Terengganu Muflis Jika Pusat Gagal Pantau Penggunaan Royalti



Terengganu muflis jika pusat gagal pantau penggunaan royaltiPosted By: Pentadbiron: June 04, 2019 Print EmailTerengganu akan muflis jika kerajaan negeri pimpinan PAS itu terus bergantung pada bayaran royalti petroleum untuk menguruskan kewangan negeri, kata Pakatan Harapan (PH) Terengganu.Timbalan pengerusinya Azan Ismail berkata PH melihat kerajaan negeri terlalu bergantung pada dana daripada kerajaan pusat dan tidak mengusahakan sumber baharu untuk menambah pendapatan negeri.“Terengganu cuma bergantung ke atas sumber royalti minyak dan gasnya sekitar 90 peratus setahun,” katanya ketika diwawancara The Malaysian Insight di negeri itu.Azan yang juga pengerusi PKR negeri berkata belanjawan negeri tahun lepas mencatatkan peruntukan terimaan hasil minyak sebanyak RM1.7 bilion.Jelasnya, ia bermakna hasil kerajaan negeri seperti cukai pintu, perlombongan, perhutanan hanya sekitar RM300 juta hingga RM400 juta sahaja.“Ini beri gambaran yang sangat menakutkan bahawa sekiranya hasil minyak petroleum sudah tiada Terengganu sudah tentu akan menjadi negeri terawal yang diistihar muflis kerana tidak mampu menanggung belanjawan negeri tahunan,” katanya.Beliau berkata, dana royalti diterima itu sepatutnya hanya satu bonus di samping pendapatan sedia ada sebagai kelebihan untuk meningkatkan ekonomi dan menangani kemiskinan negeri tersebut.“Bayangkan jika hasil kerajaan negeri setanding dengan negeri lain, ditambah dengan perolehan dana petroleum ia boleh mengukuhkan kedudukan kewangan Terengganu.“Terengganu boleh uruskan pembangunan negerinya, pendidikan, kesihatan dan menambah baik prasarana,” katanya lagi ketika ditemui di negeri itu.Selain perbelanjaan untuk tujuan itu, dana berkenaan juga boleh disalurkan sebagai perunttukan untuk diberi secara percuma untuk anak jati negeri itu, katanya.Tambah Azan, beliau kesal kerana taraf ekonomi rakyat masih tidak berubah sejak Terengganu menerima royalti minyak dalam bentuk wang ehsan dari kerajaan persekutuan, 20 tahun lalu.“Terengganu kekal sebagai negeri ketiga miskin. Perkembangan mendatar saja kita cuma lihat pertambahan penduduk dan perumahan,” katanya.Pentadbiran PAS tidak dapat mengawal bayaran wang ehsan tersebut sewaktu berjaya menguasai Terengganu buat kali pertama dalam pilihan raya umum 1999.Dana berkenaan sebaliknya disalurkan melalui jawatankuasa dikawal Barisan Nasional (BN) kerana parti kerajaan persekutuan itu bimbang ia digunakan untuk menguatkan parti pembangkang.Ia disalurkan semula sebagai wang ehsan apabila Terangganu jatuh semula ke tangan BN dan membolehkannya menceburi pelaburan melalui Badan Kuasa Pelaburan Terengganu (TIA).Dana kedaulatan itu diubah menjadi syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang seterusnya dibelit kontroversi dan menjadi fokus siasatan skandal kewangan terbesar dunia.Terengganu kembali ditadbir PAS selepas pilihan raya umum tahun lalu dan dijanjikan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan untuk menerima royalti dari hasil minyak tersebut.Pentadbiran PAS yang dipimpin Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menerima bayaran royalti peringkat pertama bagi tahun 2018 dan 2019.Pembayaran secara terus sebanyak tiga kali itu berjumlah RM450 juta, daripada anggaran keseluruhan bernilai RM1.5 bilion hingga RM1.6 bilion.Baki bayaran seterusnya dijangka akan dibuat pada September.Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight pada April lalu, Ahmad Samsuri berkata dana yang diterima itu antara lain akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.Selain emolumen, ia juga akan digunakan untuk membiaya projek dibangunkan kerajaan lalu serta sebahagian hutang kepada kerajaan persekutuan yang dilaporkan berjumlah RM893 juta.Namun menurut Azan, kerajaan PAS tidak sepatutnya membayar gaji dengan menggunakan wang royalti kerana bercanggah dengan prinsip akauntabiliti kerajaan negeri.Beliau yang terkejut dengan tindakan itu berkata, ia sangat berisiko kerana kerajaan negeri tidak akan mampu membayar gaji apabila hasil petroleum berkurangan.“Pengakuan menteri besar membayar gaji kakitangan awam sangat mengejutkan kerana dana royalti minyak patut digunakan bagi tujuan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat bukan untuk bayar gaji.“Sekiranya duit royalti berkurangan akibat kejatuhan harga minyak dunia atau kurang produksi pengeluaran minyak dan gas atau berlaku krisis atau lebih teruk sumber itu habis di Terengganu,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/terengganu-muflis-jika-pusat-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korut Diduga Eksekusi Pejabat Senior Karena Dianggap Gagal Dalam Ktt Hanoi

Korut Diduga Eksekusi Pejabat Senior Karena Dianggap Gagal Dalam Ktt Hanoi

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 206 hits
Surat kabar pemerintah Korea Utara Rodong Sinmun mengatakan dalam komentarnya pada hari Kamis bahwa Bertingkah seperti seseorang menghormati pemimpin di depan tetapi memimpikan hal lain ketika seseorang berbalik adalah tindakan anti Partai ...
Persipura Gagal Raih Kemenangan Kandang Lawan Pss Sleman

Persipura Gagal Raih Kemenangan Kandang Lawan Pss Sleman

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 147 hits
Tuan rumah Persipura masih harus menelan pil pahit usai ditahan imbang PSS Sleman dengan skor 1 1 pada pertandingan Shopee Liga 1 Jum at di Stadion Mandala Jayapura
Kisah Nur Hasan Sang Petapa Gagal Dari Puncak Muria

Kisah Nur Hasan Sang Petapa Gagal Dari Puncak Muria

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 254 hits
Namanya Nur Hasan masih berusia muda yakni 35 tahun Pria asal Jepara mencoba bertahan sebagai petapa yang menjalani laku batin selama 40 hari di puncak Songolikur Gunung Muria Namun baru memasuki hari ke 21 ia harus dijemput tim SAR dari pe...
Ph Gagal Tidak Tahu Kawal Harga Barang Asas Rakyat Terhimpit Di Hari Raya

Ph Gagal Tidak Tahu Kawal Harga Barang Asas Rakyat Terhimpit Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 326 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun Exco Pergerakan Wanita UMNO Azizah Harun berkata semenjak Pakatan Harapan mengambil tampuk pemerintahan negara tekanan yang dihadapi oleh rakyat semakin tinggi dan terhimpit terutama sekali kos sara hidup Beliau berkata i...
Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

Sungailokan Gagal Curi Lembu Guna Honda Civic

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 405 hits
Tiga lelaki yang cuba mencuri seekor lembu jenis Brahman dengan menggunakan kereta jenis Honda Civic menerima padah apabila perbuatan mereka disedari penternak haiwan berkenaan di Jalan Sungai Lokan di sini hari ini Dalam kejadian kira kira...
Netanyahu Gagal Bentuk Pemerintahan Koalisi Israel Bakal Gelar Pemilu Ulang

Netanyahu Gagal Bentuk Pemerintahan Koalisi Israel Bakal Gelar Pemilu Ulang

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 196 hits
Keputusan pemilu ulang tersebut dipengaruhi oleh kegagalan Benjamin Netanyahu membentuk pemerintah koalisi yang kuat sebelum tenggat waktu tengah malam tadi
David Harbour Salahkan Mcu Sebab Hellboy Gagal Di Pawagam

David Harbour Salahkan Mcu Sebab Hellboy Gagal Di Pawagam

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 203 hits
Filem Hellboy versi 2019 terbit beberapa bulan lepas dan gagal untuk mendapat kutipan yang memberansangkan Filem itu juga gagal menerima pujian positif sekaligus menjatuhkan filem reboot kepada filem asal yang diterbitkan pada tahun 2004 He...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand