Teresek Jantung Pisang Kelantan Kegemaran Saya




Hari ini adalah hari jadi anakanda saya Muhamad Hafez yang ke 25 tahun. Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur dalam iman dan murah rezeki. Mama sayang Boy dan Mia dan akan sentiasa menyokong apa sahaja usaha Boy dan Mia. Sempena hari jadi beliau, kami sekeluarga makan tengahari di Simply Ribs yang merupakan restoran kawan Nana. 
Jadi selepas memasak, saya sempat makan sedikit nasi putih dengan Teresek Jantung Pisang dan ikan keli goreng sebelum bersiap untuk keluar. Huhuhu memang lepas rindu dan keinginan untuk makan teresek yang sekian lama. 
Teresek haruslah banyak jantung pisang nya berbanding keropeh ayam. Tapi saya hanya ada sebiji jer jantung pisang. Kalau diguna 2 biji, lagi ngam lah teresek saya hari ini. 


Teresek adalah antara lauk dan masakan tradisional Kelantan yang menjadi kegemaran saya sejak dulu dulu lagi. Ia biasanya dihidangkan di majlis kenduri dan perkahwinan. Tapi sayang kerana sekarang, majlis kenduri di kampung banyak menggunakan perkhidmatan katerer. Jadi lauk seperti ini, memang agak susah untuk ditemui lagi. 
Saya rasa lama kelamaan generasi muda, pasti tidak akan kenal lagi lauk ini. Bila makan nasi putih dengan teresek, saya suka menggaul gaul kuah teresek dengan nasi. Walaupun ianya tidak akan menjadi seperti kuah yang banjir tapi secukup untuk membasahkan nasi. Rasanya memang authentic.
Selain Teresek Jantung Pisang, saya juga suka Teresek kacang panjang. Klik di SINI untuk melihat entri penyediaan masakan Teresek Jantung Pisang semasa kenduri di rumah kakak saya. Klik di SINI untuk Teresek kacang panjang.
Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Teresek Jantung PisangOleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - hati, mempedal, tengkuk, kaki 2 biji jantung pisang - saya guna 1 jer
2 sudu besar rempah gulai kawah 1 sudu besar cili kering kisar - membukit1/2 biji kelapa - santan
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisikGaram 
Gula Melaka
Gula

Bahan kisar:5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1/2 inci halia1/2 inci kunyit hidup
4 hirisan nipis lengkuas 1 sudu besar rempah ketumbar biji

Cara cara:Jantung pisang dibuang kulit luar dan ambil bahagian putih. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 5 minit. Tos dan diperah bagi mengeluarkan air yang pahit. 




Masak keropeh ayam dengan bahan kisar, cili kisar dan rempah gulai kawah hingga agak kering. 







Masukkan santan dan asam keping.  Masak sehingga santan mendidih dan terbit minyak.  



Masukkan jantung pisang yang telah diperah airnya dan kacau rata rata. 




Akhir sekali masukkan cili hijau, garam, gula, gula Melaka dan kerisik.  Sesuaikan rasa dan kepekatan. Jika suka sedikit berkuah, jangan dimasak terlalu kering kerana bila sejuk, kuah akan menjadi lebih pekat dan kering. 



Setelah jantung pisang lembut dan masak, bolehlah ditutup api. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/teresek-jantung-pisang-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yang Sedap

Jantung Pisang Goreng Cili Padi Yang Sedap

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 629 hits
Telah lebih seminggu saya menjalani pembedahan kaki Saya mulai rasa risau kerana pain killer yang diberi untuk dinakan dua kali sehari telah habis tapi sakit masih ada dan berdenyut Saya lagi risau bila saya bukan sahaja tidak boleh berjala...
Tengkujuh Sejauh Mana Persiapan Di Kelantan

Tengkujuh Sejauh Mana Persiapan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 241 hits
MUHAMED NORAZIHA ABDULLAHKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai tahap kesiapsiagaan dan persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh khususnya di negeri Kelantan Beliau me...
Cassio Kekal Di Kelantan

Cassio Kekal Di Kelantan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 171 hits
Cassio Francisco de Jesus Foto Syamsi SuhaimiCassio kekal di KelantanKOTA BHARU Persatuan Bolasepak Kelantan mengesahkan pemain pertahanan Cassio Francisco de Jesus kekal menyarung jersi pasukan itu musim depan Presidennya Bibi Ramjani Ilia...
Mukhriz Terima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan

Mukhriz Terima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 383 hits
KOTA BHARU Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendahului senarai 602 penerima Darjah Kebesaran Bintang Pingat dan Surat Kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke 49 yang berlangsung di Istana Balai B...
Tok Pa Dan Husam Sinergi Baru Ph Kelantan

Tok Pa Dan Husam Sinergi Baru Ph Kelantan

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 347 hits
N Faizal Ghazali Penyertaan anggota parlimen Jeli Mustapa Mohamed dalam parti Bersatu dilihat akan memberi nafas dan sinergi politik baru Pakatan Harapan Kelantan Penganalisis politik berpendapat bekas menteri Umno yang lebih dikenali sebag...
Kuih Barang Dalam Kain Mufti Kelantan Beri Teguran Pada Peniaga

Kuih Barang Dalam Kain Mufti Kelantan Beri Teguran Pada Peniaga

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 697 hits
Kuih Barang Dalam Kain Mufti Kelantan Beri Teguran Pada PeniagaKuih Barang Dalam Kain Mufti Kelantan Beri Teguran Pada Peniaga
Senarai Pemain Import Baru Kelantan 2019

Senarai Pemain Import Baru Kelantan 2019

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 958 hits
Senarai Pemain Import Baru Kelantan 2019 BERAKHIRNYA Liga Super musim 2018 maka bermulanya jendela perpindahan pada 29 November 2018 hingga 20 Februari 2019 Siapakah pemain import baharu Kelantan FA bagi aksi Liga Super Malaysia musim 2019 ...
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Yung Kai Wildflower Chord


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Meronda Ahad

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara