Temuduga Guru Interim Dini Tahfiz 2019
Bismillah
Alhamdulillah summa alhamdulillah. Tak sangka, Allah bagi rezeki untuk interview Guru Interim Dini. Aku kena interview dekat Maktab Perguruan Ulu Kinta, Ipoh. Entahlah, macam mana dia hantar aku ke sana aku tak pasti tapi alhamdulillah semua berjalan lancar
Bila aku baca dalam group telegram Interim Dini & Tahfiz tu, aku dah mula stress tengok bakal-bakal cikgu ni tanya soalan macam tak pandai membaca. Jadi aku buat keputusan untuk abaikan. Terima kasih kepada siapa tah yang buat website untuk cari geng yang sama interview dengan kita. Memudahkan! Sempat la aku buat group whatsapp dengan depa sebelum hari kejadian
Okay, kita teruskan
Aku kena interview hari Selasa, 7/5/2019 jam 2.30 petang di Bilik A, IPG Ipoh.
Jadi, aku nak ceritakan sikit perjalanan temuduga aku, buat kenang-kenangan di sini ataupun mungkin akan datang orang lain boleh baca dan ambil pengalaman. Disebabkan aku nun jauh di Subang sini, maka aku pergi sehari awal. Get ready kalau orang penang cakap. HAHA. Syukur la sekolah cuti Awal Ramadhan, takyah la aku ambik cuti lagi.
Terima kasih Hanis Asilah dan suami kasi kita tumpang rumah depa semalaman.Selepas 4 tahun lebih tak jumpa.Aku punya sesi 2.30 petang, tapi aku kan, mana boleh lambat lambat satgi aku kelam kelibut. Pukul 10 aku dag gerak pi. Syukut IPG tu dari rumah si Hanis ni dalam 5 minit saja. Dekat choih!
Tips temuduga kerajaan : Pakai baju yang polos dan kalau boleh warna biru. Thanks Nisa!Sampai saja kat Maktab, terus cari tempat pendaftaran. Pergi kat urusetia dan daftar nama kita. Kemudian tunggu kat situ untuk sesi taklimat. Tak sangka, sesi kami dicepatkan sebab boleh habis awal kan. Elok la aku pon dok kejar nak balik KL semula. Esoknya aku ada interview satu lagi.
Semasa sesi taklimat, dengar betul betul. Semak segala dokumen yang dia dah minta dan pastikan ada cop pengesahan. Macam aku ada masalah sikit, tapi syukur urusetia banyak tolong. Pergi koperasi kemudia photostat Sijil SPM dan diorang sahkan. Alhamdulillah. Mudah. Cuaca pun elok sangat, sebelum sesi kami tu, langit juga menangis seakan membawa rezeki turun bersama kami. Perghh ayat. HAHA.
Tepat jam 2, kami dipanggil masuk. Cuak kan? Berdebar rasa. Seminggu lebih aku tak lena tidur. Overthinking!
Panel kami alhamdulillah sangat, semua jenis veteran dah tapi sangattt baik dan membantu. Tak sangka salah seorang panel tu dia kenal cikgu sekolah aku sorang ni. Tu pon lepas nak balik dia tanya. Hehe. Okay sambung.
Hang akan duduk kat meja yang diorang sediakan. Jawab soalan bertulis. Satu karangan Bahasa Melayu bertajuk kenapa aku nak jadi cikgu. Yang kedua dalam Bahasa Arab, tajuk Faedah Internet dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Noh yang ni aku goreng saja weh. Syukur sangat baru ni aku ada ngajar bebudak ni tajuk lebih kurang, hantam saja.
Dah settle dalam 30 minit dua dua karangan, dia panggil menghadap dia semua. Kami pun duduk, dia bagi Al-Quran. Baca ayat Al-Quran dalam 5 ayat, dia nak tengok cara bacaan dan tajwid betul ke idok. Takde soalan hafazan atau soalan tajwid pun ditanya macam batch sebelum ni, Fuhh.
Kemudian dia tanya apa pencapaian tertinggi aku masa sekolah menengah? Ini boleh up sikit. Saya pernah pergi Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan selama dua tahun dan wakil Kawad Hos Basah dan Perseorangan bagi Pulau Pinang. Kemudian menyertai nasyid peringkat negeri mewakili asrama dan dapat Naib Johan 5 tahun berturut.
Panel tu tanya betul ke aku masuk nasyid? HAHA tak caya keee? Ye la, nasyid perempuan masa asrama je. HAHA selain tu semua nasyid lelaki kot. HAHA.
Then dia tanya aku satu soalan. Nyatakan 3 jenis zakat harta. Ya Allah aku macam nak nangis hahahaha aku sumpah tak pandai bab zakat. Aku jawab dua ja satu lagi was was. Trus aku cakap, maaf ustaz. Saya bab zakat ni memang tak terer sangat. Tak pandai. Terus dia macam lah yke? Baik kita tukar soalan. Bagi saya 5 rukun nikah.
HAHAHA terus aku angkat tangan tunjuk 5 jari macam ustaz Zaharin buat dulu. Ye anak anak, rukun nikah ada 5. SISWA. Ingat tu! Suami isteri wali saksi akad. Nohh gelak depa! Dia kata kau brutal. Sabo je la.
Kawan lain ada dapat soalan bagi 5 sahabat dijamin masuk syurga, 5 hari diharamkan puasa, 5 rukun qauli dalam solat, Kurikulum dini dan lagi dua aku lupa. Cait,kita baca macam macam keluar yang ni rasa nak nangis hahaha. Alhamdulillah.
Kemudian, sampailah masa paling penting, yakni Mock Teaching. Untuk makluman, kena cakap FULLY ARAB ye kawan kawan. Aku last minit tukar tajuk sebab aku tengok diorang yang lain tajuk senang je ambik. Aku apa lagi, terus ambik la tajuk yang aku selalu ajar diorang budak sekolah aku.
Aku buat tajuk Wazan Fiil Madhi. Nahh, nyanyi la korang ramai ramai ikut aku. 5 minit tu tak lama sangat tapi kalau kena cakap arab tu lama ye anak anak. Syukur baru ni aku dah kena cerap dengan JAIS, so aku tahu la sikit apa depa nak. Nak Jadi cikgu, yang penting, hang kena suara kuat dan jangan takut. enjoy je dan pastikan anak anak tu boleh ikut kita. Gitu kekdahnya!
Alhamdulillah, nampak panel macam dok gelak gelak sambil nyanyi pelan pelan. Yang tanya aku mula mula tu siap bangun dok dekat kerusi nak tengok aku tulis apa. Hehe. Syukur sangat.
Geng Bilik A sesi 2.30 Petang 7/5/2019Inilah dia. Diorang ni semua power gila cakap arab ye. Macam air siot. Geram pulak aku hahahaha. Ada sorang tu ahli debat Arab peringkat ASEAN kot. Aku ni picisan saja. Hehe.
Oh ya, masa pilihan penempatan, aku minta Selangor KL dan Negeri Sembilan. Dan dia suruh nyatakan sebab kenapa. Aku kabo le aku memang duduk Selangor dah. Dan semua kat sini. Kl sebab dekat Selangor. Dan Negeri Sembilan sebab dekat dengan KL Selangor hahahaha. Dulik.
Doakan aku dapat weh! Aku nak sangat jadi cikgu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannahsuhaimi.blogspot.com/2019/05/temuduga-guru-interim-dini-tahfiz-2019.html