Teratak Sofea Homestay Indah Dengan Suasana Desa Di Selangor
Sumber: @terataksofeamy
Negeri Selangor adalah antara negeri yang cukup istimewa kerana menggabungkan kemodenan pembangunan kota sambil memelihara keindahan suasana desa.
Jika anda inginkan percutian istimewa, datanglah ke Teratak Sofea di Selangor, sebuah homestay indah dengan suasana desa untuk seisi keluarga.
Pengenalan
Teratak Sofea ialah sebuah homestay dengan konsep rumah kampung.
Terletak di Telok Panglima Garang, Teratak Sofea terdiri dari 3 biji rumah – Rumah Ibu Mertuaku, Rumah Anak Bapak dan Rumah Masam2Manis.
Sumber: @terataksofeamy
Setiap rumah ini didatangkan bersama 2 biji kolam renang private, satu untuk dewasa, satu untuk kanak-kanak.
Menawarkan penginapan yang tenang dengan suasana desa, Teratak Sofea dibina dengan gaya tradisional. Setiap satu dengan gaya tersendiri tetapi tetap ala kampung.
Penginapan
Terdapat 3 biji rumah homestay yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sekeluarga.
Sumber: @terataksofeamy
Setiap rumah ini menyediakan keselesaan, kemudahan asas dan kelengkapan yang akan memberikan anda pengalaman bercuti penuh keceriaan.
Rumah Ibu Mertuaku
Sumber: @terataksofeamy
Rumah ini mempunyai 3 bilik dan 1 dorm dan boleh memuatkan sehingga 20 orang. Di tingkat atas, 3 bilik yang lengkap dengan katil Queen dan katil single, cukup selesa dan berhawa dingin.
Di tingkat bawah bilik dorm yang mempunyai 8 katil single, katil 2 tingkat juga berhawa dingin.
Baca: Farm Ville Cafe & Homestay Sekinchan | Penginapan Kontena Dengan Suasana Sawah Padi
Sesuai sangat kalau datang beramai-ramai bersama keluarga atau rakan-rakan. Terdapat 4 bilik air di rumah ini, 2 di tingkat atas dan 2 di tingkat bawah.
Rumah ini juga didatangkan bersama ruang tamu, dapur outdoor serba lengkap dengan kelengkapan memasak dan paling penting, kolam renang private.
Rumah Anak Bapak
Sumber: @terataksofeamy
Rumah ini juga bersaiz besar dan mempunyai 5 buah bilik yang boleh memuatkan sehingga 20 orang.
3 bilik di tingkat atas lengkap dengan katil Queen dan katil single serta berhawa dingin, manakala 2 bilik di bawah dilengkapi dengan katil single 2 tingkat setiap satu.
Sumber: @terataksofeamy
Juga sesuai untuk bersama keluarga atau rakan-rakan. 4 bilik air di sini juga lebih memudahkan lagi bagi penginap agar tak perlu berebut-rebut.
Rumah ini dilengkapi lagi dengan 1 ruang tamu, dapur outdoor yang lengkap dengan peralatan memasak, dan kolam renang private.
Rumah Masam2Manis
Sumber: @terataksofeamy
Rumah ini lebih kecil dan sesuai untuk 1 atau dua keluarga sahaja. Mempunyai 2 bilik yang dilengkapi dengan katil Queen setiap satu, bilik-bilik di sini juga berhawa dingin.
Sumber: @terataksofeamy
Lengkap dengan ruang tamu di dalam, dan ruang santai di luar di tepi kolam renang private, rumah ini cukup selesa untuk anda dan keluarga anda.
Harga
Homestay yang selesa dan serba lengkap ini sangat berbaloi dengan harganya. Buat anda yang mungkin akan mengadakan aktiviti family day di sini bolehlah Cuba mengikut kesesuaian bajet anda.
RumahHari BiasaHari MingguRumah Ibu MertuakuRM1050/semalamRM1450/semalamRumah Anak BapakRM1050/semalamRM1450/semalamRumah Masam2ManisRM550/semalamRM700/semalam
*semua harga yang dinyatakan di atas telah diambil pada masa artikel ini ditulis dan mungkin telah berubah. Sila rujuk laman web/media sosial rasmi Teratak Sofea untuk mendapatkan harga terkini.
Fasiliti
Di sini, fasilitinya cukup lengkap dan mempunyai vibe ala kampung. Memang seronok. Yang paling utama dan menjadi tarikan ialah private pool yang disediakan untuk setiap rumah.
Sumber: @terataksofeamy
Setiap rumah ada 2 kolam renang tersendiri, 1 untuk dewasa dan 1 untuk kanak-kanak.
Bagi rumah Ibu Mertuaku dab Rumah Anak Bapak pula, dapur yang serba lengkap akan memudahkan anda untuk memasak atau membuat persiapan. Kelengkapan BBQ juga disediakan.
Sebuah bangunan lain menyediakan ruang santai atau lounge. Di bangunan yang sama ini, terdapat sebuah surau untuk anda dan keluarga menyambut apa-apa majlis dan mengadakan bacaan doa dan solat bersama.
Di sini juga ada menyediakan sewaan basikal untuk anda pergi meronda berbasikal di sekitar kampung Teratak Sofea ini.
Sumber: @terataksofeamy
Ada juga rumah untuk melakukan aktiviti outdoor seperti berbadminton, teng-teng, mainan tradisional seperti carom, dan macam-macam lagi.
Baca: Tempat Menarik Untuk Family Day Di Malaysia Buat Seisi Keluarga
Anda juga akan seronok kerana ada sebuah mural di sini yang boleh dijadikan sebagai latar belakang selfie dan ootd untuk content media sosial anda.
Sumber: @terataksofeamy
Walaupun ia menawarkan suasana kampung, kemodenan tetap tidak ditinggalkan.
Tentunya Teratak Sofea menjadi pilihan ramai untuk majlis sambutan hari istimewa, family day, gathering bersama kawan-kawan dan banyak lagi. Jadikan Teratak Sofea pilihan anda juga!
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web
Alamat: lot 1263 jalan manggis bt 9, Kampung Medan, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
The post Teratak Sofea | Homestay Indah Dengan Suasana Desa Di Selangor appeared first on Mai Singgah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.maisinggah.com/teratak-sofea/