Tenun Pahang Diraja Ilham Permaisuri Bagi Istiadat Pertabalan



KUALA LUMPUR - Kain Tenun Pahang Diraja menjadi pilihan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Kain tenun itu merupakan sentuhan rekaan yang diilhamkan baginda sendiri dan ia bertambah unik dan istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong, Pahang.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima persembahan hasil kain tenunan tersebut di Istana Negara di sini, termasuk empat pasang tenunan khas sebagai persalinan Raja Permaisuri Agong pada istiadat pertabalan itu nanti.

Ketika ditemui pemberita, Tunku Azizah bertitah Penjara Penor dan Bentong dipilih untuk menghasilkan persalinan baginda pada istiadat pertabalan itu sebagai tanda penghargaan Raja Permaisuri Agong selaku Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.

"Memang Beta mahu penjara yang buat baju untuk Beta pakai pada hari pertabalan. Beta sangat bangga untuk memakainya. Ini merupakan satu penghormatan kepada Beta dan Beta juga ingin memberi penghormatan kepada mereka.

"Ada juga rekaan tenunan yang memasukkan lambang Negeri Pahang. Dua minggu sekali Beta akan ke Penjara Penor dan Bentong untuk melihat sendiri perkembangan kerja tenunan yang dilakukan," titah Tunku Azizah selepas majlis itu.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar; Pengarah Penjara Pahang Datuk Ab Basir Mohamad; dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Baginda bertitah Tenun Pahang Diraja merupakan warisan seni tradisi yang dicipta rakyat Pahang sejak 300 tahun lalu.

Tunku Azizah yang mengagumi hasil kerja tenunan yang dipersembahkan itu bertitah baginda memperoleh ilham bagi rekaan tenunan itu antaranya daripada alam semula jadi dan keadaan sekeliling seperti biji kopi dan bayang-bayang pagar.

Baginda turut bertitah hasil upah menenun kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan dan berharap kemahiran menenun akan dapat diperluaskan bagi memelihara warisan dan tradisi Melayu.

Penglibatan Tunku Azizah dalam membangunkan Tenun Pahang bermula pada 2005 dan baginda bertanggungjawab mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dengan perkembangannya dipantau rapi menerusi Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.

Kerana minat begitu mendalam terhadap Tenun Pahang Diraja dan demi memartabatkannya, Tunku Azizah menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi di Pekan, Pahang, pada 2010 bagi melatih golongan muda khasnya.

Sementara itu, Zulkifli berkata kerja tenunan itu melibatkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.

Beliau berkata kerja menenun dilakukan selama tiga bulan bermula Mac lepas dan tahap kemahiran penghuni kedua-dua penjara itu akan dinilai terlebih dahulu bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/06/tenun-pahang-diraja-ilham-permaisuri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Permaisuri Berangkat Ke Majlis Aidilfitri Mb Pahang

Agong Permaisuri Berangkat Ke Majlis Aidilfitri Mb Pahang

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 590 hits
Jun 5 2019 0 Comments KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy
Bendera Bendera Kerabat Diraja Kerajaan Dan Daerah Johor

Bendera Bendera Kerabat Diraja Kerajaan Dan Daerah Johor

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1343 hits
Institusi DiRaja Johor dan Kerajaan Negeri Johor mempunyai identiti nya tersendiri Pembangunan di Johor boleh dilihat semakin maju dari segi ekonomi dan infrastruktur Dengan kewujudan atau ianya menambahkan lagi keunikan Negeri Johor Sebut ...
Fitnah Jahat Malaysiakini Terhadap Institusi Diraja Johor

Fitnah Jahat Malaysiakini Terhadap Institusi Diraja Johor

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 321 hits
Laporan Malaysiakini bertajuk Undangan khas Aidilfitri Sultan Ibrahim hanya buat UMNO Johor petang tadi adalah fitnah jahat portal tersebut terhadap institusi diraja Johor Perkara itu ditegaskan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Mohd Hair...
Yayasan Pahang Sumbang Rm56 000 Kepada 433 Penerima

Yayasan Pahang Sumbang Rm56 000 Kepada 433 Penerima

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Yayasan Pahang menyampaikan sumbangan sebanyak RM56 000 kepada 433 penerima terdiri daripada mualaf dan golongan kurang berkemampuan bagi membantu mereka membuat persiapan Aidilfitri Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mahmud Mohd Naww...
Polis Pahang Berikan Tumpuan 24 Lokasi Kerap Kemalangan

Polis Pahang Berikan Tumpuan 24 Lokasi Kerap Kemalangan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 503 hits
KUANTAN Polis Pahang akan memberi tumpuan kepada 24 lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini yang akan diberi tumpuan khusus sepanjang pelaksanaan Op Selamat 2019 Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzama...
Kord Lagu Akim Nera Ira Dan Ray Bayangan Ilham

Kord Lagu Akim Nera Ira Dan Ray Bayangan Ilham

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 275 hits
Akim Nera Ira dan Ray Bayangan Ilham Chord Lirik LaguIntro G Bm Dm F E Am D Am DG BmAku yg merinduimu dengan sepenuh jiwaF Dm E AmHati ku kosong bila kau jauh menyepiE C DTercari cari serpihan indahnya cintaG Bm DDalam keheningan malam meng...
Hari Lahir Ustaz Arifin Ilham Hari Ini Alvin Kenang Momen Istimewa Bersama Sang Ayah

Hari Lahir Ustaz Arifin Ilham Hari Ini Alvin Kenang Momen Istimewa Bersama Sang Ayah

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 328 hits
Tanggal 8 Juni hari ini merupakan hari lahir Ustaz Arifin Ilham Anak sulung almarhum Alvin Faiz kembali mengenang sosok sang ayah Hal itu diungkapkan Alvin di akun instagramnya
Tak Perlu Dayang Istana Permaisuri Agong Layan Suami Di Meja Makan Dipuji Rakyat

Tak Perlu Dayang Istana Permaisuri Agong Layan Suami Di Meja Makan Dipuji Rakyat

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 488 hits
Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat tanpa mengambil peduli mengenai status dan pangkatnya sebagai Raja Permaisuri Agong Isteri kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah itu turut menzahirkan u...
12 Foto Busana Elegan Queen Rania Permaisuri Paling Chic Dan Fashionable Di Dunia

12 Foto Busana Elegan Queen Rania Permaisuri Paling Chic Dan Fashionable Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 307 hits
Tak cuma cerdas ratu asal Yordania ini pilihan busana busananya selalu apik elegan dan menawan khas bangsawan Bisa jadi panutan office look mu nih
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal