Tentera China Dan India Bertarung Sampai Mati Di Sempadan Yang Menjadi Rebutan


20 tentera India maut dalam pertempuran dengan askar China di sebuah kawasan sempadan yang dipertikaikan, dan puluhan lagi didakwa telah ditawan, sekali gus meningkatkan perbalahan selama dua minggu antara dua gergasi Asia di Himalaya barat.


Kementerian luar negeri China mengesahkan terdapat "konfrontasi fizikal yang ganas" di kawasan sempadan.

Namun, China tidak mendedahkan jumlah askarnya yang terkorban bagaimanapun, Kementerian Luar India berkata, askar kedua-dua pihak telah terkorban.

Sumber pemerintah India mengatakan pasukan itu bertempur dengan menggunakan batang besi serta batu dan tidak ada tembak menembak.

Kematian tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak pertembungan besar sempadan terakhir pada tahun 1967 antara jiran bersenjata nuklear itu, juga dua negara paling ramai penduduk di dunia.

China dan India telah membuat tuduhan mengenai siapa yang harus dipersalahkan dalam pertempuran yang berlaku di padang pasir salju di Ladakh, yang terjadi setelah para komandan tentera mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan keadaan.

Sejak awal Mei 2020 lalu, ratusan tentera saling berhadapan di tiga lokasi, masing-masing saling menuduh menuduh pihak lain menceroboh.

Pada malam Isnin, sekumpulan tentera datang dan melakukan letupan di Lembah Galwan, kata tentera India dalam satu kenyataan, sambil menambah pada masa ini kedua-dua pihak mahu melepaskan diri.

Kedua-dua pihak telah membincangkan untuk menamatkan pertikaian tetapi pada suatu peringkat, sumber pemerintah India mengatakan, tentera China telah menyerang sekumpulan tentera India termasuk seorang pegawai.

Tentera China menyerang dengan tongkat besi, sehingga komandan itu cedera parah dan ketika itulah tentera India menyerbu dan menyerang dengan batu.

Menurut sumber tentera, pasukan keselamatan terbabit saling melayangkan tumbukan dan membaling batu manakala tentera China menyerang dengan batang kayu berpaku ketika pertempuran yang berlarutan selama lebih enam jam.

Terdahulu, India memaklumkan tiga anggota mereka terkorban dan seramai 17 lagi yang cedera parah dan terdedah kepada suhu di bawah sifar maut beberapa jam kemudian.

Keangkuhan

Sementara itu, Beijing mendakwa tentera India telah membuat tindakan provokasi dengan melintasi sempadan sebanyak dua kali dan turut menyerang anggota keselamatan mereka hingga menyebabkan kecederaan fizikal yang serius.

Tetapi, jurucakap Kementerian Luar India, Anurag Srivasta berkata, pertempuran itu berlaku susulan cubaan China untuk mengubah status quo di sempadan itu secara unilateral.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menyatakan pengorbanan 20 anggota tentera India yang maut di sempadan tidak akan menjadi sia-sia.

"Pada kami, perpaduan dan integriti negara adalah paling penting. India mahukan keamanan, namun akan bertindak balas jika berdepan provokasi," tegasnya.

Sementara itu, akhbar tabloid, Global Times di China menyelar sikap angkuh India menegaskan, "Beijing enggan menukar isu sempadan menjadi konfrontasi dengan New Delhi".

Penganalisis tentera dan politik pula berpendapat India-China tidak mahu menyemarakkan lagi konflik tersebut.

"Pemimpin kedua-dua negara tidak mahu perang tercetus, namun mereka enggan melepaskan tuntutan wilayah mereka," kata felo kanan di Carnegie Endowment for International Peace di Washington, Dr Ashley J Tellis.

Amerika Syarikat (AS) yang turut terlibat konflik dengan China berharap penyelesaian damai terhadap isu itu dan akan memantau perkembangan krisis itu.

PBB juga senada AS dan menggesa kedua-dua belah pihak bertelagah supaya mengambil langkah meredakan ketegangan tersebut.

'Garis Kawalan Sebenar'

Bulan Mei 2020 lalu, tentera China berhadapan dengan tentera India di beberapa sempadan terpencil di banjaran Himalaya, sejauh lebih 1,000 kilometer.

Sejak itu, kedua-dua tentera negara itu mengerahkan ribuan anggota untuk mempertingkatkan kawalan di sepanjang sempadan yang juga dikenali sebagai 'Garis Kawalan Sebenar', lokasi tepat yang boleh dikaburi.

Penganalisis India berkata, China meningkatkan kekuatannya dengan trak, penggali, kapal pengangkut pasukan, artileri dan kenderaan perisai serta negara itu kini menduduki wilayah India.

Namun, pasukan tentera dari kedua-dua negara terbabit yang berkawal di bahagian atas dan bawah gunung mendapat perintah tegas untuk tidak menembak satu sama lain, menurut penganalisis keselamatan.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang mereka untuk membaling batu atau bertempur dengan senjata kasar atau bertumbuk.

Pegawai ketenteraan India mendakwa tentera mereka dibunuh oleh tentera China dengan cara membaling batu.

Menurut penganalisis dasar luar, China lebih tegas meningkatkan usaha untuk mempertahankan tuntutan wilayahnya termasuk di banjaran Himalaya.

Sebelum ini, China telah menenggelamkan sebuah kapal nelayan Vietnam di Laut China Selatan, menyerbu pelantar minyak luar pesisir Malaysia, mengancam Taiwan dan memperketatkan cengkaman mereka di wilayah semi-autonomi Hong Kong.

Pertembungan dengan India disifatkan sesuai dengan corak ketegasan China yang lebih luas, kata Pengarah Projek India di Institusi Brooking di Washington apabila mengatakan bahawa ia adalah cetusan keempat sejak pemimpin 'kuku besi' negara tembok besar itu, Xi Jinping, berkuasa pada akhir tahun 2012.

INFO:
India dan China tidak pernah bersetuju tentang sempadan 'Garis Kawalan Sebenar'. Kedua-dua belah pihak menggunakan cadangan garisan sempadan yang berbeza dihasilkan Britain kepada China pada abad ke-19 untuk menyokong tuntutan mereka.Pada tahun 1962, Perang China-India tercetus selepas Beijing membuat tuntutan ke atas wilayah pertikaian di Himalaya dan disusuli pertempuran berdarah pada 1967.Pada tahun 1975, empat tentera India maut dalam insiden serangan hendap di garisan pemisah di Arunachal Pradesh.Pada tahun 2017, konflik berlarutan selama 72 hari selepas pasukan tentera China mara ke dataran tinggi Doklam di sempadan China-India-Bhutan.Pada 9 Mei 2020, krisis baharu tercetus selepas beberapa tentera China dan India cedera selepas saling berbalas tumbukan dan membaling batu di Naku La di negeri Sikkim yang bersempadan Bhutan, Nepal dan China.Beijing mendakwa ia telah mencapai konsensus positif dengan India tentang usaha meredakan ketegangan di sempadan, namun tentera China didakwa tidak berganjak dari beberapa bahagian di Lembah Galwan dan utara tebing Tasik Pangong Tso selepas mereka dikerah ke kawasan itu.Hubungan China-India semakin tegang selepas New Delhi membatalkan status khas di negeri Jammu dan Kashmir pada Ogos 2019 yang turut mencetuskan konflik dengan Pakistan.Keputusan itu menyaksikan wilayah Ladakh yang sebahagiannya dituntut Beijing menjadi wilayah dibahagikan yang ditadbir India.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
5 Pasukan Tentera Elit (Komando) Terbaik Dalam Sejarah Purba15 Sempadan Negara Paling Unik Dan Tidak Masuk Akal Di Dunia
sumber: 1 | 2 | 3



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/tentera-china-dan-india-berperang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Tentera India Termasuk Kolonel Terbunuh Dalam Konflik Sempadan Dengan China

3 Tentera India Termasuk Kolonel Terbunuh Dalam Konflik Sempadan Dengan China

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 315 hits
Three Indian soldiers were killed in a violent faceoff with Chinese troops on the disputed border the Indian Army said on Tuesday reporting the first casualties in 53 years to result from a clash between the nuclear armed neighbors Indian g...
Tensions Between China And India Have Asia And The World On Edge Not Really Lah

Tensions Between China And India Have Asia And The World On Edge Not Really Lah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 372 hits
While we are being gored to death with boring local no news here is some chappati and rice dumpling rattling high up in the Himalayas First here is an analysis by the Soufan Center China and India in tense standoff along one of world s long...
Militer China Mutilasi Jasad Tentara India Korban Bentrok Di Himalaya

Militer China Mutilasi Jasad Tentara India Korban Bentrok Di Himalaya

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 313 hits
Pertumpahan darah terjadi di perbatasan Himalaya usai 20 tentara India tewas di tangan militer China pada Senin Ketegangan dikabarkan masih terasa hingga kini terutama di Lembah Galwan Ladakh Diberitakan India Today Kamis para tentara India...
India Asks Russia To Speed Up Delivery Of Missile System Jets Amid China Border Tensions

India Asks Russia To Speed Up Delivery Of Missile System Jets Amid China Border Tensions

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 319 hits
India is pushing Russia to speed up the sale of a missile defence system and fighter jets amid worsening ties with China following the worst military face off between the Asian nations in four decades The request comes as China and India s ...
Harga Sawit Melonjak Dirangsang Permintaan India China Pakistan

Harga Sawit Melonjak Dirangsang Permintaan India China Pakistan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 498 hits
BERITA HARIAN Gambar fail Kilang Kelapa Sawit Tanah Merah Port Dickson Negeri Sembilan Foto NSTP IQMAL HAQIM ROSMAN Kontrak hadapan minyak sawit untuk Ogos meningkat sebanyak 1 4 peratus kepada RM2 381 satu tan sebelum didagangkan pada RM2 ...
Situasi Di Perbatasan Dengan India Memanas Tentara China Berlatih Di Ketinggian

Situasi Di Perbatasan Dengan India Memanas Tentara China Berlatih Di Ketinggian

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 264 hits
Ketegangan antara China dan India memburuk pada awal Mei setelah terjadi kontak senjata di Himalaya yang membuat belasan tentara di kedua pihak terluka
China Dipercayai Gandakan Pengeluaran Topi Baju Boycott China Atas Permintaan Tinggi Di India

China Dipercayai Gandakan Pengeluaran Topi Baju Boycott China Atas Permintaan Tinggi Di India

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 305 hits
Menurut sumber Digitalalphablet Perdana Menteri India Narendra Modi menyeru kepada rakyatnya untuk terus menyokong produk keluaran lokal bukan daripada China Namun China dipercayai telah menghasilkan barangan seperti Topi dan T shirt yang m...
Tiga Bandar Ganja 219 Kilogram Dituntut Hukuman Mati

Tiga Bandar Ganja 219 Kilogram Dituntut Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 282 hits
Ketiganya melakukan menyuruh melakukan dan turut serta melakukan perbuatan tanpa hak atau melawan hukum menawarkan untuk dijual menjual membeli menerima menjadi perantara dalam jual beli menukar atau menyerahkan barang haram tersebut
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba