Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Jalan-jalan di Wuhua District, Kunming

▶ KUNMING CHANGSHUI AIRPORTKami tiba di Kunming Changshui Airport pada pukul 4 petang. Tiada pemeriksaan keselamatan di pintu masuk lapangan terbang. Ini jauh berbeza dengan pengalaman kami sewaktu memasuki bangunan Terminal 2, Guangzhou Baiyun Airport pada September 2024 - entrinya DI SINI.
Kunming Changshui Airport

Penerbangan kami ke Nanjing menaiki pesawat China Eastern Airlines. Buat pertama kali, dapat tempat duduk Kelas Pertama. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat China Eastern Airlines

Kami menaiki airport tram untuk ke pintu pelepasan di Gate 314


▶ TERBANG DARI KUNMING KE NANJING DENGAN CHINA EASTERN AIRLINESKelebihan pemegang tiket Kelas Pertama, dapatlah kami jadi orang terawal menaiki pesawat. Tak perlu beratur panjang bersama penumpang lain

Begini rupa tempat duduk kami - dilengkapi dengan bantal kecil, selimut dan selipar. Sayang sekali, ini hanya penerbangan jarak dekat yang mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit - tak sempat nak tidur

Saya duduk di tepi jendela pesawat, di barisan kedua. Selain kami berlima di ruangan ini, ada seorang penumpang lelaki yang lebih berusia duduk di hadapan saya

Pesawat kami berlepas kira-kira pukul 6.10 petang. 
Selamat tinggal Kunming

Pramugari berpakaian warna hitam menghulurkan buku menu untuk kami buat pilihan minuman dan makanan

Minuman kami - jus oren dan air kopi. Pilih makanan yang diyakini halal - salad dan buah

Masya Allah…pemandangan yang menakjubkan hamparan awan dan bulan penuh

Pemandangan udara ketika pesawat menghampiri Nanjing - ibu kota wilayah Jiangsu.
Alhamdulillah kira-kira pukul 8.25 malam pesawat kami selamat mendarat di Nanjing Lukou Airport. Satu lagi pengalaman baru buat saya apabila menjadi penumpang pertama keluar dari pesawat. Dapatlah saya menyaksikan prosedur bagaimana pramugari nak membuka pintu pesawat. Selalunya saya jadi antara orang terakhir keluar, tapi kali ini jadi penumpang hadapan kenalah keluar awal

Sebaik kaki melangkah keluar dari bangunan lapangan terbang, udara terasa begitu sejuk dengan suhu 11℃. Kumpulan kami menaiki sebuah teksi MPV menuju ke hotel penginapan yang terletak di Liyang



▶ MAKAN MALAM DI LANZHOU BEEF NOODLES, LIYANGPerjalanan dari Nanjing ke Liyang Marriot Hotel mengambil masa kira-kira 50 minit. Selesai urusan daftar masuk dan letak bagasi di bilik, kami berkumpul kembali untuk makan malam di sebuah kedai makan halal berhampiran hotel

Lokasi kedai makan tersebut terletak di deretan kedai seberang jalan. Boleh jalan kaki dari hotel. Tak susah nak melintas jalan di sini, tak banyak kenderaan lalu

Bangunan Liyang Marriot Hotel, foto dirakam dari seberang jalan. Suasana malam di sini kelihatan indah dengan kehadiran bulan purnama menghiasi langit gelap

Lanzhou Beef Noodles. Ada logo bulat berwarna hijau dengan lambang masjid dan aksara Cina 清真 qingzhen - terma yang digunakan untuk makanan halal

Kedai makan ini diusahakan oleh sepasang suami isteri. Mereka berdua saja tanpa ada pembantu. Tambah kagum saya apabila mengetahui kedai ini dibuka dari awal pagi sehingga lewat malam. Suami uruskan kedai waktu siang dan isterinya uruskan waktu malam - semua kerja bermula ambil pesanan, memasak sehingga mengemas meja hanya seorang diri. Fuh! 
Eh, macam mana saya tahu? Tentulah sebab kawan Cina kami yang berbual dengan pemilik kedai ini. Kebetulan malam ini mereka berdua ada di kedai - suami bantu isteri. Kedua-duanya nampak mesra berbual dengan kawan Cina. Seronok sungguh kan kalau tak ada halangan komunikasi, boleh berbual banyak hal

Sedap mi tarik ni tau. Cuma, itulah…garpu plastik pakai buang yang dibawa dah terpatah. Jadinya Encik Suami seorang jelah yang dapat menikmati mi tarik dengan menggunakan chopsticks

Minuman kami. Beli satu kongsi berdua

Kami masuk kedai buah di sebelah kedai makan. Seronok tengok pelbagai jenis buah tersusun rapi

Kira-kira pukul 11 malam, kami balik ke bilik penginapan. Alhamdulillah dapat berehat dengan selesa setelah seharian ke sana ke sini. Sebelum tidur, saya check suhu semasa dan waktu solat di sini. Kena set alarm supaya tak terlepas waktu Subuh










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/11/terbang-ke-nanjing-dengan-china-eastern.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabri Yunus Berselera Makan Muntah Dalam Satu Babak Malam Terlarang

Sabri Yunus Berselera Makan Muntah Dalam Satu Babak Malam Terlarang

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 168 hits
Sabri Yunus seorang pelakon yang turut terlibat dalam filem Malam Terlarang menyatakan bahawa dia berselera untuk makan muntah dalam satu babak filem tersebut Katanya muntah tu memang sedap Perkongsian yang melucukan ini dikongsi ketika sid...
Makan Malam Malam Tadi

Makan Malam Malam Tadi

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 195 hits
Assalamualaikum WBT DUA hari ni Sk tak pergi kantin beli sarapan sebab dah siap bawa sarapan telur rebus dari rumah Semalam masa ke kantin untuk tapau nasi campur tengok mihun goreng penuh lagi satu tray Sk whatsapp PI kot la tekak dia nak ...
Kpkt Anjur Majlis Makan Malam Hargai Pihak Media Rakan Strategik Kementerian

Kpkt Anjur Majlis Makan Malam Hargai Pihak Media Rakan Strategik Kementerian

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 186 hits
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menganjurkan Majlis Makan Malam Anugerah Kecemerlangan Media 2025 pada 17 November ini Majlis makan malam tanda hargai peranan media Menerusi kenyataan rasmi KPKT di media sosial majlis
Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

Masak Nasi Goreng Ayam Untuk Makan Malam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 198 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM berangan la nak keluar ke Dataran Niaga cari kudap kudapan untuk minum petang Tapi cuma tinggal angan angan aje la tak keluar pun Tu takpa rasa nak tidur tu pun tak dapat tidur sangat Bergema gema bunyi suara tv m...
Makan Malam Sarapan Mihun Goreng

Makan Malam Sarapan Mihun Goreng

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 211 hits
Assalamualaikum WBTPASARAYA Hosey tempat Sk beli bahan masak selepas balik kerja dah tutup Sedih betul situ la yang senang Sk nak singgah beli sayur ke cili ke dan apa apalah barang masak bila balik kerja Memang masa last datang tu perasan ...
Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 194 hits
Sekitar Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

Sarapan Makan Tengah Hari Makan Malam Semua Rm5 Di Kedai Rafizi

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 183 hits
Rachel KohBekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan eksperimen sosial dengan penubuhan kedai makan yang menawarkan hidangan sarapan makan tengah hari dan makan malam dengan harga hanya RM5 Malah dia juga memperkenalkan syarikat serbane...
Takut Keluar Malam Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

Takut Keluar Malam Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 219 hits
Takut Keluar Malam Penduduk Resah Dakwa Kerap Jumpa Pocong Di Tepi Jalan Penduduk sebuah kampung di Majalengka Jawa Barat menjadi resah selepas beberapa insiden penampakan sosok menyeramkan yang dipercayai sebagai pocong didakwa kerap berla...
Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

Panggilan Terakhir Dari Asrama Cerita Seram Benar Malam Durjana

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 183 hits
Cerita Tukang Karut Malam Asrama Durjana Cerita Tukang Karut Malem Asrama Durjana Gaya Tukang karut moden Naratif Suasana seram realistik tempo perlahan Cerita Pendek Tukang Karut Orang kampung sini masih ingat lagi kisah malam tu Malam yan...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya