Tempoh Pkp Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020 7 Perkara Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Hilangkan Rasa Bosan
Tempoh PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020, Ini Perkara Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Hilangkan Rasa Bosan. CH memang dah jangka yang tempoh PKP akan dilanjutkan tapi CH masih lagi perlu bekerja iaitu dengan bekerja dari rumah. Nasiblah semua sistem yang CH guna boleh access dari rumah. Walaupun WFH, CH masih lagi memikirkan nasib orang yang tak bekerja dan memperoleh pendapatan langsung. Nasib baiklah kerajaan telah melancarkan inisiatif-inisiatif untuk membantu rakyat. Tapiiiiii korang jangan harapkan bantuan dari kerajaan semata-mata. Kena usaha juga untuk membantu diri dan keluarga korang. So, ini antara idea yang korang boleh lakukan untuk menghilangkan rasa bosan dan mungkin juga sebagai platform untuk korang menjana pendapatan
7 Perkara Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Hilangkan Rasa Bosan
Tempoh PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020, 7 Perkara Yang Korang Boleh Lakukan Untuk Hilangkan Rasa Bosan
#1. Berkebun Dan Berternak
Kalau korang duduk dikampung atau rumah yang ada tanah, korang bolehlah mula dengan berkebun. Tanam bayam brazil ke, tanam pokok bunga ke, ataupun pokok mulberry. Tak dak benih, minta benih dengan pemilik pokok dalam group taman, sure depa bagi punya.
Yang duduk kampung tu, tanam serai banyak-banyak sebab 3-5 bulan lagi dah boleh tuai. Serai pun tak cerewet nak jaga. Dapat gak income walaupun lambat... Rasanya kalau dok kampung, banyak pokok yang boleh di tanam.
Selain dari berkebun, korang juga boleh bertenak ayam, itik ataupun burung puyuh. Tak dapat jual, boleh makan sendiri...
#2. Menulis Dan Berblog
Bagi yang minat menulis, korang bolehlah mula menulis di blog. Ia sangat bagus sebab kita boleh menjana pendapatan darinya. Bagi yang baru berblog, mungkin tiada pendapatan lagi...Sabar sebab korang akan rasa income tu bila dah mula perolehi pendapatan.
Bagi yang dah ada blog, mungkin boleh mula update entry banyak-banyak untuk naikkan traffik dan juga income adsense korang. Mantapkan content dan seo
#3. Buat Video Dan Upload Ke YouTube
Anak muda yang dok saja dan asyik layan movie pastu makan, pastu layan movie lagi... Korang patut mula buat you tube. Korangkan pandai bab-bab buat video ni. Tak resti masak takpa. Masa mak atau kakak korang tengah masak tu, pi rakam video. Edit dan upload dalam youtube. Senangkan
Kalau bukan pasal masakan, korang boleh saja buat video berkenaan dengan minat korang... Pasti video korang akan menjadi tontonan ramai. Lama-lama youtube korang pun boleh jana income. Yang penting mulakan dari sekarang..
#4. Berniaga Secara Online
Bagi korang yang minat masak, selain dari buat video dan upload ke you tube, korang juga boleh berniaga secara online. Confirm laku buat masa sekarang sebab CH nampak ada ibu-ibu yang post kata tak tahu nak masak apa dahhhhh.. Ambil kesempatan dari tempoh PKP ini dan ia mungkin menjadi kerjaya kita pada masa akan datang.
Tak tahu nak meniaga apa boleh belajar berniaga dengan menjadi dropship, affliate dan banyak lagi.
Kalau dah tahu, belajar tentang content atau pemasaran. Bila mantap content, barulah duit pun masyukkk
#5. Belajar Memasak
Anak-anak gadis yang belum mahir masak, boleh la belajar memasak dengan mak korang ataupun Mrs Youtube dan Mrs google. Confirm korang pandai..
Kalau dah pandai masak lauk pauk, belajarlah buat kuih muih, kek, biskut dan lain-lain. Tapi awas jangan mambazir pula.
#6. Mengaji Al-Quran, Mendengar Ceramah Dan Membaca Buku Keagamaan
Kalau dulu sebelum PKP, kita sangat sibuk sampai tak sempat membaca Al-Quran. Dalam tempoh PKP ini jadikan amalam setiap kali lepas solat.
Kalau tak pandai pula, bolehlah mendengar ceramah di youtube, tv dan membaca buku keagamaan. Ilmu dapat dan masa tak terbuang dengan sia-sia
#7. Personal Shopper
Jangan kata korang tak pandai shopping. Bagi yang sihat walafiat, bolehlah mencuba untuk menjadi personal shopper barangan basah, dapur dan lain-lain sebab bukan semua orang fit dan berani untuk untuk keluar semasa tempoh PKP ni.
Korang boleh kenakan upah yang berpatutan.
Contohnya, korang nak pergi market dan war-warkan dalam group taman/kampung. Siapa yang nak pesan, boleh order melalui whatsapp. Buat masa sekarang, ramai yang tak sanggup nak ke market sebab nak masuk market kena beratur dulu. Ambil peluang dan jana pendapatan
Ada banyak lagi cara untuk hilangkan bosan dan jana income dalam tempoh PKP ni, cuma korang kena rajin belajar dan belajar sebab ilmu Allah ni luas. Semoga kita berjaya mengharungi masa sukar ini dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. In Sha Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yatizul.com/2020/03/tempoh-pkp-dilanjutkan-sehingga-14.html