Terbukti Derma Arab Saudi Hanyalah Rekaan Najib


inforakyat.net
08/12/2021 6:00 PM

Dakwaan Najib Razak bahawa RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah derma dari Arab Saudi merupakan rekaan semata-mata, kata Mahkamah Rayuan.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, berkata tiada bukti langsung bahawa wang berkenaan datang dari keluarga diraja Arab Saudi, malah tiada asas munasabah untuk Najib mempercayai perkara itu.

“Dana itu datang dari SRC dan itu memang telah disahkan,” kata Karim ketika mengekalkan sabitan pengubahan wang haram terhadap Najib oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mahkamah Rayuan mendapati pembelaan kononnya wang itu diterima daripada kerajaan Arab Saudi tidak dapat dipertahankan atas alasan sama dicapai hakim perbicaraan.

Satu daripada pembelaan yang telah dikemukakan Najib, adalah mendakwa RM42 juta itu sebahagian daripada derma berterusan dari Arab Saudi yang dimasukkan ke akaunnya sejak 2011.

Karim berkata, Najib mendakwa beliau menganggap dana dimasukkan ke akaunnya adalah “derma Arab” dan bagi menyokong dakwaannya itu, beliau merujuk kepada surat-surat yang dikemukakan sebagai bahan bukti, yang dikatakan ditulis oleh Putera Saud Abdulaziz Al-Saud bagi pihak kerajaan Arab Saudi.

“Bagaimanapun, pembuat surat itu tidak pernah dipanggil, malah kesahihan surat itu juga tidak disahkan ketika perbicaraan. Jadi, isi kandungan surat Arab Saudi itu masih kekal sebagai dengar cakap dan tidak boleh diterima,” katanya.

Karim berkata, hakim perbicaraan mempertimbangkan pembelaan itu secara terperinci sebelum menolaknya.

Beliau menganggap hakikat bahawa Najib mempercayai dana di dalam akaunnya adalah sumbangan dari Arab Saudi tidak boleh diterima, jika dibandingkan dengan keseluruhan bukti yang ada.

“Kami juga mendapati pembelaan derma dari Arab Saudi ini tidak dapat bertahan atas alasan sama seperti hakim perbicaraan,” kata Karim yang bersidang bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Karim berkata, bukti jelas menunjukkan bahawa dana itu berasal dari SRC dan berakhir dalam akaun peribadi Najib.

“Jika ia derma peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada perayu, tiada sebab untuknya dideposit ke akaun SRC. SRC adalah syarikat berkaitan kerajaan dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan,” katanya.

Katanya, bukti menunjukkan bahawa dari 2014 hingga awal 2015, kira-kira RM136 juta telah digunakan oleh Najib, walaupun hanya mempercayai bahawa RM49 juta dimasukkan, mengikut dokumen yang dikatakan adalah surat keempat dari Arab Saudi.

“Kami bersetuju dengan pendakwaan bahawa keadaan berkaitan surat keempat itu jelas menunjukkan ia satu rekaan, dan perayu tidak mungkin percaya RM49 juta itu adalah dari keluarga diraja Arab Saudi,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/terbukti-derma-arab-saudi-hanyalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Carta Aliran Bekas Ag Buktikan Wang Di Akaun Najib Bukan Derma Arab

Carta Aliran Bekas Ag Buktikan Wang Di Akaun Najib Bukan Derma Arab

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 263 hits
malaysiakini comDua carta aliran kewangan yang didedahkan oleh peguam negara ketika itu Mohamed Apandi Ali lima tahun lalu sudah membuktikan bahawa wang yang disalurkan ke akaun bekas perdana menteri Najib Razak bukan derma dari Arab Saudi ...
Mahkamah Rayuan Anggap Kisah Derma Arab Kepada Najib Umpama Dongeng

Mahkamah Rayuan Anggap Kisah Derma Arab Kepada Najib Umpama Dongeng

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 269 hits
BERNAMA Menurut Mahkamah Rayuan hujahan pembelaan Najib itu tidak ada kredibiliti malah bercanggah dan ditolak oleh keterangan berdokumen Bekas perdana menteri Najib Razak Pembelaan bekas perdana menteri Najib Razak mengenai RM42 juta dalam...
Hakim Mahkamah Rayuan Hujah Derma Arab Di Buat Oleh Najib Tidak Dapat Di Pertahankan

Hakim Mahkamah Rayuan Hujah Derma Arab Di Buat Oleh Najib Tidak Dapat Di Pertahankan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 223 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan berpandangan dakwaan resit derma daripada keluarga diraja Arab Saudi adalah bukti yang tidak dapat dipertahankan dalam perbicaraan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd Dalam penghakiman yang d...
Arab Saudi Kini Bersalji

Arab Saudi Kini Bersalji

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 358 hits
Hmetro Tangkap Layar video The National News menunjukkan salji di beberapa kawasan di Arab Saudi Riyadh Cuaca sejuk hujan renyai dan hujan ais dengan salji dilaporkan di beberapa kawasan di Arab Saudi minggu ini memberi kegembiraan untuk me...
Model Ukraine Didakwa Jalin Hubungan Sulit Dengan Putera Arab Saudi

Model Ukraine Didakwa Jalin Hubungan Sulit Dengan Putera Arab Saudi

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 322 hits
LONDON Seorang model wanita berasal dari Ukraine dilaporkan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang putera Arab Saudi Yana Orfeeva didakwa menerima bayaran 30 000 pound seminggu untuk menemani putera tersebut manakala 4 000 pound dibayar ...
Arab Saudi Menaikkan Harga Minyak

Arab Saudi Menaikkan Harga Minyak

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 267 hits
Pengeluar minyak negara Arab Saudi Aramco membuat keputusan untuk menaikkan harga jualan rasmi untuk semua gred minyak mentah untuk pembeli di Asia dan AS selepas OPEC dan sekutunya bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran Langkah itu menun...
Wilayah Di Utara Arab Saudi Dilitupi Salji

Wilayah Di Utara Arab Saudi Dilitupi Salji

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 202 hits
Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji RIYADH Beberapa wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji sebahagian besarnya di Qurayyat di mana penurunan suhu ketara dicatatkan sejak Ahad lalu Pakar cuaca penyelidik astronomi dan ahli meteoro...
Najib S Story On Arab Donations Nothing But A Concoction

Najib S Story On Arab Donations Nothing But A Concoction

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 223 hits
Datuk Seri Najib Razak s claims of receiving billions in Arab donation was nothing but a concoction a three member panel of Court of Appeal judges ruled They judges comprising lead judge Datuk Abdul Karim Abdul Jalil Datuk Has Zanah Mehat a...
Panas Netizen Kecam Arab Saudi Anjur Konsert Justin Bieber

Panas Netizen Kecam Arab Saudi Anjur Konsert Justin Bieber

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 206 hits
December 9 2021 Arab Saudi dihujani kecaman daripada warga Twitter susulan arahan Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu yang mahu khutbah Jumaat minggu ini memberi amaran terhadap jemaah Tabligh Sedangkan dalam masa sama Arab Saudi dengan ...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuhan Parasit Yang Kelihatan Seperti Cendawan

Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1