Terengganu Fc Bangkit Raih Satu Mata


Sanjar jaring gol kedua pasukan.

KUALA NERUS, 11 Mac- Terengganu Football Club (Terengganu FC) bangkit memungut satu mata apabila seri 3-3 menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, sebentar tadi

Bermain di gelanggang sendiri, Terengganu FC lebih banyak menguasai bola dan melakukan serangan seawal permainan.

Penyerang meningkat naik, Dominique Da Sylva memperolehi beberapa peluang di hadapan gol tetapi Khairul Azhan cekap mengawal gawang pelawat daripada dibolosi.

Memasuki minit ke-15, Selangor mula mendapat rentak dan melakukan percubaan-percubaan merbahaya ke kubu tuan rumah.

Pada minit ke-39, Selangor berjaya mendahului tuan rumah melalui penyerang, Ifedayo Olusegun.
Antara aksi malam tadi.
Bermula dengan sepakan sudut yang diambil Sandro Da Silva, Safwan Baharuddin menanduk bola kepada Ifedayo yang menyudahkan peluang dengan tandukan mudah melepasi Ilham Nasrullah.

Sang Penyu tidak menunggu lama, serangan dijana dan pada minit ke-42, Rahmat Makasuf pantas menyambar lorongan Faris Ramli dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan rendah.

Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Gergasi Merah sekali lagi mendahului tuan rumah, kali ini melalui 'tap' mudah Khyril Muhymeen dalam situasi kelam-kabut di depan gol pada minit ke-52.
Selangor dan Terengganu FC pamer permainan menakjubkan.
Sebelas minit kemudian, Dominique yang menerima hantaran Lee Tuck pantas melorongkan bola kepada Sanjar Shaakhmedov dan mudah disempurnakan penyerang Uzbekistan itu untuk Terengganu FC menyamakan kedudukan 2-2.

Selangor sekali lagi menunjukkan taringnya pada minit ke-69 apabila Brendan Gan menyambar bola tandukan Ifedayo yang gagal ditangkap kemas Ilham untuk gol ketiga pasukannya.

Ketika kedudukan dilihat memihak kepada pelawat, pertahan Selangor, Rodney menjatuhkan Faris Ramli di dalam kotak penalti dan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir permainan.

Antara gelagat penyokong Terengganu FC.
Terengganu FC berjaya bangkit mengutip satu mata setelah Lee Tuck menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-94.

Setelah tiga aksi Liga Super, Terengganu kini berada di kedudukan keenam liga dengan mengumpul empat mata.

Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/terengganu-fc-bangkit-raih-satu-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Fly Fishing Festival Perkenal Sungai Berang Ke Mata Dunia

Terengganu Fly Fishing Festival Perkenal Sungai Berang Ke Mata Dunia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 314 hits
Maliaman melihat peralatan memancing HULU TERENGGANU 29 Februari Penganjuran Terengganu Fly Fishing Festival bakal memperkenalkan Sungai Berang sebagai destinasi eko pelancongan kepada seluruh kaki pancing dari dalam dan luar negara Ahli De...
Kurniawan Kecewa Sabah Hadiahkan Perak Satu Mata Di Likas

Kurniawan Kecewa Sabah Hadiahkan Perak Satu Mata Di Likas

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 326 hits
Beraksi di halaman sendiri mendahului aksi dua kali namun gagal menjinakkan Perak sedikit mengecewakan pengendali Sabah Kurniawan Dwi Yulianto selepas kedua dua pasukan terikat 2 2 dalam aksi minggu ke 4 CIMB Liga Super 2020 Sabah membuka t...
Cimb Liga Super 2020 Terengganu Fc Bangkit Ikat Selangor

Cimb Liga Super 2020 Terengganu Fc Bangkit Ikat Selangor

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 1092 hits
Beraksi 10 pemain dalam 10 minit terakhir tidak mematikan semangat Terengganu FC apabila akhirnya berjaya mengikat Selangor 3 3 dalam aksi minggu ketiga CIMB Liga Super 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi Terengganu dip...
Sering Demam Panas Alieya Disahkan Menghidap Saraf Mata Bengkak Jangkitan Kuman Di Otak Ibu Rayu Bantuan Pada Yang Sudi

Sering Demam Panas Alieya Disahkan Menghidap Saraf Mata Bengkak Jangkitan Kuman Di Otak Ibu Rayu Bantuan Pada Yang Sudi

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 511 hits
Setiap ibu dan ayah mahukan anak anak membesar dengan sihat seperti anak anak sebaya mereka Tapi takdir dari Yang Maha Esa tiada siapa yang dapat menidakkannya Begitulah yang berlaku kepada seorang ibu Zarazelah Othman yang mana anak sulung...
Pasangan Mata Wang Usd Cad Menguji Tahap Rintangan Pembalikan Harga Diramalkan Akan Berlaku

Pasangan Mata Wang Usd Cad Menguji Tahap Rintangan Pembalikan Harga Diramalkan Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 310 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan pesanan 1 39020Faktor untuk kemasukan pesanan Rintangan bertindih mendatar Penarikan semula Fibonacci 61 8 Lanjutan Fibonacci 78 6 Take Profit 1 37471Faktor untuk kemasukan pesanan Take Profit Sokongan rendah a...
Mengalir Air Mata Datin Shahida Rai Ulangtahun Tanpa Dato Aliff Syukri

Mengalir Air Mata Datin Shahida Rai Ulangtahun Tanpa Dato Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 534 hits
Pasangan usahawan seIebriti Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida sering menjadi tumpuan netizen Baik atau burvk tindak tanduk mereka pasti mendapat komen sama ada kec4man ataupun pujian Cuma akhir akhir ini pelbagai kontr0versi yang berlaku...
Coronavirus Untuk Menolak Pasangan Mata Wang Eur Usd Ke Tahap 1 1055

Coronavirus Untuk Menolak Pasangan Mata Wang Eur Usd Ke Tahap 1 1055

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 320 hits
Menurut carta 4 jam Fiber masih berdagang di bawah tekanan jualan Pergerakan menurun ini dikaitkan dengan pandemik coronavirus di zon euro seperti kuarantin di Itali dan penguncian sempadan negara di banyak negara EU Sentimen keengganan ris...
Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka

Monolog Jiwa Kredit Tiktok


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Art Berat By Sofea 003

Personal Brand Gen Z Kunci Income Jangka Panjang

Laings Uk Laing The Jeweller Limited Companies House Gov Uk

Cara Pilih Headphone Noise Cancelling Terbaik Untuk Muzik Kerja

Stok Seafood Untuk Seminggu