Terengganu Dapat Royalti Minyak Rm5 Bilion




Kerajaan Pas Terengganu tidak sewajarnya menyembunyikan maklumat telah menerima sekitar RM5 bilion hasil royalti petroleum daripada Kerajaan Persekutuan sejak Pakatan Harapan memerintah pada 2018.
Menurut Pengasas NGO GEGAR dan ROYALTI yang berjuang menuntut bayaran sejak 2009 – 2019, Mohd Hisyamuddin Ghazali (Syam Ghaz), propaganda Pas sebelum ini yang memburuk burukkan Kerajaan Perpaduan belum menjelaskan royalti adalah sangat tidak wajar.
Kata beliau tindakan memburuk burukkan Kerajaan itu, terutama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan lalu merupakan tohmahan yang tidak sepatutnya daripada parti yang dipimpin ulama.
“Tempoh kempen PRN pada bulan Ogos 2023 lalu, beria-ria Pas kempen Kerajaan Perpaduan nafikan hak petroleum Terengganu.
“Habis semua walaun Pas dan macai Bersatu PN percaya, malah bermacam-macam fitnah ditabur bagi memburukan Kerajaan Perpaduan untuk pastikan mereka menang PRN.
“Langsung tidak berterima kasih, malah ditabur pelbagai fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia,” sinis Syam Ghaz dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian mengulas jawapan Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semalam di Sidang DUN Terengganu yang mendedahkan bayaran hasil petroleum telah masuk sejak 2018 lagi.
Bayaran bagi tahun 2018 menurut butiran berjumlah RM1.374 bilion, tahun 2019 berjumlah RM1.497 bilion, tahun 2020 RM1.226 bilion, tahun 2021 RM1.287 bilion, tahun 2022 RM1.394 bilion dan tahun 2023 setakat ini baru diterima RM405 juta.
“Kelmarin kantoi, apabila menjawab soalan di Sidang DUN, akhirnya MB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sendiri mengumumkan bahawa bayaran hasil petroleum telah masuk sejak 2018.
“Jumlah semua dari tahun 2018 hingga Oktober 2023 adalah RM5.957 bilion. Cukup banyak dan sangat besar bagi sebuah negeri tanpa perlu buat apa-apa, dan kebanyakkannya proses carigali dibuat oleh Petronas secara telus
“Lepas tu Pas mengaku Menteri Besar Terengganu paling hebat. Hebat goyang kaki pun duit masuk betul lah. Kejayaan lain tidak boleh dibanggakan pun
“Tanpa duit royalti, Kerajaan Terengganu tiada hasil utama bagi negeri, ekonomi negeri tidak berkembang baik di bawah pemerintah Pas. Sama macam di Kelantan,” ujarnya.
Tambah Syam Ghaz lagi, dengan wang melimpah ruah MB, Timbalan dan Exco hanya goyang kaki dan setiap hari berpolitik, berceramah ke sekeliling negeri. Sedangkan pemimpin di negeri lain, katanya, bertungkus lumus menjana ekonomi dan hasil.
“Jadi Pas Terengganu janganlah mendabik dada kononnya MB Terengganu hebat sangat.
“Baki duit petroleum untuk 2023 berjumlah RM1 bilion lewat masuk pun dah gelabah berpeluh habis.
“(Dalam hal ini diucapkan) terima kasih PMX, walaupun dimaki dan dihina oleh pengikut Pas, tetap teruskan dasar Malaysia Madani yang tidak diskriminasi Terengganu seperti Tun Mahathir,” katanya lagi – Suara Keadilan.
The post Terengganu dapat royalti minyak RM5 bilion first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36773?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=terengganu-dapat-royalti-minyak-rm5-bilion

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Porsche Tersadai Tepi Jalan Sebab Habis Petrol Rider Bantu Tong Minyak Sorang Sikit

Porsche Tersadai Tepi Jalan Sebab Habis Petrol Rider Bantu Tong Minyak Sorang Sikit

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 205 hits
Dalam perjalanan jauh adakalanya kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang tak dijangka jangka Bagaimanapun masih ada pengguna jalan raya lain yang baik datang membantu walaupun tidak mengenali antara satu sama lain Baru baru inu netizen me...
Mana Pergi Beras Tempatan Minyak Masak

Mana Pergi Beras Tempatan Minyak Masak

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 283 hits
bharian com myOleh September 29 2023 3 35pmHanya beras import kelihatan di sebuah pasar raya di Sungai Balang Muar susulan kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan sejak beberapa minggu lalu Foto NSTP Alias Abd RaniMUAR Kami di sini sudah se...
Hiburan Perut Lucinta Luna Makin Buncit Warganet Saran Pakai Minyak Yuyi Hilangkan Kembung

Hiburan Perut Lucinta Luna Makin Buncit Warganet Saran Pakai Minyak Yuyi Hilangkan Kembung

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 178 hits
Pensohor media sosial Indonesia Lucinta Luna baru baru ini mengeluh dan meluahkan rasa sedih kerana pasangannya Arten Boltian telah pulang ke Ukraina bagi mengikuti latihan ketenteraan Dia yang sedang hamil itu menulis panjang lebar mengena...
Mp Pasir Gudang Merungut Beras Tempatan Minyak Masak Gula Pasir Telur Ayam Yiiiileeeekkkk

Mp Pasir Gudang Merungut Beras Tempatan Minyak Masak Gula Pasir Telur Ayam Yiiiileeeekkkk

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 233 hits
Kalau MP pembangkang yang berbunyi nanti walanon masuk kata itu semua propagandis polifag pembangkang Dan kempen daripada agensi kerajaan pun bertaburan kononnya beras tempatan ada banyak Sekarang MP kerajaan sendiri yang berbunyi dan merun...
Dasar Mak Mertua Mulut Iblis Aku Maki Dia Puas Puas Mertua Terkebil Kebil Tengok Aku Naik Minyak

Dasar Mak Mertua Mulut Iblis Aku Maki Dia Puas Puas Mertua Terkebil Kebil Tengok Aku Naik Minyak

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum Cukup aku kenalkan nama aku Leona Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan ada dua orang anak Selama hampir 8 tahun juga sehingga ke hari ini aku mengalami depression gara gara sikap mak mertua yang suka membandingkan keluarga...
Menteri Hanya Yang Ada Id Khas Boleh Beli Minyak Masak Peket Tahun Depan

Menteri Hanya Yang Ada Id Khas Boleh Beli Minyak Masak Peket Tahun Depan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 307 hits
Afiezy AzamanKUALA LUMPUR Hanya mereka yang ada pengenalan diri khas dan disahkan layak sahaja boleh mendapatkan minyak masak berpeket melalui subsidi bersasar yang dijangka diperkenalkan tahun depan Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri...
Sistem Id Khas Untuk Minyak Masak Bersubsidi

Sistem Id Khas Untuk Minyak Masak Bersubsidi

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 381 hits
Minyak masak bersubsidi Sistem ID khas berisiko wujudkan pasaran gelapIsabelle LeongPerancangan kerajaan untuk memperkenalkan kad pengenalan khas bagi mereka yang benar benar layak membeli minyak masak bersubsidi berisiko mewujudkan pasaran...
Letupan Kilang Penapisan Minyak Haram Nigeria Ragut 37 Nyawa

Letupan Kilang Penapisan Minyak Haram Nigeria Ragut 37 Nyawa

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 309 hits
LETUPAN di kilang penapisan minyak haram di wilayah Delta Niger mengorbankan sekurang kurangnya 37 nyawa pada Selasa Letupan berlaku di kawasan Emohua di Rivers State ketika kilang penapisan memproses minyak mentah lapor Anadolu Agency meme...
Ada Id Baru Boleh Beli Minyak Masak

Ada Id Baru Boleh Beli Minyak Masak

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 337 hits
Ada ID Baru Boleh Beli Minyak MasakNak beli minyak masak perlu ada ID ya Inilah langkah terbaru kerajaan untuk mengawal ketirisan minyak masak bersubsidi yang sentiasa tak cukup di pasaran walaupun quota minyak masak yang dikeluarkan lebih ...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People