PETALING JAYA: Tentera akan digerakkan untuk membantu polis menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi memastikan orang ramai patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh itu.Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkata tentera mula akan digerakkan pada Ahad.“Kita yakin dengan bantuan daripada pihak tentera kawalan lebih lagi boleh dapat dilaksanakan dan kita berharap rakyat akan terus patuh arahan yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.Ismail berkata laporan polis menunjukkan peningkatan peratusan pematuhan perintah dalam kalangan rakyat, mengatakan orang ramai semakin sedar bahaya Covid-19.Bagaimanapun masih terdapat insiden di mana masih ramai yang tidak mempedulikan arahan kerajaan, katanya, mengambil contoh ibu bapa membawa anak-anak bermain di taman permainan dan sekumpulan kawan-kawan makan di restoran.Ismail mengingatkan kerajaan masih mahu mengambil pendekatan nasihat kerana polis sebenarnya boleh menggunakan Akta Polis untuk mengambil tindakan keras terhadap mereka yang berdegil.“Saya amat berharap tidak perlulah sampai tindakan undang-undang dilaksanakan seperti tangkapan dan sebagainya,” katanya.Ismail berkata penglibatan tentera ini mengikut Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit yang memberi kuasa kepada menteri kesihatan untuk memberi kuasa kepada mana-mana agensi yang dfikirkan perlu untuk melaksanakan peraturan yang dikenakan.“Jadi tidak perlu dipersoalkan dari segi perundangan tentang kuasa polis, tentera dalam melaksanakan apa sahaja yang diperintahkan kerajaan,” katanya.Perkara penting lain yang disebutkan pada sidang media hari ini:Ismail membidas penyebaran berita palsu mendakwa kerajaan akan mengumumkan perintah darurat dan tentera menyembur racun serangga untuk membunuh Covid-19, mengatakan penyebarnya mahu menyebabkan rakyat panik.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |