Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning


 
Marah benar bunyinya PAS kepada Mahfuz Omar – pesuruhjaya PAS Kedah dari 2013-2015 dan ahli PAS sehingga 31 Dis 2017 sebelum menyertai Amanah — yang mencadangkan supaya parti itu memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN) pada PRK Ayer Kuning bulan depan.
Dianggap memandang rendah kepada PAS yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam PRK itu, Mahfuz — naib presiden Amanah yang tewas kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU15 – dikatakan sombong kerana menganggap parti itu tidak ada peluang berdasarkan kiraan dalam PRU lalu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin, malah menempelak Mahfuz supaya mencermin diri atas kegagalannya mempertahankan kerusi Pokok Sena yang dimenanginya selama empat penggal dari 1999-2004 dan kemudian dari 2008-2022 sebelum tewas kepada calon PAS Ahmad Yahaya.
“Kalau nak ikutkan alasan PAS mesti kalah (di Ayer Kuning) kerana Umno menang banyak (sembilan) penggal, Mahfuz pun menang beberapa penggal di kerusi Pokok Sena tapi akhirnya kita tewaskannya,” kata Akmal lagi.
Dalam pada itu, usikan Mahfuz bukannya sama-sekali tidak berasas. Selain BN telah menguasai kerusi DUN Ayer Kuning sejak 1986 menerusi Azman Mahalan (1986-2004) dan Samsudin Abu Hassan (2004-2022), gabungan undi milik BN (9,088) dan Pakatan Harapan (6,875) pada PRU15 jauh mengatasi undi PAS (6,812) sewaktu berlaku perebutan lima penjuru yang dimenangi Ishsam Shahruddin (BN) dengan majoriti 2,213.
Akmal — dengan beban berat digalas di bahunya kini selepas Razman Zakaria direhatkan daripada tugas pesuruhjaya PAS Perak 1 Mac lalu dan dipangku oleh Naib Presiden PAS Idris Ahmad – tidak perlu melihat lebih jauh daripada apa yang berlaku pada PRK Mahkota 28 Sept lalu.
Menjelang PRK itu, Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Annuar Musa, meramalkan calon BN akan menang besar berdasarkan keputusan PRN Johor 2022 apabila BN memperoleh lebih 16,000 undi (16,611) sementara Pakatan Harapan (PH) memperoleh lebih 11,000 undi (11,445).
“Dijangkakan BN akan dengan mudah menambah undi mereka seperti di Nenggiri. Mungkin melebihi 30,000 undi. Sebaliknya PN bermodalkan hanya 7,000 undi (7,614) pada PRN lalu. Ini menunjukkan lebih 20,000 undi lebih rendah daripada undi diperoleh BN-PH,” katanya menerusi catatan di Facebook pada
15 Sept.
Gara-garanya PAS dan Bersatu dikatakan ‘huru-hara’ susulan kejutan yang ditimbulkannya. Parti itu dilaporkan kecewa dengan kenyataan terbuka Annuar hingga beliau dikatakan tidak profesional dan ada agenda tertentu dengan mengatakan calon BN akan menang besar.
Riuh-rendah juga keadaan dalam PAS berikutan kenyataan Annuar itu, dengan Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man menepisnya sebagai berpandukan kepada keadaan semasa pada PRN 2022 — ketika gelombang sokongan pengundi kepada PN belum berlaku manakala peratusan pengundi muda yang keluar juga sangat rendah.
“Memang kita masuk ke Mahkota dalam keadaan ‘underdog‘ tapi tak bermakna kita akan mengaku kalah, kita akan lawan, akan buat yang terbaik,” kata ketua Pemuda Bersatu ketika itu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dengan keyakinan PRK berkenaan akan menunjukkan sama ada pengundi Melayu Johor selesa dengan kehadiran DAP dalam kerajaan perpaduan atau sebaliknya.
Pengarah Pilihan Raya Bersatu, Abdul Rahman Masudi, turut dipetik sebagai menyatakan kecewa dan terkilan dengan tindakan tidak profesional Annuar yang dikatakan telah mengibarkan bendera putih di DUN Mahkota sebelum hari penamaan calon lagi.
Penganalisis pula mengandaikan kenyataan terbuka Annuar bukan berniat memperkecilkan kemampuan Bersatu, sebaliknya hanya ‘perang psikologi’ untuk jentera kerajaan perpaduan mudah berasa selesa – satu pandangan yang tidak masuk akal.
Tidak ketinggalan juga Annuar — setiausaha agung BN dari Mac 2020-Jan 2021 – turut disindir ketika itu supaya memujuk Pengerusi PN Muhyiddin Yassin agar tidak meletakkan calon Bersatu dalam PRK Mahkota. Itu bagaimanapun tidak berlaku.
Kesudahannya tak tahulah Annuar ketawa besar atau tidak – ramalannya benar belaka – apabila calon BN Syed Hussien Syed Abdullah (27,995) menang PRK itu mengatasi calon PN Mohamad Haizan Jaafar (7,347) dengan majoriti 20,609 undi — empat kali ganda lebih besar daripada PRN 2022.
Ini di sebalik wujud kekhuatiran sebelumnya terhadap kemungkinan pengundi Cina akan memboikot PRK berkenaan berikutan perang mulut Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dengan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal.
Berbalik kepada PRK Ayer Kuning, kemenangan PN dianggap penting oleh Presiden Gerakan Dominic Lau untuk menghantar isyarat yang kuat kepada kerajaan yang didakwanya masih belum menunaikan beberapa janji yang dibuat semasa PRU 2022.
“Kemenangan PN akan menunjukkan rasa tidak puas hati yang kuat terhadap pentadbiran ketika ini,” katanya merujuk kepada tugas partinya untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu — Cina (22%) dan India (14%) di samping pengundi Melayu yang membentuk majoriti (55%).
Kecuali di PRK Sungai Bakap pada 6 Julai, naratif yang sama untuk menjadikannya referendum menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak memberi kesan dalam dua PRK berikutnya – Nenggiri dan Mahkota.
BN akan mengumumkan calon daripada Umno untuk PRK Ayer Kuning kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon pada 12 April, dengan Pengerusi Zahid Hamidi berkata enam nama sudah disenarai pendek selepas perbincangan dengan Menteri Besar Saarani Mohamad yang juga pengerusi BN Perak.
“Biar siapa juga jadi calon, kita sudah bersedia untuk menghadapi PRK dan saya yakin kali ini kita akan menang dengan majoriti lebih besar,” kata Timbalan Presiden MIC M Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah.
“Kalau kita lihat di Parlimen Tapah, satu-satunya Parlimen yang tidak pernah kalah dalam empat penggal, maka hubungan kami dengan pengundi sangat intim selain sering mengadakan perjumpaan sekiranya ada masalah yang timbul,” tambahnya.
Berbanding kenyataannya itu, PAS pula tidak mempunyai sebarang rekod kemenangan di DUN Ayer Kuning yang memberi justifikasi kepada Mahfuz untuk mencadangkan agar parti itu sekadar menjadi penonton.
Sukar untuk membayangkan teori Annuar – “Suka aku la, pitih aku” yang menjadi tular dalam kempen PRK Nenggiri pada 17 Ogos lalu – dan ramalan songsangnya di PRK Mahkota tidak akan berulang di Ayer Kuning pula. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/teori-nuar-musa-bayangi-ayer-kuning.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Assembly Meeting Will Continue During Ayer Kuning By Election Says Mb

Perak Assembly Meeting Will Continue During Ayer Kuning By Election Says Mb

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 102 hits
Perak menteri besar Saarani Mohamad said there is no need to postpone the next state assembly meeting even though it is during the campaign period for the Ayer Kuning by election IPOH The Perak government has no plans to amend the dates for...
Spr Menetapkan Pilihan Raya Kecil Dun Ayer Kuning Pada 26 April Hari Penamaan Calon Pada12 April

Spr Menetapkan Pilihan Raya Kecil Dun Ayer Kuning Pada 26 April Hari Penamaan Calon Pada12 April

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 81 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Perak pada 26 April depan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula m...
Ayer Kuning Goes To Polls On April 26

Ayer Kuning Goes To Polls On April 26

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 89 hits
The Ayer Kuning state constituency in Perak will go to the polls on April 26 According to Election Commission chairperson Ramlan Harun the nomination date is set for April 12 Early voting is scheduled for April 22 Ramlan told a press confer...
Bn To Name Ayer Kuning Candidate A Week Before Nomination Day

Bn To Name Ayer Kuning Candidate A Week Before Nomination Day

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 101 hits
BN is expected to name its candidate for the Ayer Kuning by election a week before the nomination day Deputy Prime Minister and BN chairperson Ahmad Zahid Hamidi said that the candidate was selected from a list of six names submitted by the...
Controversial Razman Not Barred From Pas S Ayer Kuning Campaign

Controversial Razman Not Barred From Pas S Ayer Kuning Campaign

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 80 hits
Perak opposition leader Razman Zakaria has had to issue several apologies to government leaders over various claims as well as apologise to Prime Minister Anwar Ibrahim in court PETALING JAYA Perak opposition leader Razman Zakaria has not b...
Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Hukum Penukaran Uang Baru Menjelang Lebaran Apakah Ada Unsur Riba

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


14 Mp Umno Dikatakan Bakal Melompat

Sisi Gelap Hari Raya Apa Yang Tak Diceritakan

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial