Temujanji Di Hospital Shah Alam


berikutan daripada serangan panik yang aku alami dua (2) atau tiga (3) bulan yang lepas, aku telah diberikan temujanji pada setiap bulan bersama pakar. total temujanji aku adalah sebanyak empat (4kali) sehingga bulan disember. macammana aku boleh terjebak dengan kes serangan panik? aku terlalu stress ke dengan hidup? hahah tak. aku rasa aku macam 'bluetooth' dari orang lain atau melalui pembacaan semasa. aku kan suka membaca dan berborak tentang pengalaman orang. 
sama macam kes aku period. level period aku zaman sekolah sangat ringan. disebabkan aku ada berkawan dengan orang yang ketika period akan menangis, sakit perut, lemah longlai didepan aku; automatik aku jadi macam dia hahhaa. kenapa ya? aneh betul. pemikiran dan tindakan refleks diri aku rosak ke? ke macammana. 


Kronologi Serangan Panik mengimbau semula serangan panik yang berlalu tempoh hari. sebelum melangkua jauh, aku pernah lah tulis pasal serangan panik di entri sebelumnya. kalau korang berminat nak baca boleh lah baca pada entri datang tiba - tiba.
aku dapat simpulkan, aku alami serangan panik selepas covid yang kedua (masa keluarga aku datang rumah dalam keadaan demam; mak dan ayah demam) secara ringan. dua bulan selepas itu; en anwar meninggal. aku menerima perkhabaran duka dalam keadaan diri masih dalam fasa pemulihan. 


Tak Senang Duduk
selepas dari mendengar pemergian duka, ada satu tempoh yang menyesakkan terpaksa aku lalui. malam yang terasa sangat panjang nak berakhir. malam yang aku rasa malam terakhir untuk aku hidup didunia. aku tak boleh duduk dan berdiri. terasa kebas seluruh badan. aku yakin, kebas bukan sebab darah tak normal atau apa. tapi takut yang aku alami tiba - tiba. aku cakap dengan suami aku, aku tak boleh duduk. aku tak boleh tidur. aku takut. dalam kepala aku ligat berfikir. kalau aku pejam mata, dan ini kali terakhir aku hidup. apa sahaja lah yang aku sempat buat malam tu. solat pun masih tergantung. amalam pun senipis kulit bawang. 
sekejap sekejap aku berdiri kehulur hilir. sekejap sekejap aku masuk bilik. sekejap sekejap aku solat sunat. sekejap sekejap aku baring. tapi gundah gulana. badan kebas sebab takut melampau. tak selesa. aku taktahu macammana nak buang perasaan tu. aku benci. aku tidur depan televisyen. aku tinggikan bantal. aku rendahkan semula. aku letak bantal kiri kanan. aku peluk lengan suami. 
selepas itu, berakhir dengan aman. aku tidur. 
sehinggalah suatu hari tu, aku keluar dengan suami dan adik - adik aku. adik kecil aku yang berumur enam (6) tahun minta aku kendong sementara nak menuju dekat tempat parking kereta. kendong tak sampai 2 minit. beberapa saat selepas aku turunkan adik aku dari kendong -an, tangan kiri aku semacam kebas. 


Bermula Episod Panik dalam kereta aku macam bernafas tak lepas. masa tu kami menuju ke kedai makan untuk makan malam. dah selesai pilih makanan. tiba - tiba aku rasa macam segalanya mulai hitam. aku kelam kabut takut. aku minta suami aku batalkan semua makanan yang dah dipilih. saat itu juga, kereta laju membelah malam. aku langsung hilang rasa takut meski pun kadar laju kereta sebegitu selalu membuat aku resah. aku cuma fikir, aku nak sampai hospital segera. kalau mati biar dihospital. bukan didalam kereta tanpa sempat dirawat. 
sesampainya aku dihospital, aku ditolak menggunakan kerusi roda. aku malu tapi aku persetankan. macam orang dah nak mati lagaknya. suami aku tolakkan aku sampai kaunter doktor sahaja. selebihnya aku sendiri. suami aku bersama adik - adik aku dikereta. adik aku tak boleh masuk hospital, kerana dibawah dua belas (12) tahun kan. 
masa di kaunter doktor ada minta kad pengenalan. tangan aku kejung keras tak boleh nak gerakkan jari untuk keluarkan dompat. aku minta doktor tu ambil dalam beg aku. lama juga ya menunggu giliran. dari pukul sepuluh (10) ke sebelas (11) malam macam tu aku sampai dari pendaftaran sampai nama aku dipanggil. mak ai ~ 
empat (4) ke lima (5) pagi juga la nama aku akhirnya dipanggil masuk ke bilik. doktor tu tanya lah aku pasal apa yang aku rasa. lepastu lama juga, aku dipanggil lagi sekali untuk buat ujian apa tah. yang kena baring untuk tengok perjalanan detak jantung aku. keputusannya; normal. huhu. sebab masa dia tanya aku tu, aku jawab aku tak boleh bernafas. tangan kaki aku sejuk. aku lemas.


Temujanji Seterusnyaselepas dari kali pertama aku masuk kecemasan tu, aku diberikan temujanji dengan jabatan psikologi dan kaunseling. automatik fikir, oh aku gila ke? untuk positif vibe, aku fikirlah. ini masalah pemikiran aku. memang aku patut masuk sini untuk kaunseling. lagipun aku kaunseling. bukan aku kena ikat dengan memakai baju warna putih dalam bilik khas. kan? aku okay cuma pemikiran aku lemah sampai aku fikir jauh. aku fikir benda yang belum ada. 


Jabatan Psikologi dan Kaunselinguntuk kes aku ni, ada dua jabatan terlibat. jabatan psikologi dan kaunseling dan jabatan rehabilitasi. selepas aku selesai dengan kecemasan, temujanji pertama aku ialah dengan psikologi dan kaunseling. dekat sini aku cuma kemaskini permasalahan aku sahaja. seperti biodata ringkas dan juga masalah aku dengan kehidupan. antara soalannya ialah; nama, umur, pekerjaan dan lain lain. berkenaan hidup pula; ada stress dekat tempat kerja ke? gaduh dengan boyfriend ke? masalah kewangan ke atau dan lain lain. 
doktor akan interview aku dan kemaskini dalam laporan fail atas nama aku. kalau keadaan aku kritikal dan terlalu teruk, doktor akan bekal kan aku dengan ubat. ubat tu kena makan kalau aku mengalami serangan panik yang tenat dan tidak boleh dikawal. ubat tu rasanya mengantuk. kiranya kalau aku makan, aku akan melalui tempoh bertenang dengan cara 'tidur'.
selepas itu, boleh lah balik dan tidur. aku adalah juga google nama ubat tu. seram nak makan. ubat yang diberikan tu ada nama; clonazepam dan ada kesan sampingan. antara kesan sampingan ringan yang mungkin aku alami ialah masalah ingatan. aku buat keputusan untuk tidak makan. 
setiap kali aku macam nak menuju ke arah serangan panik, aku kenang semula perjalanan aku yang sangat lama nak berjumpa doktor. aku brainwash otak aku, adakah berbaloi aku kena serangan panik lepastu menggelabah pergi jumpa doktor? padahal aku duduk menunggu giliran lama betul sampai serangan panik aku pun dah habis. aku cuma jumpa doktor hanya untuk bagitahu situasi aku. jadinya, aku perlahan rilek. hidup masih panjang untuk bertenang ~ 


Jabatan Rehabilitasidijabatan rehabillitasi ni, macam tempat terapi/ fisio macamtu lah. mungkin dalam bahasa melayunya rehabilitasi ni membawa maksud pemulihan kot? hahah entah. 
dekat sini aku diajar cara bernafas yang betul. aku kena buat hari - hari untuk mengatasi permasalahan serangan panik yang akan berlaku pada bila - bila masa (macam berlatihlah). aku diperkenalkan dengan perkara atau aktiviti yang boleh mengatasi serangan panik. mungkin entri seterusnya aku akan kongsikan dengan korang apa yang mereka ajar aku (walaupun dalam google dah ada).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2022/12/temujanji-di-hospital-shah-alam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Restoran Muse Makanan Paskitan Di Plaza Shah Alam Seksyen 9 Shah Alam

Restoran Muse Makanan Paskitan Di Plaza Shah Alam Seksyen 9 Shah Alam

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 183 hits
restoran MUSErestoran MUSERestoran MUSE ni restoran konsep makanan Pakistan Makanan pun boleh tahan mahal Alamat restoran MUSE ni adalah di Lot F 19 First Floor Plaza Shah Alam 2 Jl Tengku Ampuan Zabedah E 9 E Section 9 40100 Shah Alam Sela...
Makan Nasi Kukus Di Restoran Nasi Kukus Rz Seksyen 7 Shah Alam

Makan Nasi Kukus Di Restoran Nasi Kukus Rz Seksyen 7 Shah Alam

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 243 hits
Restoran Nasi Kukus RZRestoran Nasi Kukus RZRestoran Nasi Kukus RZPeminat nasi kukus yang berada di area Shah Alam terutamanya di Seksyen 7 korang boleh cari di restoran Nasi Kukus RZ yang beralamat di no 2 Jalan Plumbum Aa 7 Aa Seksyen 7 4...
Landowners Ordered To Stop Hill Levelling At Bukit Kerayong Shah Alam

Landowners Ordered To Stop Hill Levelling At Bukit Kerayong Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 182 hits
Exco member Ng Sze Han said activities to level the hill had been carried out at eight plots of land SHAH ALAM The Klang Municipal Council has issued a warning notice to landowners in the Bukit Kerayong area to stop hill levelling activitie...
Pengalaman Nak Beli Kereta Proton Saga Dari Dealer Proton Di Puchong Dan Shah Alam

Pengalaman Nak Beli Kereta Proton Saga Dari Dealer Proton Di Puchong Dan Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 235 hits
Setelah fikir panjang akhirnya saya buat keputusan untuk beli kereta Proton Saga baru untuk kegunaan anak perempuan Mulanya rasa tak perlu nak belikan kereta untuk anak anak Pakai saja kereta yang dah ada di rumah tu Ada 2 kereta semua dah ...
Cma Hiking Mirror Lake Shah Alam

Cma Hiking Mirror Lake Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 233 hits
Assalammualaikum Hai Hari Ahad lepas Sempat le cma g hike ke Mirror Lake yg terletak di Shah Alam tu Tempat ni Famous juga Cuma seorang CMa je yg baru berkesempatan menjejakkan kakinye ke sini hahaha Masuk ikut Bukit Bandaraya dan banyakkkk...
Kueh Cafe Di Seksyen 13 Shah Alam

Kueh Cafe Di Seksyen 13 Shah Alam

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 218 hits
Kueh CafeKueh CafeKueh Cafe ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam Bersebelahan dengan Kueh Cafe ni adalah Dari jauh dah boleh cam kueh cafe ni sebab restoran kueh cafe ni warna hitam Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada di Kueh Cafe ni Koran...
Kadar Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam Yang Sudah Dikenakan Bayaran

Kadar Tol Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam Yang Sudah Dikenakan Bayaran

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 332 hits
Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam akan dikenakan bayaran tol bermula pada 12 01 tengah malam 1 Disember Dash dalam kenyataan hari ini berkata kadar tol sama dikenakan kepada pengguna yang melalui tiga plaza tol lebuh raya Da...
2 Wanita Seorang Kanak Kanak Cedera Tercampak Dari Sotong Ride Di Fun Fair Puncak Alam

2 Wanita Seorang Kanak Kanak Cedera Tercampak Dari Sotong Ride Di Fun Fair Puncak Alam

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 212 hits
Kegagalan pihak pengurusan tapak pesta ria atau fun fair memastikan keselamatan permainannya telah menyebabkan dua wanita dan seorang kanak kanak terjatuh dan mengalami kecederaan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa b...
Eksport Kereta Mesra Alam Korea Selatan Catat Paras Tertinggi Pada November

Eksport Kereta Mesra Alam Korea Selatan Catat Paras Tertinggi Pada November

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 185 hits
EKSPORT kereta Korea Selatan mencatat paras tertinggi pada November berikutan permintaan kukuh bagi kenderaan mesra alam dan bekalan semikonduktor automotif yang stabil Nilai penghantaran keluar kereta mencecah AS 5 4 bilion bulan lepas men...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians