Teori Rafizi Mahu Tumbangkan Kerajaan Mengarut Tak Masuk Akal






Saya tertarik dengan penulisan yang diterbitkan oleh portal Bebas News (RUJUK: https://bebasnews.my/2025/05/11/rafizi-bukan-sekadar-berjuang-tapi-sedang-menyusun-langkah-menumbangkan-kerajaan/ )


Menurut penulisnya:


"Baru-baru ini Presiden Bersatu umum PN sedia bekerjasama dengan UMNO. Tapi UMNO yang mana? Sudah tentu bukan yang bersama Zahid. Ini satu isyarat jelas kepada kumpulan MP UMNO anti-Zahid, yang selama ini tidak senang dengan hala tuju kepimpinan mereka.


"Rafizi juga bukan bersendirian. Dia ada barisan MP yang setia, ada jentera yang solid, dan yang paling penting — dia ada modal kepercayaan rakyat. Tapi dia tahu, jika dia masuk ke PN begitu sahaja, rakyat akan label dia sebagai pengkhianat. Jadi apa jalan terbaik?


"Dia mesti dipecat."


-----------------------------------------


Adakah saya mempercayai teori ini? 


Tidak. 


Saya menghormati pandangan penulis, tetapi terus terang, bunyinya agak mengarut.


Kenapa saya kata mengarut?


1. Berdasarkan pemerhatian saya dan juga pendapat beberapa sumber politik yang berpengetahuan, portal ini dilihat positif (pro) kepada Bersatu dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


2. Mustahil mana-mana portal yang positif kepada Bersatu dan Muhyiddin sanggup mendedahkan secara terbuka komplot atau strategi tumbangkan kerajaan sehingga dapat dibaca oleh Perdana Menteri dan seluruh barisan Kabinet Persekutuan.


3. Di situ sahaja dah "tak masuk akal." Saya tidak tolak kemungkinan ianya bertujuan menimbulkan kecelaruan, keretakan dan tuding-menuding dalam PKR dan UMNO.


4. Ini disokong oleh penemuan terkini bahawa 28 ahli PKR, termasuk tiga pemimpin yang menang pada pemilihan Cabang parti itu, disahkan mempunyai keahlian dalam parti politik lain.


5. Rupa-rupanya, ada ahli yang mewakili parti dari luar blok kerajaan meresap masuk ke dalam PKR dan menang pemilihan di peringkat cabang.


6. Maka tidak mustahil ada komplot dari luar blok kerajaan untuk menyahstabilkan parti-parti blok kerajaan.


Seperkara lagi:


7. Kerajaan pimpinan Muhyiddin tumbang pada 16 Ogos 2021 disebabkan komplot yang digerakkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa MP UMNO.


8. Pada ketika itu, Muhyiddin memilih untuk meletak jawatan daripada menasihati YDPA untuk membubarkan parlimen.


9. Pada pengamatan saya, Muhyiddin tidak berani menghadapi pilihan raya umum kerana tahu Zahid akan bawa UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan.


10. Muhyiddin tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri jika Zahid bekerjasama dengan Anwar.


11. Jadi, Muhyiddin memilih untuk meletak jawatan dan memberi ruang kepada YDPA untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.


12. Berbeza pula keadaannya sekarang jika benar Rafizi terlibat dalam 'komplot' untuk tumbangkan kerajaan.


13. Anwar tidak perlu risau menghadapi Pilihan Raya Umum sebab tahu Zahid tidak boleh menerima Muhyiddin dan akan kekal bersama PH.


14. Cina pula rela sokong calon Barisan Nasional, dan ini terbukti di kedua-dua PRK Mahkota dan Ayer Kuning.


15. Sebaliknya, Perikatan Nasional tiada sokongan Cina atau India, malah ada tanda-tanda gabungan itu hilang sedikit sokongan Melayu di kedua-dua PRK itu


16. Maka, jika parlimen bubar, BN dijangka merampas antara 20-25 kerusi dari PN untuk membentuk kerajaan super-majoriti bersama PH, Sarawak dan Sabah, sekalipun PH hilang beberapa kerusi.


17. Kesimpulannya, jika Rafizi mengorak sebarang 'langkah' bersama MP UMNO dan PN, Anwar sudah pasti akan menasihati YDPA untuk membubarkan parlimen.


18. Sekalipun Rafizi dipecat, beliau tidak akan mampu meyakinkan Cina untuk mengundi PN, kerana Cina tidak akan menerima PAS.


19. Kesudahannya, PH akan membentuk kerajaan lebih stabil bersama BN, dan kedua-dua Anwar dan Zahid akan menggunakan pembubaran parlimen untuk mencantas terus semua MP dan ahli parti yang dianggap membawa risiko kepada kerjasama mereka.


20. Saya bukannya penyokong mana-mana parti atau pemimpin, malah saya akui banyak 'formula' Rafizi sebelum ini gagal.


21. Tetapi saya boleh nyatakan dengan penuh keyakinan di sini - Rafizi bukannya orang bodo'.


22. Ikut teori penulis ini, jika benar Rafizi mahu dipecat, beliau sepatutnya berusaha kalah pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.


23. Tetapi saya lihat Rafizi giat mempromosi dirinya dan berpeluang untuk menang (walaupun setipis manapun peluang itu).


24. Sekalipun Nurul Izzah menang, penyokong setia Rafizi dari dalam parti akan lebih rela berdamping dengan Nurul berbanding menyokong kerajaan baru di bawah PN.


25. Pendek kata, Anwar juga bukannya bodo'. Ada sebab Nurul dipelawa bertanding menentang Rafizi.


26. Yang bodo' adalah mereka yang percaya bahawa PN boleh berkuasa semula jika Rafizi berkomplot menentang Anwar.


27. Berulang kali saya katakan - berhenti dengan teori mengarut "kerajaan tumbang," dan sebaliknya, tekan pembangkang untuk berfungsi sebagai pembangkang yang matang.


RJ Rithaudeen








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/teori-rafizi-mahu-tumbangkan-kerajaan_33.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

Rm40 Juta Untuk Kasut Buruk Bunyi Tak Masuk Akal Kan Tapi Ini Adalah Kisah Benar Yang

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 208 hits
RM40 Juta Untuk Kasut Buruk Tak masuk akal kan Tapi ini kisah benar yang pernah gegar dunia Tahun 2008 Seorang wartawan Iraq Muntadhar al Zaidi tiba tiba bangun dan baling kasutnya ke arah Presiden George W Bush masa sidang media Satu dunia...
Rumah Idaman Lokasi Hebat Harga Tak Masuk Akal Hanya Di Laman Sendayan 2

Rumah Idaman Lokasi Hebat Harga Tak Masuk Akal Hanya Di Laman Sendayan 2

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 214 hits
Sedang mencari rumah landed dalam perbandaran matang dengan harga mampu milik Laman Sendayan 2 adalah jawapan anda Terletak di Bandar Sri Sendayan pembangunan eksklusif ini menawarkan gaya hidup moden akses mudah ke kemudahan utama dan pers...
Rafizi Ramai Masuk Pkr Kejar Jawatan Jatuhkan Orang Lama

Rafizi Ramai Masuk Pkr Kejar Jawatan Jatuhkan Orang Lama

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 129 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Rafizi Ramli mendakwa PKR kini berada dalam fasa ujian kuasa selepas berjaya membentuk kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Timbalan presiden PKR itu berkata ramai yang berpusu pusu menye...
Zaman Pn Jadi Kerajaan Dulu Lagi Lembab

Zaman Pn Jadi Kerajaan Dulu Lagi Lembab

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 136 hits
Jadi Mb pun pening Kerajaan Pusat tak mahu REE ni dirompak dan dikeluarkan secara haram seperti berleluasa sekarang Kementerian Dalam Negeri dan PDRM lancar Ops Khazanah bagi melindungi hasil bumi Malaysia dirompak seperti berlaku di Sik Ke...
Ini Cadangan Jpa Elak Pesara Kerajaan Jadi Mangsa Scam

Ini Cadangan Jpa Elak Pesara Kerajaan Jadi Mangsa Scam

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 150 hits
HarapandailyMay 15 2025 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam baharu yang akan diperkenalkan kerajaan bagi menggantikan skim pencen dijangka mengekalkan sistem pembayaran sedia ada Menerusi sistem tersebut penjawat awam dibayar secara bulanan ber...
Elak Murid Terburu Buru Solat Subuh Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Jam 8 Pagi Mb

Elak Murid Terburu Buru Solat Subuh Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Jam 8 Pagi Mb

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 112 hits
Kerajaan negeri Kelantan menetapkan waktu permulaan sekolah bagi institusi di bawah Yayasan Islam Kelantan bermula jam 8 pagi bagi mengelakkan murid terburu buru solat subuh Murid terburu buru solat subuh ada yang tak solat pergi sekolah Me...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi