Tengku Ali Sultan Yang Diturunkan Tahta




Tengku Ali Sultan Sulaiman diputerakan pada 24 Jan 1914 di Istana Tepi Bukit bersebelahan Bukit Puteri, Kuala Trengganu. Lebih dikenali sebagai Tengku Cantek, putera sulung kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dan Tengku Ampuan Mariam Sultan Ahmad Pahang.

Pada 29 Jan 1942 dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda (Raja Muda) Trengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dengan persetujuan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.
Pada 26 September 1942, Sultan Ali Shah ditabalkan sebagai Sultan Trengganu yang ke 14 berikutan kemangkatan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pukul 3.00 petang, 25 September 1942 di Istana Timur, Padang Negara Kuala Trengganu.
Majlis pengisytiharan dan pengumuman telah dijalankan oleh Datuk Bija Sura Sheikh Hassan Said Al-Yamani, Ketua Hakim dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam Ngeri Trengganu.
Sultan Ali Shah hanya sempat berada di tampuk pemerintahan sehingga 5 November 1945.
Pada 10 November 1945, Sir Harold MacMichaeI selaku wakil British di Tanah Melayu memaklumkan status pemecatan Sultan Trengganu ini kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London kerana di syaki memihak kepada Jepun serta 'unsuitability'.
Peristiwa ini berlaku selepas British menguasai semula Tanah Melayu akibat Jepun tewas dalam Perang Dunia Ke-2.
Pada 27 Disember 1945, Akhbar The Times melaporkan Tengku Paduka Raja Ismail dilantik menggantikan Tengku Ali sebagai Sultan Trengganu yang baharu.
Keributan yang berlaku dalam Kesultanan Trengganu ini hanya melibatkan keluarga Diraja dan Pembesar, namun rakyat jelata patuh menerima apa sahaja yang di tetapkan oleh Kerajaan Terengganu dan British ketika itu.
Apa yang pasti pengganti Tengku Ali merupakan waris langsung kepada Sultan Zainal Abidin III sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Trengganu (1911).
Walau bagaimanapun apa yang telah berlaku tidak berupaya dipinda ataupun diubah semula dari lipatan Sejarah Kesultanan Terengganu.
Kepulangan British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Ke-2 dengan melakukan tindakan drastik melalui penyingkiran 3 orang sultan dan raja melayu (Terengganu, Selangor dan Perlis) yang dilantik pada zaman Jepun sebagai bukti cubaan awal penguasaan mereka dengan memperkenalkan “Malayan Union” pada tahun 1946.
Pada 5 November 1945, seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu.
Penyingkiran Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu pada 5 November 1945 berpunca daripada pelbagai sebab. Pertama, disebabkan pendiriannya yang anti-British dan juga sebagai seorang yang ‘actively collaborated with the enemy or have acted or spoken against the allied cause’.
Sungguhpun begitu, pada hakikatnya, penyingkiran Tengku Ali juga mempunyai kaitan dengan rancangan British untuk menjajah Negeri-Negeri Melayu melalui rancangan Malayan Union.
Pihak penjajah British sedar bahawa tidak semua raja-raja Melayu akan menyetujui rancangan itu lebih-lebih lagi Sultan Terengganu yang terkenal dengan sikapnya yang anti-British.
Penyingkiran Tengku Ali dari tahta telah memaksa raja-raja Melayu lain mengubah pendirian dan akur kepada kehendak British.
Walau apa pun yang berlaku terhadap dirinya, Tengku Ali masih menganggap penurunannya sebagai Sultan Terengganu pada tahun 1945 itu sebagai tidak sah kerana tindakan tersebut telah dilakukan tidak mengikut adab.
Beliau menganggap bahawa ‘Kerabat-kerabat diraja dan pembesar-pembesar negeri (Jumaah Menteri) yang menurunkan beliau dari takhta setelah terpedaya dengan permainan politik British. Beliau memang tidak sukakan British, walaupun belajar di Oxford.
Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga di mana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa/teksi.
Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.
Tengku Ali mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun dan dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terengganu terputus di tengah jalan.
Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau.
Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu di mana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tidak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16 Disember 1945.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2021/06/dcg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Johor Titah 12 Ogos Dewan Bersidang

Sultan Johor Titah 12 Ogos Dewan Bersidang

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 225 hits
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar DEWAN NEGERI JOHOR BERSIDANG 12 OGOS 2021 DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah berkenan supaya Dewan Negeri Johor bersidang pada
Dun Johor Bersidang 12 Ogos Sultan Ibrahim

Dun Johor Bersidang 12 Ogos Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 294 hits
DUN Johor bersidang 12 Ogos Sultan Ibrahim JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan supaya Dewan Undangan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos Dalam satu kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baginda turut ber...
Sultan Hb X Pilih Ppkm Ketimbang Lockdown Saya Enggak Kuat Biayai Masyarakat Se Diy

Sultan Hb X Pilih Ppkm Ketimbang Lockdown Saya Enggak Kuat Biayai Masyarakat Se Diy

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 252 hits
Sultan menjabarkan bahwa untuk menekan penularan Covid 19 Pemda DIY tetap akan memberlakukan PPKM Pemberlakuan PPKM ini seperti Instruksi Gubernur DIY yang dikeluarkan 15 Juni 2021 lalu
Asmuni Setuju Usaha Kerajaan Negeri Sembah Maklum Cadangan Tarikh Sidang Dun Kepada Sultan Perak

Asmuni Setuju Usaha Kerajaan Negeri Sembah Maklum Cadangan Tarikh Sidang Dun Kepada Sultan Perak

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 266 hits
June 20 2021 Saya dan pimpinan AMANAH Perak amat bersetuju usaha Kerajaan negeri menyembah maklum kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri Perak dengan seberapa seger...
Sultan Johor Tunjuk Jalan

Sultan Johor Tunjuk Jalan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 351 hits
JOHOR BAHRU Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memperkenankan Dewan Negeri Johor bersidang pada 12 Ogos ini Persidangan DUN adalah jalan kecil lebih baik perubahan kepimpinan di peringkat Pusat di kerusi PM atau MAGERAN dan seter...
Sultan Ibrahim Disappointed With Slow Vaccination In Johor

Sultan Ibrahim Disappointed With Slow Vaccination In Johor

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 257 hits
The Sultan of Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar today expressed his disappointment with the state s slow rate of Covid 19 vaccination He urged the federal government to ramp up vaccinations and increase vaccine supplies to Johor because ...
Sultan Johor Tegur Kerajaan Pn

Sultan Johor Tegur Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 370 hits
Baginda turut berdukacita melihatkan angka angka harian kes positif baharu di Selangor yang sentiasa menunjukkan peningkatan dengan jumlah kumulatif kes positif sehingga 7 Jun mencecah 203 520 kes serta jumlah kematian yang amat membimbangk...
Sultan Nazrin Consents To Ibadah Korban During Mco

Sultan Nazrin Consents To Ibadah Korban During Mco

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 250 hits
Sultan Nazrin Shah gave his approval after being briefed on the procedures and guidelines for performing the sacrificial rituals IPOH The Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah has allowed for the ibadah korban in conjunction with the Hari Raya...
Batal Lockdown Ini Langkah Sri Sultan Hb X Cegah Lonjakan Covid 19 Di Diy

Batal Lockdown Ini Langkah Sri Sultan Hb X Cegah Lonjakan Covid 19 Di Diy

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 228 hits
Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta Sri Sultan HB X memutuskan untuk tidak menerapkan karantina wilayah atau lockdown meski saat ini kasus positif Covid 19 di wilayah DIY mengalami lonjakan
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti