Inilah rupa pekan Tenom yang saya lihat sebaik melangkah kaki keluar dari Stesen Keretapi Tenom. Di hadapan stesen ini ada padang. Di tepi padang ada perhentian bas mini (van), perhentian teksi (termasuk kereta sapu) dan kaunter tiket bas ekspress Tung Ma untuk ke Kota Kinabalu (KK). Di sebelah kiri stesen ada tandas awam. Kedai warna merah tu pula kedai makan Asiarasa (tidak beroperasi masa kami sampai). Pendek kata, semua kemudahan cukup dekat
Hotel kat atas. Bawahnya tu kedai makan Muslim. Hotel bajet rendah yang bersih dan cantik. Tengoklah tangga dia tu, ceria je. Cuma kurang pencahayaan, suram
Alhamdulillah...dengan hanya RM70 dapat bilik yang selesa! Agak luas dan bersih. Biarlah gambar di atas berbicara. Tidur malam pun lena je, takde gangguan bunyi. Kalau nak bermalam kat Tenom bolehlah duduk hotel ni ya. Recommended! Ada deposit RM30. Hotel ni takde di Agoda, Booking.Com semua tu tau...perlu call sendiri nombor berikut :
Tiba di Taman Pertanian Sabah. Dah lepas pukul 2 petang, lengang je. Orang tak berjalan sini petang hari kot...panas! Tapi kami terpaksa sebab esok (Isnin) taman ni tutup. Ini antara sebab utama kenapa kami naik keretapi ke Tenom trip pagi, sebab nak berkejar ke sini
Waktu operasi dan bayaran masuk. Isnin tutup.
Bayaran masuk untuk warganegara (dewasa) - RM10Masa beli tiket, saya tanya ada pengunjung lain tak? Rupanya...memang takde kecuali kami berdua untuk sesi petang ni. Sesi pagi agak ramai juga pengunjung. Staf tu tanya kami juga ada kenderaan balik tak? Sebab sini takde kenderaan awam masuk. Untuk balik, kami akan call pemandu kereta sapu tadi
Kawasan ni luas tau. Ada pamphlet diberi masa beli tiket tadi. Boleh jalan kaki atau sewa basikal ronda taman ni ikut peta diberi dalam pamphlet. Ikut info saya dapat, kita boleh juga naik tram percuma. Memang ada tram pun kat tepi ni. Tapi tadi takde pulak sebut pasal naik tram. Saya pun buat-buat tanya dengan seorang staf yang ada berhampiran, "Nak mula jalan ikut mana ya?". Jawabnya "Kalau nak naik tram tunggu lagi 15 minit". Alhamdulillah...dah tentu kami pilih naik tram
Pagi tadi naik gerabak keretapi, petang naik gerabak tram pulak. Boleh la perasan VIP jap, sebab naik tram dua gerabak tapi penumpang cuma dua orang! Segan jugak sebenarnya, sambil berharap ada la pengunjung lain ikut sama
Jom ronda taman! Selain pemandu tram, ada guide bersama kami. Dan...selain kami, dah ada dua pengunjung lain. Sedang elok tram nak bergerak, dua orang wanita tempatan ikut serta. Lega saya...meriahlah sikit kan
Tram berhenti untuk ke Taman Orkid. Tapi saya tertarik dengan pokok ini. Terdapat banyak di sepanjang jalan ini. Ada yang penuh buah begini, ada yang penuh bunga. Baunya kuat seakan bau buah Kemang. Saya kata sedap baunya. Terus guide kerut dahi, entah busuk pada dia atau apa. Haha.
Nama pokok pelik ni Cannonball (nama saintifik Couroupita Guianensis). Berasal dari Brazil. Buahnya beracun, sebab tu orang tak ambil dan terbiar banyak begitu sahaja. Boleh pegang buah yang masih tergantung dipokok. Tapi dilarang pegang yang dah jatuh pecah kat bawah tu, sebab racun ada pada isi buah. Ia mempunyai bunga yang cantik.
Ok, kita teruskan perjalanan ke Taman Orkid. Nampak pokok orkid besar atas pintu gerbang tu? Dikenali sebagai Orkid Harimau, orkid paling besar di Sabah. Masa guide bagitau tu, saya dan suami dah senyum-senyum. Sebab pokok orkid tu ada kat rumah mak suami (mertua saya). Boleh baca di SINI.
Guide membawa kami berempat melawat dalam Taman Orkid sambil memberi penerangan tentang pokok-pokok yang ada di situ. Seronok dapat banyak pengetahuan baru mengenai orkid. Dalam kawasan ni pun ada tandas, mudah la kot ada keperluan kan
Antara yang menarik perhatian...bunga orkid paling kecil di Sabah dan bunga orkid purple yang berbau wangi lembut, sedap baunya! Yang kuning tu lupa kenapa..sebab cantik kot
Dari Taman Orkid, kami naik tram semula dan masuk ke Taman Model. Taman ini menyediakan 5 jenis model taman untuk idea pengunjung mewujudkan taman sendiri. Sepanjang lawatan ni selain memberi penerangan mengenai pokok, guide juga beri kita petik buah yang boleh dimakan. Kami juga berbual-bual mengenai perbezaan nama/kegunaan satu-satu pokok di Semenanjung dengan di Sabah. Contohnya buah pala, di Sabah mereka ambil biji untuk masakan sup dan kita di Semenanjung makan buahnya yang dijadikan jeruk. Seronok bertukar-tukar cerita
Atas : antara model taman yang ada
Taman terakhir dalam lawatan kami - Taman Evolusi. Dari Taman Model, kami berjalan kaki ke Taman Evolusi.
Jaga-jaga...ada dinosaur dalam Taman Evolusi ni
Teratai Gergasi! Geram je tengok, rasa nak naik atas tu. Menurut guide, teratai paling besar yang ada di taman ini boleh menampung sehingga 30 kg dan pernah dinaiki oleh seorang budak. Tapi bukan teratai yang ada di hadapan mata saya sekarang ni
Ada bunga dan kudup bunga di tengah-tengah tu
Bahagian bawah yang berduri tajam. Perlu berhati-hati jika nak cuba pegang
Yang biji merah tu masa kecik ada buat main, bijinya jika dipegang menghasilkan warna merah macam darah
Kami beli sayap (kepak ayam) dan buntut (tongkeng). Juga beli pisang goreng. Bila dah balik bilik baru makan...sedap semuanya! Rasa tak cukup sayap tu, tapi malas pulak nak keluar lagi|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |