Terbuka Malaysia Andrew Dari Australia Kekal Selaku Pendahulu


SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) — Pemain Australia Andrew Dodt mengekalkan kedudukan pendahulu keputusan ‘clubhouse’ pusingan kedua, selepas melakukan pukulan keseluruhan 13 di bawah par 131, pada edisi ke-55 Kejohanan Golf Terbuka Malaysia di Kota Permai Golf & Country Club, di sini hari ini.
Pemain berusia 34 tahun yang bermula baik pada pusingan pertama dengan melakukan sembilan di bawah par 63 semalam, bagaimanapun gagal mengekalkan rentak cemerlangnya apabila melakukan empat birdie bagi mencatatkan empat di bawah par 68, sebelum permainan terganggu akibat cuaca buruk.
“Saya berjaya meletakkan bola dengan baik di atas green, namun gagal menyempurnakan ‘putts’ seperti semalam, tetapi keseluruhannya saya bermain dengan baik. Saya lakukan satu pukulan 10 kaki menuruni bukit pada akhir-akhir permainan dan dapat melihat bola itu terus masuk.
“Sehingga kini pukulan saya tidak tersasar. Bagusnya saya kekal bermain tanpa ‘bogey’ dan bermain dengan baik. Saya bermain dengan sedikit teknikal dalam pukulan saya.
“Sehingga kini saya telah lakukannya dan gembira berada pada kedudukan yang baik, dengan kejohanan tinggal dua hari lagi. Saya akan terus bermain dengan gembira, kekal biasa dan kekal santai seperti yang telah saya lakukan. tiada yang berubah,” katanya di sini hari ini.
Walaupun dengan permainan yang sempurna, Andrew sedar saingan pemain China Liu Yanwei, yang mengekori rapat dengan ketinggalan hanya satu pukulan dengan keseluruhan 12 di bawah par 132.
Walaupun melakukan dengan dua bogey, pemain berusia 22 tahun itu melakukan tujuh di bawah par 65, satu keputusan terbaik setakat ini, dengan melakukan sembilan birdie, pada kejohanan yang diiktiraf Asian Tour dan dengan kerjasama Organisasi Golf Jelajah Jepun (JGTO).
“Kali terakhir saya melakukan sembilan birdie dalam satu pusingan kejohanan adalah ketika Jelajah China, Mac tahun lepas. Permainan saya kebelakangan ini agak baik dan ini mungkin pencapaian terbaik pernah saya lakukan…saya sangat gembira dengan permainan saya dua hari ini, dan berharap yang lebih baik hujung minggu ini,” katanya.
Trevor Simsby dari Amerika Syarikat menjadi pemain terbaik hari ini selepas mencatatkan lapan di bawah par 64, untuk berkongsi tempat ketiga bersama dengan rakan senegara Jarin Todd dengan jumlah keseluruhan 11 di bawah par 133.
Berikutan cuaca buruk yang melanda kejohanan dua hari berturut-turut, hampir separuh (77) daripada 156 pemain akan meneruskan pusingan kedua mereka pada 7.40 pagi esok, diikuti pusingan ketiga yang di jangka berlangsung sebelum 11.30 pagi.
Dengan ‘halfway cut’ dijangkakan pada satu di bawah par 143, dimana hanya 65 pemain akan layak ke pusingan akhir untuk dua pusingan terakhir pada hari minggu ini.
— BERNAMA
The post Terbuka Malaysia: Andrew Dari Australia Kekal Selaku Pendahulu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/07/terbuka-malaysia-andrew-dari-australia-kekal-selaku-pendahulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Jamin Keselamatan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2020

Polis Jamin Keselamatan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 281 hits
SHAH ALAM 4 MAC Polis memberi jaminan tahap keselamatan terbaik kepada seluruh pemain golf dan delegasi mereka sepanjang berlangsungnya Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2020 yang bermula esok hingga Ahad Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten ...
Robert Kuok Kekal Individu Paling Kaya Di Malaysia

Robert Kuok Kekal Individu Paling Kaya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 243 hits
Robert Kuok kekal individu paling kaya di Malaysia Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Mar 2020 1 44PM
4 Parti Dalam Ph Pun Tak Mampu Apabila Ug Lebih 10 Parti Rasanya Ekonomi Malaysia Hancur

4 Parti Dalam Ph Pun Tak Mampu Apabila Ug Lebih 10 Parti Rasanya Ekonomi Malaysia Hancur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 226 hits
Jom doakan sejarah tercipta di tanahair tercinta1 Kita mempunyai peluang untuk melihat buat pertama kalinya Malaysia memiliki kerajaan campuran tanpa mengira parti politik 2 Kita mempunyai peluang untuk melihat buat pertama kalinya negara M...
Semak Senarai Pinjaman Wang Segera Online Seluruh Malaysia

Semak Senarai Pinjaman Wang Segera Online Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 478 hits
Semak senarai pinjaman wang segera online Seluruh Malaysia Admin kali ini nak kongsikan senarai pinjaman secara online dengan cepat dan segera untuk anda yang memerlukan Sudah sedia maklum di Malaysia ada undang undang yang diterapkan dan s...
Malaysia Lebih Besar Daripada Mahathir

Malaysia Lebih Besar Daripada Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM Langkah pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik untuk menentukan kepimpinan negara dan pembentukan kerajaan baharu berasaskan prinsip demokrasi Penganalisis politik bebas Dr Jeniri Amir berkata beliau bersetuju dengan pandangan k...
Menuju Malaysia Sejahtera Tanpa Dap

Menuju Malaysia Sejahtera Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 174 hits
MALAYSIA segar dan ceria tanpa DAP Selepas kejatuhan ini sukar lagi untuk DAP bangun Ini adalah kerana kemenangan sebentar yang diberikan Allah kepada DAP itu ialah untuk memperkenalkan wajah DAP yang sebenar kepada rakyat Malaysia Kini rak...
Terbaru 10 Universiti Terbaik Malaysia 2019

Terbaru 10 Universiti Terbaik Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 419 hits
Ranking Universiti merupakan penanda aras kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan tidak kira di peringkat tempatan mahupun global Ranking universiti sentiasa menjadi rujukan para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat tert...
Semakan Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia

Semakan Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 381 hits
Semakan Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia Semua sedia maklum yang Br1m sudah digantikan dengan nama Bantuan Sara Hidup Rakyat dan dikemaskini oleh kerajaan baru selepas peralihan politik dan pimpinan di Malaysia Oleh itu bantuan ra...
Semak Harga Roadtax Malaysia

Semak Harga Roadtax Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 274 hits
Semak Harga Roadtax Malaysia Undang undang di Malaysia setiap kenderaan wajib ada roadtax jika tiada roadtax kenderaan anda tidak boleh di bawa di jalan raya dan akan di denda Roadtax boleh dibuat dan renew di UTC dan Jadilah pengguna berhe...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice