Tengku Zafrul Dan Rekod Hebat Yang Dicatatnya


 
Ketika ramai orang masih tercari-cari jawapan bagaimana Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz boleh dilantik lagi sebagai menteri dalam pentadbiran Anwar Ibrahim, seorang tokoh politik veteran serta berpengalaman, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar melihat perkara itu dalam sudut yang berbeza.
Kata beliau, dengan kekal lagi dilantik dalam kabinet baru-baru ini, Tengku Zafrul telah memperlihatnya dirinya seorang yang hebat serta luar biasa.
Bekas CEO CIMB Bank itu, tambah Tengku Azlan, mula dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika era kepimpinan Mahiaddin Md Yasin, kemudian terus dikekalkan di jawatan sama selepas Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan kini sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pula dibawah Anwar yang menerajui negara.
“Ini menunjukkan beliau bukan saja berjaya kekal sebagai menteri di bawah tiga Perdana Menteri, malah melalui Perdana Menteri yang datang daripada tiga parti yang berbeza.
“Mahiaddin daripada Bersatu, Ismail Sabri daripada UMNO dan Anwar daripada PKR.
“Perkara ini memperlihatkan Tengku Zafrul seorang yang hebat serta luar biasa yang pencapainnya tidak mampu dilakukan oleh orang lain,” jelas Tengku Azlan lagi.

Tegasnya, tidak pernah ada mana-mana pemimpin yang mampu kekal sebagai menteri di bawah tiga Perdana Menteri yang datang daripada parti yang berbeza.
“Ini adalah bukti nyata beliau seorang yang hebat dan kita patut berbangga serta mengucapkan tahniah kepadanya,” tambah beliau.
Lebih daripada itu, ujar Tengku Azlan lagi yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, ketika dilantik oleh Mahiaddin dan Ismail Sabri sebelum ini, Tengku Zafrul bukan seorang Ahli Parlimen yang menang bertanding sebagai Ahli Dewan Rakyat, sebaliknya hanya melalui lantikan sebagai Ahli Dewan Negara.
“Kekalnya lagi Tengku Zafrul dalam kabinet Anwar baru-baru ini turut perlu sekali lagi melalui lantikan sebagai Senator kerana beliau kalah bertanding mewakili BN di kawasan Parlimen Kuala Selangor kepada calon PH, Dzulkifly Ahmad.
“Ini bermakna sekali lagi juga beliau melakukan pencapaian yang sangat hebat dan luar biasa, walaulah kalah bertanding tapi masih dapat jawatan menteri, sedangkan Dzufkifly yang menang sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangot tidak dapat jawatan apa-apa.
“Secara jujur, kita sebenarnya patut sangat berbangga dengan pencapaian hebat beliau itu.
“Dapat jadi menteri di bawah tiga Perdana Menteri berbeza yang datang daripada parti yang berbeza, kemudian setelah kalah bertanding pun tetap kekal lagi sebagai menteri, kalau pun ia bukan suatu rekod dunia, tapi pasti ini adalah rekod luar biasa lagi hebat yang tidak pernah berlaku sebelum ini di negara kita,” kata Tengku Azlan lagi.
Ini jugalah, kata Tengku Azlan, erti sebenar slogan “Malaysia Boleh” yang selama ini menjadi pembakar semangat bagi rakyat negara ini untuk melakukan apa yang ternampak mustahil dan luar biasa.
“Tengku Zafrul telah membuktikan semangat “Malaysia Boleh” dalam dirinya berada di tahap paling tinggi sekali,” kata bekas Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal itu.
Dengan itu, tegas Tengku Azlan seterusnya, selain kita wajar berbangga dengan pencapaiannya itu, Tengku Zafrul diharapkan lebih cemerlang dengan tugas barunya di Kementerian MITI, terutama dalam menarik kedatangan pelabur asing bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
Dengan pencapaian dan rekod luar biasanya itu, menurut Tengku Azlan, tidak mustahil Tengku Zafrul juga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa di kementerian MITI yang baru diterajuinya itu. – ShahbudinHusin 05/12/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/tengku-zafrul-dan-rekod-hebat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet Di Bawah Kerajaan Perpaduan

Tengku Zafrul Kembali Ke Kabinet Di Bawah Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 220 hits
Tengku Zafrul kembali ke Kabinet di bawah kerajaan perpaduan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Dec 2022 11 01PM
Mahathir S Aide Takes A Swipe At Tengku Zafrul S Appointment

Mahathir S Aide Takes A Swipe At Tengku Zafrul S Appointment

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 275 hits
Tengku Zafrul Aziz was appointed a minister but not Dzulkefly Ahmad a former minister who defeated Tengku Zafrul in Kuala Selangor at the general election PETALING JAYA An aide to Dr Mahathir Mohamad has highlighted the irony in Prime Minis...
Tengku Zafrul Ikrar Pastikan Malaysia Terus Kompetitif

Tengku Zafrul Ikrar Pastikan Malaysia Terus Kompetitif

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 274 hits
Kuala Lumpur Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berikrar akan memastikan Malaysia akan terus menjadi destinasi penting dalam pelaburan selain menjadikan negara ini berdaya saing bagi pel...
Tengku Zafrul Lists 3 Top Priorities To Face 2023 Global Slowdown

Tengku Zafrul Lists 3 Top Priorities To Face 2023 Global Slowdown

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 203 hits
Miti minister Tengku Zafrul Aziz said his ministry would look at the various trade agreements to ensure they were of real value to micro and small SMEs KUALA LUMPUR International trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz has listed thr...
Dana Rm600b Tak Ada Apa Nak Disorokkan Kata Tengku Zafrul

Dana Rm600b Tak Ada Apa Nak Disorokkan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 180 hits
malaysiakini comMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata tidak ada sebarang yang mahu disembunyikannya daripada pihak berkuasa berhubung isu dana bernilai RM600 bilion dikendalikan kerajaan ter...
Ask Tengku Zafrul On Rm530bil Spent By Pn Govt Muhyiddin Tells Anwar

Ask Tengku Zafrul On Rm530bil Spent By Pn Govt Muhyiddin Tells Anwar

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 287 hits
Muhyiddin Yassin says he is prepared to be brought before the courts over allegations of misappropriation of funds PETALING JAYA Muhyiddin Yassin has told Prime Minister Anwar Ibrahim to ask Tengku Zafrul Aziz whether there was any misappro...
Tengku Zafrul Meets Japanese Trade And Industry Chamber

Tengku Zafrul Meets Japanese Trade And Industry Chamber

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 212 hits
Tengku Zafrul Aziz meets Japanese Chamber of Trade and Industry Malaysia officials to seek their views on investments KUALA LUMPUR International trade and industry minister Tengku Zafrul Aziz today met the Japanese Chamber of Trade and Indu...
Luah Rasa Syukur Kim Sowon Kongsi Ahli Gfriend Terus Beri Sokongan Hebat Dalam Karier Baru

Luah Rasa Syukur Kim Sowon Kongsi Ahli Gfriend Terus Beri Sokongan Hebat Dalam Karier Baru

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 298 hits
Bekas ahli GFRIEND Kim So won rasa macam jadi rookie semula ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Kim So won mengadakan satu sesi penggambaran gambar bersama majalah star1 untuk pengisian Januari yang akan datang Dalam pada itu Kim So won juga se...
Raih Perhatian Pihak Produksi Kongsi Barisan Pelakon Hebat Bagi Muzikal Shakespeare In Love

Raih Perhatian Pihak Produksi Kongsi Barisan Pelakon Hebat Bagi Muzikal Shakespeare In Love

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 238 hits
Macam menarik je muzikal Shakespeare in Love ni ARTIKEL BERKAITAN Buat pengetahuan Shakespeare in Love ini merupakan satu muzikal adaptasi bagi filem pada 1998 Kisah ini berkisar mengenai William Shakespeare yang memulakan perjalanan hidupn...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa