Terapis Kongsikan Sebab Inilah Anak Tak Minat Bermain Walaupun Mainan Banyak Di Rumah


Setiap kali keluar, apa yang anak minta mesti mainan. Walaupun mainan itu dah ada di rumah anak tetap nak juga. Alih-alih ibu bapa terpaksa mengalah dan ikut kehendak anak.
Cuma yang geramnya bila dah banyak mainan dirumah bukannya nak main. Hanya beberapa mainan saja yang anak suka. Kenapa anak bersikap macam ni?
Menurut  Speech-Language Therapist, Siti Sarah Said, ada beberapa SEBAB kenapa anak tidak berminat nak bermain, walaupun ada permainan di rumah.

1.Ada alat permainan yang banyak
Bila terlalu banyak dan ada semua di depan mata, anak cenderung untuk ‘tidak nampak’.
Analoginya begini. Cuba ingat kembali pengalaman kita pergi ke kedai makanan yang terlalu banyak pilihan makanan yang sedap.
Nak ambil semua, tak mungkin. Nak pilih pun boleh sampai jadi pening kepala.
Kadang-kadang, akan berakhir dengan makanan yang bukan dalam senarai yang kita inginkan pun.
Atau ambil contoh penggunaan gajet zaman sekarang. Terlalu banyak info. Terlalu banyak yang kita nak tahu dan baca.
Jari yang menyentuh skrin laju bergerak dari satu info kepada yang yang lain.
Akhirnya, minda kita sebenarnya tidak dapat fokus dan tangkap perkara yang penting pun walaupun kita menerima banyak info.
Samalah juga dengan kanak-kanak. Apabila terlalu banyak alat permainan, mereka akan bergerak daripada satu benda ke satu benda yang lain secara pantas.
Mereka tidak fokus bermain. Akhirnya, mereka terlepas peluang meneroka sesuatu benda dalam masa yang lama.
Alat mainan yang banyak dan boleh dilihat sepanjang masa juga akan menyebabkan anak rasa bosan untuk bermain mainan tersebut.
Ini antara cadangan yang saya selalu sarankan pada parents untuk atasi masalah tersebut:
+ buat ‘rotation’ pada alat permainan.
Sebagai contoh, jika ada 10 jenis permainan, letakkan 2-3 jenis sahaja pada satu masa dan selebihnya simpan.
Hanya tukar setiap 5 hari (ikut kesesuai), dan kekalkan ‘rotation’.
Anak tak bosan?
Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak pernah bosan.
Lebih banyak masa yang boleh dihabiskan untuk ‘explore’ sesuatu benda, lebih banyak peluang untuk mereka belajar perkara baru.
+ kita selalu dengar ‘less is more’.
Tapi berapa ramai daripada kita yang betul-betul yakin ini adalah yang terbaik untuk anak-anak?
Jika barang mainan sudah banyak tapi anak masih kelihatan bosan, ini sebenarnya adalah signal untuk anda berhenti membeli alat permainan.
Cuba lihat kembali kepada koleksi barang permainan yang anak ada. Yang sudah tidak berfungsi, asingkan.
Tinggalkan yang benar-benar boleh dipakai untuk bermain sahaja.
+ susun alat permainan ikut kategori.
Ini adalah solusi terbaik bagi anak yang suka punggahkan bakul mainan, dan hanya akan ambil 1 barang mainan yang disukainya sahaja.

2. Anak tidak minat bermain kerana mereka masih tak ada kemahiran untuk bermain dengan betul.
Sesetengah anak-anak yang mengalami masalah lewat bercakap, mereka juga kurang kemahiran untuk bermain.
Ada ibu bapa yang keliru. Mereka fikirkan anak ini memang tidak minat bermain dengan alat permainan, dan hanya sukakan aktiviti fizikal.
Jika dirujuk kepada piramid perkembangan bahasa, kemahiran bermain antara faktor terbesar yang mempengaruhi perkembangan bahasa anak.
Sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh lakukan adalah:
+ perhatikan cara anak bermain. Jika didapati anak masih tidak menguasai kemahiran bermain, disarankan untuk rujuk kepada hospital atau pusat terapi terdekat untuk dapatkan penilaian.
+ jika anak masih tidak berminat dengan alat permainan, jadikan diri anda sebagai ‘alat’ untuk mereka bermain. Bermainlah bersama anak dan bina interaksi bersama.
Ingatlah, ibu bapa adalah ‘permainan’ terbaik untuk anak-anak.
Sumber: Siti Sarah Said (Speech-Language Therapist)
 
The post Terapis Kongsikan Sebab Inilah Anak Tak Minat Bermain Walaupun Mainan Banyak Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terapis-kongsikan-sebab-inilah-anak-tak-minat-bermain-walaupun-mainan-banyak-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Anak Bijak Luangkan 20 Minit Setiap Hari Jangan Layan Anak Sambil Bermain Telefon Bimbit

Kalau Nak Anak Bijak Luangkan 20 Minit Setiap Hari Jangan Layan Anak Sambil Bermain Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 311 hits
Setiap ibu bapa mesti impikan anak anak yang bijak Bagaimana cara untuk kita sebagai ibu bapa mendidik anak agar bijak pandai dan mudah di didik Dr Zubaidi berkongsi cara untuk ibu bapa menjadikan anak bijak dan hebat hanya dengan luangkan ...
Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 485 hits
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa pada hari raya mahupun hari biasa ada kanak kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin berlari lari dalam rumah buka peti sejuk tuan rumah Tanpa sedar anak ini melampau batas dan ket...
Guru Smp Ditinju Wali Murid Karena Tak Terima Anak Dijewer Muntah Darah Dan Dibawa Ke Rumah Sakit

Guru Smp Ditinju Wali Murid Karena Tak Terima Anak Dijewer Muntah Darah Dan Dibawa Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 322 hits
Seorang guru SMP harus mendapat perawatan di rumah sakit setelah dianiaya oleh wali murid Dikutip dari Tribun Timur Harlawan Ahlak Hansyah seorang guru SMPN 6 Kalukku Mamuju Sulawesi Barat ditinju orangtua siswa dalam ruangan kelas pada Sel...
Ibu Tinggalkan Anak Perempuannya Dalam Rumah Yang Penuh Sampah Sarap Dan Lipas

Ibu Tinggalkan Anak Perempuannya Dalam Rumah Yang Penuh Sampah Sarap Dan Lipas

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 659 hits
Ibu tinggalkan anak perempuannya dalam rumah yang penuh sampah sarap dan lipasSeorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam rumah pangsapuri yang penuh dengan sampah sarap dan lipas Kanak kanak yang digelar sebagai Mowgli G...
Usai Ibu Ledakkan Diri Di Rumah Keberadaan 3 Anak Teroris Sibolga Misteri

Usai Ibu Ledakkan Diri Di Rumah Keberadaan 3 Anak Teroris Sibolga Misteri

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 295 hits
Pengakuan Husain kepada penyidik dia memiliki empat orang anak masing masing berinisial H A S dan H Yang tiga itu apakah melarikan diri lewat belakang atau ke mana kita belum tahu masih didalami
Urus Anak Rumah Tangga Jangan Sampai Terbeban Buat Ikut Kemampuan Penat Rehatlah

Urus Anak Rumah Tangga Jangan Sampai Terbeban Buat Ikut Kemampuan Penat Rehatlah

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 496 hits
Pesanan kepada si isteri Semuanya tak perlu terlalu sempurna Mempunyai keinginan untuk buat yang terbaik dalam rumahtangga adalah tindakan terpuji namun dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri usahlah berusaha sehingga membeb...
Hiburan Netizen Sebak Saat Erra Fazira Kongsi Kisah Kegagalan Rumah Tangga Dan Pengorbanan Untuk Anak

Hiburan Netizen Sebak Saat Erra Fazira Kongsi Kisah Kegagalan Rumah Tangga Dan Pengorbanan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 441 hits
Selebriti popular Erra Fazira dikenali dengan sifat happy go lucky dan sering mengukir senyuman yang manis Namun disebalik semua itu pelbagai onak duri yang Erra tempuhi dalam hidupnya Baru baru ini Erra terbuka hati untuk menceritakan kisa...
Ronaldo Direhatkan Di Rumah Kerana Terlalu Banyak Beraksi

Ronaldo Direhatkan Di Rumah Kerana Terlalu Banyak Beraksi

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 242 hits
Cristiano Ronaldo bakal terlepas aksi Juventus menentang Genoa selepas dia membantu juara Itali itu mara ke suku akhir Liga Juara Juara kata jurulatih Massimiliano Allegri Saya tinggalkan dia di rumah dia beraksi terlalu banyak dan memerluk...
Memang Rare Maskot Anak Kambing Sertai Perbarisan Rumah Sukan Tiba Tiba Terlepas Kecoh Suasana

Memang Rare Maskot Anak Kambing Sertai Perbarisan Rumah Sukan Tiba Tiba Terlepas Kecoh Suasana

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 1367 hits
Memang Rare Maskot Anak Kambing Sertai Perbarisan Rumah Sukan Tiba Tiba Terlepas Kecoh Suasana Memang rare apabila hari sukan sekolah di utara tanah air bertukar kecoh dengan kemunculan maskot seekor anak kambing Kambing tersebut bukan saha...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya