Teong Kim Kecewa Nasib Najmudin Angkara Jadual Piala Belia


Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim menyuarakan kekecewaan buat penyerang muda, Muhammad Najmudin Akmal Kamal yang terbantut usahanya selepas menjalani pembedahan ACL(Anterior Cruciate Ligament) pada Sabtu lalu.
Menurut beliau, Najmudin yang baharu berusia 16 tahun amat berpotensi untuk pergi lebih jauh setanding penyerang bawah 18 negara, Luqman Hakim yang telah mendapat tawaran di Liga Belgium.
Teong Kim yang kecewa dengan kecederaan ini menyalahkan pengurusan Liga Belia yang memberi kesan kepada pemain muda ini.
“Sayang sekali dengan usia muda 16 tahun, Najmudin terpaksa berdepan dengan pembedahan ACL. Dia adalah seorang pemain berpotensi tinggi.
“Sangat sukar untuk melahirkan penyerang berwibawa tinggi di negara ini, dan apabila berlakunya situasi seperti ini, siapa yang rugi?.
“Inilah yang berlaku dalam bola sepak Malaysia apabila mereka tidak ada kesabaran dalam proses pembangunan seseorang pemain.
“Pemain-pemain muda ini digunakan dengan cara yang tidak betul ketika beraksi dalam Piala Belia,” ujarnya kepada mStar.
Menurut Teong Kim, Najmudin kini terpaksa berehat dan ibu bapanya juga turut terkesan dengan keadaan pemain itu.
“Saya ada bertemu dengan ibu bapanya dan mereka sangat risau serta sedih dengan masa depan Najmudin.
“Saya sendiri kesal kerana ia berpunca daripada keputusan kurang bijak penyusunan jadual skuad AMD dalam aksi Piala Belia.
“Mereka ini budak-budak lagi dan tenaga mereka tidak sama dengan pasukan Bawah 19 Tahun. Kalau Bawah 16 tahun lawan Bawah 17 tahun, memang tidak sama prestasi mereka.
“Begitu juga kalau Bawah 17 lawan Bawah 21, memanglah ‘lunyai’ budak-budak ini.
“Saya pernah beritahu perkara ini kepada pengarah teknikal FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), pada mulanya dia (Peter de Roo) setuju, tetapi malangnya ia tetap berlaku dan kalau seminggu dua tiga kali mereka berlawan, dan nak menang memanglah ‘jahanam’ pemain-pemain ini,” luah bekas pengendali Akademi Remaja Bayern Munich ini.
Dalam pada itu, Teong Kim menjelaskan berikutan keadaan ini, dia sendiri belum pasti masa depan Najmudin.
“Sekurang-kurangnya dia perlukan enam bulan untuk sembuh. Tetapi ia tidak pasti sama ada Najmudin dapat mengembalikan rentaknya atau tidak.
“FAM sendiri seperti tidak peduli keadaan pemain ini atau keseluruhannya tidak peka dengan apa yang dilalui skuad pembangunan ini.
“Jika ini berterusan, saya pasti pemain-pemain dalam skuad AMD ini akan ‘rosak’ dipertengahan jalan.
“Saya memang kecewa kerana Najmudin merupakan penyerang berbakat besar dan mampu pergi jauh seperti Luqman.
“Cuma nasibnya tidak baik cedera akibat perlawanan ‘ghairah’ sesetengah pihak,” katanya.
Najmudin merupakan pemain skuad Bawah 16 kebangsaan yang turut beraksi dalam Kejuaraan Piala Asia tahun lalu.
Sumber :-MStar
Bagi atlet sukan, ACL memang merupakan mimpi ngeri buat mereka. Ia bukan sahaja sakit malahan mampu untuk menamatkan karier seseorang itu sendiri. Diharap kecederaan ACL yang dihadapi oleh Najmudin tidak serius dan mampu dipulihkan..
Please follow and like us:
0

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/teong-kim-kecewa-nasib-najmudin-angkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ragbi Piala Dunia 2019 Jadual Keputusan

Ragbi Piala Dunia 2019 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 743 hits
Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 akan dilangsungkan di Jepun sebagai tuan rumah pertama dari Asia bermula 20 September hingga 2 November 2019 Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 Japan Tarikh 20 September 2 November 2019 Tuan Rumah Jepun Lawan ...
Jadual Senarai Kalori Buah Buahan Dan Sayuran Di Malaysia

Jadual Senarai Kalori Buah Buahan Dan Sayuran Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 500 hits
Buahan buahan dan sayuran mempunyai nilai kalori yang rendah berbanding makanan yang diproses Sudah tentu ia sangat baik untuk mereka yang sedang dalam program diet Ia sangat membantu program diet anda jika diamalkan dengan betul Buah buaha...
Suhu Cecah 40 Darjah Celcius Qatar Ada Jalan Turunkan Suhu Stadium Piala Dunia 2022

Suhu Cecah 40 Darjah Celcius Qatar Ada Jalan Turunkan Suhu Stadium Piala Dunia 2022

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 274 hits
Wow Kehangatan Piala Dunia 2022 kian terasa Apa yang hangat sangat ni Maklumlah Piala Dunia 2022 nanti kan buat dekat Qatar dan semua memang tahu kan macam mana cuaca kat sana yang ada padang pasir tu Ohmedia baca yang suhu luar Stadium Al ...
Piala Malaysia 2019 Chanta Bin Mahu Benam Jdt Di Larkin

Piala Malaysia 2019 Chanta Bin Mahu Benam Jdt Di Larkin

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 318 hits
Menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta zim dan Terengganu FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu ini pemain import TFC Thierry Chanta Bin mempunyai misi untuk membantu pasukannya menewaskan JDT
Kedudukan Carta Ragbi Piala Dunia 2019

Kedudukan Carta Ragbi Piala Dunia 2019

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 576 hits
Kedudukan Carta Ragbi Piala Dunia 2019 NANTIKAN Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 atau Rugby World Cup 2019 yang bakal diadakan mulai 20 September 2019 hingga 2 November 2019 Kesemua perlawanan Ragbi Piala Dunia 2019 bakal diadakan di Japan ...
Kemenpora Dukung Piala Dunia Basket 2023

Kemenpora Dukung Piala Dunia Basket 2023

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 180 hits
Rapat ini sangat penting sekali Persiapan sudah bagus Perlu adanya sinergitas yang baik kata Sesmenpora mengawali sambutannya
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti