Tengku Razaleigh Harus Sefaham Dengan Anwar


PANDANGAN

SEMALAM menerusi satu status di Facebook saya berjanji akan memberi ulasan sedikit mengenai apa dikatakan "dapatan" yang diperolehi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, yang kononnya akan berlaku perubahan kerajaan dalam masa sehari dua ini.   
Serentak dengan perkembangan itu beliau menyebut ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan dilantik menjadi perdana menteri. 
Taraf atau kedudukan Ku Li sebagai PM bersifat sementara, PM intrim. Saya percaya atas kapasiti yang dimiliki sahabat saya itu, selaku seorang wartawan senior dan ahli politik veteran ramai yang tertunggu-tunggu apa yang dinyatakan itu. Pastinya ada mengharap Kamal Amir memberi sesuatu maklumat sahih dan bukan bercakap atas angin nan penuh berilusi. 
Makanya ramai tertanya-tanya dan menanti-nanti sejauh mana kebenaran "dapatan" yang ditemui Kamal Amir itu. Seolah-olah dapatan diperolehi Kamal itu sesuatu yang eksklusif dan special yang tidak perlu diuar-uarkan. Tetapi kenapa beliau menyebutnya awal? Ramai yang WhatsApp saya secara peribadi mahu mengetahui duduk perkaranya.
Kecewa dan kesal.
Sehubungan itu ada yang kurang senang dan kecewa dengan apa disebut Kamal itu kerana ia secara tidak langsung menyentuh premis Anwar Ibrahim. Bagi pendokong dan mereka yang penasaran mendambakan Anwar sebagai perdana menteri terkilan dan kesal dengan apa disentuh Kamal itu. Mereka bimbang takut Anwar di"sailang" untuk kesekian kalinya.
Dan dalam live Facebooknya pada 23 Jun, Kamal menimbulkan soal pengampunan diperolehi Anwar kononnya tidak penuh (full pardon) yang boleh mengganggu untuknya dilantik jadi PM.
Kamal menimbulkan pengampunan yang diterima Anwar sebagai menjadi hambatan dan menghalang untuknya dilantik menjadi perdana menteri. Alasan itulah menyebabkan apa yang dinamakan "dapatan" mencuriga menyebabkan pendedahan Kamal itu dianggap omong kosong dan suatu perang saraf semata-mata. 
Ada isu apa dikatakan Kamal itu, cuma sayang beliau tidak menjelas lanjut mengenai hal pengampunan itu dengan menyebut fasal-fasal atau butiran jelas dalam Perlembagaan yang boleh menghalang Anwar. Justeru itu dengan mudah bagi mereka yang cekap membaca kilau dalam kilat, menganggap ia adalah satu saraf Kamal yang dilihat sangat mesra dan berminat untuk mengangkat Ku Li sebagai perdana menteri.
Sebenarnya isu pengampunan diperolehi Anwar itu tidak sah telah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan ketika Anwar hendak menyertai Pirake (pilihan raya kecil) Port Dickson dahulu. Takiyuddin sudah meminta mahkamah untuk membuat ketetapan soal pengampunan itu dengan tujuan menghalang Anwar daripada bertanding. Apabila usaha itu gagal beliau mencadangkan agar Pas meletakkan calon untuk pecah undi bagi memastikan Anwar kalah. Jelas kejahatan Takiyuddin dan Pas terhadap Anwar. 
Ternyata usaha Takiyuddin itu tidak ke mana, bahkan telah menjawab persoalan mengenai pengampunan itu. Apabila mahkamah membenarkan Anwar bertanding bermakna dalam tafsiran mahkamah pengampunan yang diberikan kepada Anwar itu sebagai mutlak dan tidak memberi apa-apa implikasi kepada Anwar untuk menyertai pilihan raya. 
Secara mudah boleh difahami, apabila mahkamah tidak mencegah Anwar dan beliau kini adalah seorang ahli Parlimen yang sah, maka beliau mendapat atau memiliki hak-hak dan keistimewaan sama seperti dimiliki oleh ahli Parlimen lain untuk jadi perdana menteri. Jadi argumen Kamal mempersoalkan pengampunan Anwar itu tidak berbangkit lagi. Ia suatu hal yang basi seperti nasi dingin sengaja dihangatkan untuk dimakan kembali. Mereka yang perut lapar atau perut pelahap tegal untuk makan nasi dingin.
Apakah sahabat saya itu khilaf mengenai hal ini atau sengaja mengilafnya? Wallahu'alam.  
Itu satu perkara, seperkara lagi apakah senaif itu Yang di-Pertuan Agong ke 15 ketika itu Sultan Muhammad Ke V untuk memberi pengampunan penuh itu. Apakah baginda tidak mendapat dan mendengar nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu? Dan apakah Perdana Menteri (Mahathir) tidak membantah kalau apa dikatakan Kamal itu sebagai benar pada waktu itu? Ertinya Mahathir juga bersubahat dalam memohon pengampunan kepada Anwar? Bolehkah dikatakan begitu atau untuk dijelaskan demikian?
Isu direkayasa.
Kepada saya isu pengampunan itu adalah isu yang direkayasa oleh mereka yang cemburu dan dendam dengan Anwar. Kalau ia datang daripada Dr Mahathir, bermakna Mahathir munafik dalam soal ini. Beliau patut mencerita dan menjelaskan akan hambatan atau implikasi perlembagaan itu awal-awal lagi bukan setelah "tangga" sudah runtuh dan rumah sudah berselerakan.
Dan kepada sdr Kamal Amir dan Ku Li, kalau pun ada peluang eksklusif untuk Ku Li dilantik jadi PM seperti diceritakan itu usahlah gunakan isu pengampunan terhadap Anwar. Untuk apa memainkan isu yang sudah selesai dan muktamad dan telah dibungkus sebahagian sejarah. Buruk sangat nampaknya. Carilah isu lain yang lebih munasabah dan dapat diterima khalayak. 
Secara tidak langsung, apabila menjadikan soal pengampunan, ertinya Kamal dan Ku Li sendiri menerima hakikat kelayakan (eligble) Anwar untuk jadi Perdana Menteri, hanya masalah pengampunan yang mereka tafsirkan sebagai menghalangnya. Hakikatnya Anwar memang layak dan tepat untuk jadi perdana menteri. 
Perkara kedua yang perlu difikir dan tidak mudah diterima mengenai "dapatan" disebut bekas Exco pemuda Umno  itu, tentang cerita  Ku Li akan dilantik jadi perdana menteri intrim atas kehendak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Untuk melayakkan Ku Li sebagai perdana menteri Kamal menceritakan jasa-jasa dan peranan Ku Li selama ini. Berdasarkan jasa besar itu memang Ku Li layak.
Tidak dinafikan apa yang dilakukan Ku Li ke atas negara selama ini, khasnya dalam aspek ekonomi dan kemajuan orang Melayu memang tidak terhitung.  Jasa Ku Li sangat besar. Tidak boleh nafikan Ku Li seorang anak raja berjiwa rakyat. Anak Raja Kelantan itu dengan kebijaksanaan politiknya telah menyelamatkan banyak khazanah negara daripada dijarah orang asing, seperti memansuhkan perjanjian hak cari gali minyak yang diperolehi oleh Syarikat Shell.
Beliau juga seperti disebut Kamal, kejayaan besar Ku Li telah membawa pulang syarikat perladangan dan komoditi yang berpejabat di London seperti Guthrie, Dunlop dan lain menjadi hak milik negara. Ku Li juga bertanggungjawab mengajar, mendidik dan menempatkan orang Melayu mengenai saham, menempat dan memberi peluang kepada anak-anak Melayu menguruskan institusi kewangan dan ekonomi sendiri dengan mewujudkan PNB, Petronas dan bank-bank. 
Sehingga kini Malaysia belum mempunyai seorang pakar ekonomi dan kewangan sehebat Ku Li yang diiktiraf bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Sejarah besar Ku Li ialah menjadi Menteri Kewangan pertama dari kalangan kaum Bumi dan pernah dilantik menjadi presiden Bank Dunia. Dengan reputasinya itu beliau memang layak jadi perdana menteri. Ku Li lebih layak daripada tiga perdana menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad, Najib Razak dan Mahiaddin Yassin waktu ini. 
Namun sayang, segala jasa-jasa besar dan budi tinggi Ku Li kepada orang Melayu dan Malaysia itu tidak dinilai dan dihargai oleh parti Umno sendiri untuk menghadiahkan beliau jawatan perdana menteri. Tanpa memberi kesempatan itu Malaysia mengalami kerugian kerana tidak menggunakan eset dan pakar yang ada. Itulah nasib malang diterima Ku Li beliau sama seperti Hang Nadim yang dibunuh kerana kecerdikan atau seperti Hang Jebat yang dibunuh kerana kesetiaan dan keberaniannya.
Mengenai kononnya beliau akan dilantik jadi PM atas perkenan Agong dan Raja-Raja, ia masih boleh dibahaskan walaupun kuasa itu ada kepada Yang di-Pertuan Agong. Agong memang mempunyai kuasa melantik mana-mana ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti sebagai perdana menteri. Soalnya, apakah syarat lazim itu perlu mendapat sokongan ahli Parlimen diperolehi Ku Li?
Biarlah tanpa mendapat sokongan dengan menggunakan kuasa yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong beliau boleh dilantik. Soalnya pula sediakah Agong "melanggar" tradisi amalan demokrasi sebelum ini. Apakah tidak bagi yang di-Pertuan Agong menilai kesan politik, kestabilan negara apabila baginda membuat lantikan ada kehendaknya tanpa mengambil kira naluri demokrasi dan aspirasi rakyat? Macam mana seorang perdana menteri yang tidak mendapat "perkenan" demokrasi akan disokong?
Nasib dialami Mahiaddin hari ini yang diberi perkenan sebagai perdana menteri oleh Agong sedang berhadapan dengan serangan dan cemuhan rakyat, tentu diambil kira oleh Agung, tetapi terlupa dihitung oleh mereka yang ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai PM.   
Saya tidak mahu mengulas panjang soal ini, orang yang cerdik dan arif dalam soal demokrasi dan perlembagaan mungkin dapat membuat kesimpulan sendiri. Tetapi bagi saya apa dibayangkan oleh Kamal itu seperti jauh panggang daripada api. Asap ada tetapi tidak datang dari bara tetapi dari wap sungai dan lautan. Namun cara saya berfikir tidak perlu diikuti kerana saya ada firasat tersendiri yang agak berbeza dengan banyak orang. Saya adalah saya. 
Untuk menguatkan hujjah dan rasa tidak yakin saya, tidaklah saya hendak membuka bungkusan cerita lama, yang macam mana, sudah berpuluh kali Ku Li hendak diangkat jadi perdana menteri. Satu masa kononnya Ku Li sudah pun bersiap sedia untuk berangkat ke majlis angkat sumpah. Cerita ini datang daripada "jong dondang" yakni orang mengeliling Ku Li, tetapi Ku Li sendiri hanya terus berkata, kuasa Allah sahaja yang boleh menjadikan beliau perdana menteri. Kun fayakun.
Berbalik kepada "dapatan" Kamal Amir tadi kita terima sahaja ia sebagai cerita penglipur lara di era kita dikongkong di rumah kerana Covid-19. Setidak-tidak cerita dan dapatan Kamal temui itu boleh dijadikan bahan hiburan bersama dan topik perbahasan. Catatan ini dinukil juga kerana dapatan itu. 
Tengku Razaleigh dan Anwar.
Apabila bercerita perihal Ku Li hendak jadi PM, naratifnya sama dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. 
Cerita ini sudah usang dan didendangkan begitu lama sekali. Klasikalnya sama dengan dendangan lagu dan irama Anwar Ibrahim nak jadi perdana menteri. Sebermula Tengku Razaleigh tentang Dr Mahathir Mohamad (OT95) secara realistik pada tahun 1987, di sini cerita Tengku Razaleigh hendak jadi PM bermula. 
Manakala Anwar pula bermula 11 tahun kemudian pada tahun 1998 tatkala beliau dipecat daripada Umno. Tetapi Ku Li lebih awal memasang angan-angan dan diberikan harapan untuk jadi PM berbanding Anwar. Makenismanya sama sahaja dengan menubuhkan wadah sendiri.
Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) manakala Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (PKN) tahun 1998 yang kemudian jadi PKR setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Bagaimana pun parti Ku Li sudah lama ghuyup, tetapi parti Anwar masih berkembang biak hingga sekarang. Kalau Ku Li tidak bubar S46 kemudian bergabung dengan PKR tahun 2000 ketika itu lagi BN dan Mahathir sudah hanyut. 

Kedua mereka adalah mangsa Dr Mahathir. Mereka dipancung dan dinafikan kehebatan dan kebolehan masing-masing kerana Mahathir sedar mereka adalah pesaing utama dan individu yang boleh menggagalkan gagasan besar Mahathir. 
Cara Mahathir "mematikan" kerjaya mereka juga hampir sama starteginya mengaibkan mereka dengan mendedahkan keburukan mereka. Ku Li dikaitkan dengan skandal BMF manakala Anwar dikaitkan dengan skandal sex dan salahguna kuasa kemudian disumbat ke dalam penjara. Ku Li tidak sempat masuk ke penjara kerana bukti-bukti mengaitkan beliau dengan jenayah gagal diperolehi. Kedua senjata itu akhirnya ternyata palsu menyebabkan Mahathir dikecam. 
Setelah gagal dalam menggunakan senjata fizikal dengan fitnah dan konspirasi, Mahathir ubah dengan mengambil pendekatan psikologi berbaik dengan Ku Li dan Anwar. Apabila Ku Li tubuh Semangat 46, menjadi parti saingan Umno, yang boleh membahayakan Umno, Mahathir memujuk semula Ku Li agar membubarkan Semangat 46 dan menyertai Umno kembali. Atas pujukaan dan janji kononnya Ku Li akan diberi laluan jadi perdana menteri, Ku Li akur dan memaafkan penzaliman Mahathir ke atasnya.

Demikian juga Anwar, setelah gagal mematikan Anwar walaupun dipenjara, dan melihat PKR berpotensi menjadi parti utama, akhirnya beliau mengubah pendekatan berbaik dengan Anwar. Beliau menelan segala ludah dan kahaknya demi mencapai tujuan asalnya bagi mengkhianati Anwar. Beliau sedar Anwar perlu dilawan dari dalam setelah secara di medan perang beliau akan gagal. Beliau lantas tubuh parti PPBM dan bergabung dengan Anwar. Selepas menang beliau lupa segala janji-janjinya. Mahathir persis Anjing yang biasa makan tahi... tak makan dihidunya.  

Ku Li dan Anwar perlu menganalisa perjalanan politiknya yang menjadi mangsa kepada Mahathir ini. Mereka perlu mengingati segala sejarah pahit maung dikhianati Mahathir ini. Mereka juga perlu bijak mengenali politik bipola Mahathir dan aksi dan tindak politiknya. Mahathir masih hidup dan terus aktif memainkan peranannya. Apakah tidak mungkin dalam beliau kini kesepian, ditolak oleh banyak pihak, beliau terus mencocok jarum jahatnya bagi melagakan Ku Li dengan Anwar

Sebelum ini Mahathir pernah mengadakan kenyataan akhbar bersama Ku Li menjelang sidang parlimen. Kononnya mereka bergabung dan mendapat sokongan ahli Parlimen untuk menjatuhkan Mahiaddin Md Yassin. Mereka berdua bergerak berasingan dengan PH. Sidang akhbar mereka berdua itu sempat menggemparkan negara. Tetapi apa kesudahannya. Habuk pun tadak. Saya difahamkan Ku Li dengan sidang akhbar itu Ku Li ditipu Mahathir sekali lagi

Mahathir memang licit, dan mereka (Ku Li dan Anwar) tidak boleh menganggap mampu untuk mendepani Mahathir secara bersendirian. Dalam soal ini, soal siapa nak jadi perdana menteri antara Ku Li dengan Anwar tidak timbul. Seperti mana kata Kamal, Ku Li tidak ada masalah dengan Anwar. Saya kira Anwar juga tidak ada masalah dengan Ku Li. Kalau apa yang sedikit membedzakan latar belakang mereka seorang bangsawan seorang rakyat biasa. Idealisme tetap sama. Tetapi perbezaan yang kecil itu tidak perlu dijadikan alasan, persefahaman dan iltizam mereka untuk rakyat dan negara boleh memadukan mereka

Dalam hal ini Ku Li harus lebih sedar diri dan kedudukan. Beliau perlu mengakui bahawa pengaruh Anwar dalam politik multiracial lebih besar berbanding dengan auranya yang terus dianggap sebagai feudalisme sistem yang sudah tidak popular lagi. Lagi pun Anwar menguasai parti sebagai presiden, beliau hanya ketua bahagian sahaja. Pengaruh politik dan rakyat berpihak kepada Anwar

Bagi saya kedua mereka tidak perlu bergerak secara terpisah. Memasang angan-angan untuk jadi perdana menteri tidak salah, tetapi apa yang perlu diinsafi kepada realiti hari ini. Kalau mereka benar-benar jujur mahu membina semula negara, memulihkan semula kedudukan rakyat dari terus ditindas oleh kebobrokan pemerintah yang gagal kini, mereka perlu sefaham antara satu sama lain. Carilah jalan dan ikhtiar bagaimana untuk keduanya duduk bersama

Sekali lagi saya ingin sebutkan baik Ku Li dan Anwar perlu ingat musuh mereka sebenar, atau orang yang memastikan kedua-duanya tidak akan mencapai cita-cita itu bukan orang lain tetapi MAHATHIR BIN MOHAMAD. Jika terjadi persefahaman antara keduanya, Singa tua itu akan kehilangan arah dan akan mengakhiri hajat dalam gua penuh kesepian. Adapun Mahiaddin Md Yassin atau Hishammuddin Hussein hanya kekabus kering sahaja yang akan melayang dan hilang dengan sendiri. [wm.kl.12:15 pm 25/06/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/06/tengku-razaleigh-harus-sefaham-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Confesses Pkr Still Plagued With Disloyal And Corrupt Members

Anwar Confesses Pkr Still Plagued With Disloyal And Corrupt Members

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 226 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim has confessed that the party is still plagued with treacherous and corrupt members As such he called on all members to continue to uphold and defend the idealism of the party s struggle which rejects a...
Anwar Bidas Pemimpin Tidak Hayati Permasalahan Rakyat

Anwar Bidas Pemimpin Tidak Hayati Permasalahan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 200 hits
By 20 June 2021KUALA LUMPUR Untuk tahu dan faham keadaan ekonomi negara sekarang masyarakat perlu mendapatkan penerangan serta penjelasan dari pakar ekonomi bukan menteri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jika rakyat bertanyakan...
Anwar Has Been Saying The Same Thing For 40 Years Since 1981

Anwar Has Been Saying The Same Thing For 40 Years Since 1981

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 313 hits
Yeah right and when Khalid Ibrahim refused to use RM100 million of the Selangor State Government s money to finance PKR they kicked him out and tried to install Dr Wan Azizah Wan Ismail as the new Menteri Besar Good governance reject corrup...
Anwar Ahli Pkr Diingat Tidak Taasub Kepada Pemimpin

Anwar Ahli Pkr Diingat Tidak Taasub Kepada Pemimpin

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 230 hits
BernamaKUALA LUMPUR Semua ahli Parti Keadilan Rakyat diingatkan supaya tidak terlalu taasub kepada seorang pemimpin atau kumpulan kerana tindakan itu hanya akan membawa kepada pemikiran tidak taat kepada parti Presiden PKR Datuk Seri Anwar ...
Don T Be Too Obsessed With Leaders Anwar To Pkr Members

Don T Be Too Obsessed With Leaders Anwar To Pkr Members

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 270 hits
PKR president Anwar Ibrahim has reminded members of his party not to be too obsessed with any particular leader or faction He said the obsession would lead to acts of disobedience that were not in line with decisions made by the party leade...
Jika Ditakdirkan Memimpin Negara Ini Pesanan Atgna Kepada Anwar Ibrahim

Jika Ditakdirkan Memimpin Negara Ini Pesanan Atgna Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 199 hits
Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan kepada Dato Seri Dr Anwar Ibrahim Anwar kamu boleh maafkan orang yang menzalimi kamu dan orang yang pukul kamu Tapi kamu kena ingat ini jadi pengajaran Esok kalau Alla...
Awas Kartel2 Dalam Pkr Libatkan Orang Kanan Anwar

Awas Kartel2 Dalam Pkr Libatkan Orang Kanan Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 190 hits
Nama Rafizi Ramli kembali mencuri tumpuan selepas lama menyepi tatkala Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan semakin hampir menjadi Perdana Menteri dengan membuat pendedahan terbaharu melibatkan orang kanan Presiden PKR tersebut Peringata...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan

Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas