut mengucapkan selamat memikul amanah dan menjalankan tugas kepada kepimpinan baharu parti k...
Rafizi Perjelaskan Kenapa Tak Mahu Hadir Perasmian Sayap Pkr

Rafizi Perjelaskan Kenapa Tak Mahu Hadir Perasmian Sayap Pkr

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 111 hits
Perasmian sayap PKR Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah macam mana boleh bocor RafiziFirdaus AzilIPOH Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan beliau tidak akan merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadi...
Rafizi Beri Bayangan Akan Letak Jawatan Menteri Ekonomi

Rafizi Beri Bayangan Akan Letak Jawatan Menteri Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 91 hits
Rafizi dan Desmond Lee ketika majlis MoU mengenai JS SEZ di Johor Bahru pada 11 Januari 2024 Rafizi mungkin berundur sebagai Menteri Ekonomi tidak lama lagi KUALA LUMPUR 19 Mei Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi ...
Pkr Campaigning With Bots Like Umno Says Rafizi

Pkr Campaigning With Bots Like Umno Says Rafizi

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 107 hits
The PKR deputy president says this reflects badly on the party and that Malaysians are closely watching the central leadership polls PKR deputy president Rafizi Ramli said his social media platforms are also flooded with bot accounts PETALI...
Untung Sikiit Ssikit Dah La Barang Asas Tak Naik Gas Murah Pakai Dulu Pun Harga Jual Mahal Jugak

Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Minat Cakap Banyak Mungkin Dia Wartawan Hebat Masa Depan

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Jalan Jalan Cari Makan Kampung Baru Kl

Baju Raya Haji 2025

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah