Terbang Pulang Dengan Japan Airlines


Sambungan entri terdahulu —> Selamat Tinggal Jepun, Ada Rezeki Kami Pasti Kembali!

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Japan Airlines (JAL) dijadualkan pada pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) dan dijangka tiba pada pukul 6.20 petang (waktu Malaysia). Sebelum menaiki pesawat, saya dah siap berwuduk sebagai persediaan menunaikan solat jamak di dalam pesawat  - waktu Zohor masuk pada pukul 11.32 pagi

Keadaan di dalam pesawat

Pesawat Boeing 787-9 dengan susunan kerusi 2-4-2 bagi kelas ekonomi. Kami duduk berdua di sebelah kiri pesawat

Tempat duduknya selesa dengan ruang kaki luas

Pesawat berlepas kira-kira pukul 11.50 pagi. Dari jendela pesawat, saya dapat menyaksikan puncak Gunung Fuji yang dilitupi salji memutih. Tidak begitu jelas, tetapi tetap mengujakan


TIADA ‘MUSLIM MEAL - MOML’ UNTUK SAYAPermintaan bagi makanan halal dalam penerbangan JAL sudah pun dibuat menerusi panggilan telefon dengan pihak Malaysia Airlines (MAS). Kami beli tiket dengan MAS, jadi semua urusan hanya dengan MAS

Tetapi berlaku kesilapan sistem di pihak MAS, nama saya tercicir bagi permintaan makanan Pre-Order Meal sewaktu penerbangan pergi dengan MAS dan juga permintaan makanan halal bagi penerbangan balik dengan JAL. Saya katakan ia kesilapan sistem sebab saya berada di sebelah Encik Suami semasa panggilan telefon dibuat. Saya dengar jelas semuanya, nama saya dan nama Encik Suami disebut. Entah macam mana, nama saya tiada dalam sistem mereka

Setelah lebih 1 jam penerbangan, pramugari menghidangkan makanan ke tempat kami. Menyedari berlaku kesilapan dalam sistem - Encik Suami seorang saja yang dapat Muslim Meal, beliau berkali-kali meminta maaf kepada saya dan katanya akan buat report berkenaan hal ini

Pramugari tadi berusaha membantu saya, beliau datang kembali dengan membawa beberapa keping kad kecil tertera nama menu serta bahan-bahannya. Posisi badannya direndahkan sambil menerangkan kepada saya menu yang ada. Setelah diteliti - tiada makanan yang boleh saya makan kerana cuma ada pilihan daging atau ayam juga campuran wine dalam masakan

Beliau kemudiannya datang kembali dengan membawa kad kecil menu Dietery Meal. Alhamdulillah, tiada bahan-bahan yang meragukan

Hidangan Muslim Meal (MOML) untuk Encik Suami. 
Nasi dan kari ayam. Sedap

Cop halal oleh Japan Islamic Trust

Yuzu sorbet.
Hidangan Dietery Meal untuk saya. Pramugari minta tunggu sekejap, beliau datang kembali dengan membawa set sudu garpu plastik (pakai buang) bagi menggantikan set sudu garpu besi yang tersedia

Nasi putih, kari sayur dan salad kosong. Walaupun cuma makan ringkas begini, saya rasa sedap. Entah sebab perut lapar atau memang betul sedap 😄. Maklumlah, sejak dari pagi tadi saya belum makan makanan berat. Alhamdulillah ada juga rezeki saya walau cuma Dietery Meal

Saya dan Encik Suami berkongsi makanan yang ada, jadi bolehlah sama-sama merasa dua jenis hidangan ini

Empat jam kemudian, Encik Suami dapat burger sebagai hidangan minum petang. Sekali lagi pramugari minta maaf sebab kali ini tiada makanan yang boleh diberikan kepada saya

Awalnya saya rasa geram dan kecewa dengan masalah yang timbul, tapi kemudiannya terubat rasa dengan layanan mesra dan bersungguh-sungguh oleh pramugari JAL

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya - berkenaan pemakaian pramugari JAL. Pakaian seragam mereka menonjolkan gaya profesional dan sopan - pakaian tidak sendat dan skirt melepasi paras lutut

Saya tertanya-tanya juga sebab nampak pemakaian mereka berbeza, rupa-rupanya memang ada pilihan pakaian. Siap boleh berseluar panjang, tapi saya tak perasan pramugari berseluar panjang dalam penerbangan yang saya naiki

Penerbangan pulang dengan JAL yang cukup selesa - saya habiskan masa dengan menonton Detective Conan, pramugari yang sangat membantu, makanan sedap dan tandas pesawat dilengkapi dengan washlet (electronic bidet toilet seat). Iya, buat pertama kali saya guna tandas pesawat tak perlu bawa portable bidet. Hal kecil yang membahagiakan

*
Alhamdulillah…setelah terbang selama kira-kira 7 jam 10 minit, pesawat kami selamat mendarat di KLIA T1 pada pukul 6 petang waktu Malaysia - awal dari jangkaan. 
Kami bermalam di rumah NS sebelum kembali ke rumah Perlis pada esok harinya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/08/terbang-pulang-dengan-japan-airlines.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 118 hits
KUALA LUMPUR Seramai 39 jemaah umrah termasuk seorang mutawif yang terkandas di Jeddah Arab Saudi dijadualkan pulang ke tanah air malam ini selepas usaha bantuan segera dilakukan oleh beberapa pihak Perkara itu disahkan oleh Mohd Firdaus Ma...
Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

Kereta Mewah Pegawai Kanan Polis Terbakar Ketika Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 150 hits
KOSMO SEBUAH kereta Mercedes Benz milik pegawai kanan polis terbakar Foto The Pattaya NewsBANGKOK Seorang pegawai kanan polis nyaris maut selepas kereta Mercedes Benz miliknya terbakar di jalan utama ketika dia memandu pulang ke rumah dalam...
Japan Warns Of Tsunami Waves Up To 3m After Quake Off Russian Coast

Japan Warns Of Tsunami Waves Up To 3m After Quake Off Russian Coast

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 106 hits
The weather agency issues the advisory after a magnitude 8 0 earthquake strikes off Russia s Kamchatka Peninsula The Japan Meteorological Agency said the waves were expected to hit between 10am and 11 30am along Japan s Pacific coast TOKYO ...
Frentastix Cari Jalan Pulang Chord

Frentastix Cari Jalan Pulang Chord

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 160 hits
Bm Bm Dm Fm Ddim Dm Fm Dm C D Fm D C Fm C D Fm D C Fm Cm Walaupun teguh berdiri A Walaupun kau berlari F Maut pasti hampiri Cm Walau ke hujung bumi A Walau kau bersembunyi F G Mati itu pasti G A D Dm Cm Oleh itu carilah jalan pulang G A G S...
Sancho Sedia Potong Gaji Demi Pulang Ke Dortmund

Sancho Sedia Potong Gaji Demi Pulang Ke Dortmund

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 93 hits
Sancho sedia potong gaji demi pulang ke Dortmund Pemain Chelsea Jadon Sancho Foto Reuters London Jadon Sancho dilaporkan sanggup redah potongan gaji separuh dari 300 000 mingguannya untuk meraih peluang kembali ke Borussia Dortmund iaitu ke...
Lamaran Romantis Di Zoo Negara Surat Terbang Dari Burung Ajak Will You Marry Me

Lamaran Romantis Di Zoo Negara Surat Terbang Dari Burung Ajak Will You Marry Me

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 136 hits
Sebuah detik indah tercipta semasa persembahan Multi Animal Show di Zoo Negara ketika seorang wanita secara tidak sengaja dipilih untuk menyertai aksi dengan seekor burung hijau Pada saat itu ramai penonton sedang khusyuk menonton persembah...
Nasrul Syahmi Pinggan Mangkuk Ku Terbang Chord

Nasrul Syahmi Pinggan Mangkuk Ku Terbang Chord

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 113 hits
Dm A C A A Dsus2 Dm C A C Dm Dm Aku balik kerja letih A Kau marah aku tak beli teh C Aku diam kau naik suara F Dm Pinggan dah terbang keudara Gm Aku nak rehat sikit Dm Kau dah mula jerit C Aku sabar tarik nafas A Am Tiba tiba mangkuk pecah ...
Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 121 hits
Kes Zara Qairina AGC Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis PUTRAJAYA 6 Ogos Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepa...
Warga Emas Maut Dipercayai Dipukul Anak Guna Kerusi

Weaponising Disability An Assault On Dignity Zaid Torches Akmal

Kau Ni Siapa Cerita Macam Tahu Semua Guru Wanita Dikecam Buat Kenyataan Zara Diputar Dalam Mesin Basuh

Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

Socmed Marketing For Businesses

A Voice They Should Have Feared

Biasa Orang Berhenti Minum Air Gelagat Peserta Maraton Karaoke Buat Ramai Terhibur

Anak Peniaga Air Balang Tular Gendong Isteri Sakit Terima Tawaran Belajar Di Giatmara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Good Morning

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun

Nunez Semakin Hampiri Al Hilal

Beli Kopi Di Koffie Jalan Mentol

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Doa Khamis Untuk Dipermudahkan Segala Urusan