Tension Telefon Hilang
3 Minggu lepas adalah waktu yang paling tidak akan aku lupakan sepanjang hidup aku. Benda ni terjadi lepas aku tamat periksa SPM. Ceritanya mcm ni, ce citer,ce citer..... 3 Hari lepas tu, aku ikut keluarga aku balik kampung. Kampung aku dekat terengganu. Huigh!! aku pun syok gila. Sebab apa aku syok gila, sebab hari tu aku balik dengan muka senyum bak kerang busuk kerana baru habis periksa la katakan. Ahaks, ahaks.... Waktu tu aku ada dekat hentian rehat dan rawat Gurun, Kedah.Ha..buat apa dekat Gurun, ...buat apa lagi kalau nak makan, nak pergi tandas kan kan kan....
Aku letakla aku punya telefon dekat dalam poket seluar. Masa tu aku baru je habis makan, dan aku terus ke tandas . Lepas membuang hajat, aku keluar tandas tu tanpa rasa pelik. Heh rasa tak sabar nak sampai ke kampung
Masa dalam kereta, aku tengah layan blues sambil dengar lagu radio, tiba2 mak aku dapat mesej yang tertulis begini "Mak cik, kami ada jumpa telefon anak mak cik dalam tandas"...Mak aku tanya aku ada guna 2 handset ka? Aik bila masa pulak aku guna 2 handset ni... Aku cakap dekat mak aku, mana ada aku guna 2 handset.. Heh ada orang mau pekena aku ke?.
Tiba2 aku teringat nak cek aku punya poket seluar. Alamak!! bila aku pegang aku punya poket seluar...Huih aku punya la gabra habis waktu tu. Rupa-rupanya baru aku teringat masa aku tengah pakai seluar, aku punya la tak perasan aku punya handset tergelincir..Patut aku rasa semacam je waktu keluar tandas..rupa-rupanya handset aku hilang.Dah la tu handset HTC Wildfire pemberian mak aku dekat aku.
Tiba2, mak budak yang jumpa handset aku tu call mak aku. Aku bernasib baik sebab orang yang jumpa handset aku tu rupa-rupanya kawan mak aku dekat sekolah dulu. Dia kata dia nak hantar aku punya handset melalui Poslaju. Aku punya frust sebab aku tak sempat nak guna handset tu...arghhh!!!..Aku takkan lupa punya benda ni. Mula-mula tu rasa macam nak marah pun ada, tapi bila diingat balik macam nak gelak pun ada
So, untuk korang yang tak berhati-hati macam aku, tolong hati-hati bila pergi mana-mana pun. Walaupun handset yang hilang tu handset murah, tapi mungkin dalam handset tu kot-kot ada banyak senarai nama awek macam aku..Ha Ha Ha.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siputpadi.blogspot.com/2014/12/tension-telefon-hilang.html