Tempoh Keluar Period Selepas Gagal Ivf


Macam yang korang tahu kalau baca post k.fiezz yang lepas berkaitan ttc (trying to conceive), k.fiezz baru lepas buat IVF kali ke-2 & gagal lagi sekali. Jadi persoalan k.fiezz lepas je dapat keputusan urine pregnancy test (upt) & darah confirm tak mengandung, berapa lama period keluar lepas IVF negatif. Risauu tau sebab takut ambil masa yang lama sangat, nak kena makan ubat keluarkan period pula. K.fiezz ada tanya dengan gynae k.fiezz, berapa lama period selepas gagal IVF ni?Gynae k.fiezz beritahu ambil masa sikit. K.fiezz tanya juga kalau lama sangat, kena makan ubat ke?Gynae cakap 'yea'. Alamakk, k.fiezz kalau boleh tak mau lah sampai makan ubat. Tak elok. K.fiezz lagi suka period keluar sendiri

Ada terbaca di group IUI/IVF yang k.fiezz joint di facebook, ada seorang ahli dalam group beritahu period akan keluar 5-7 hari selepas stop ubat yang diambil masa dalam tempoh 2 waiting week (2ww). Dia dapat info dari nurse di tempat dia buat rawatan. Salah satu ubat yang kena masukkan melalui miss V menyebabkan period lambat keluar. 
Dalam kes k.fiezz ni, k.fiezz stop semua ubat (makan & masukkan melalui miss V) secara rasmi 23hb Mei selepas tahu keputusan darah sehari sebelum. 
CARA KELUARKAN PERIOD SECARA SEMULAJADI
Risau bila tak period tambah-tambah tahu dalam rahim sis ni masih ada embrio yang tak berjaya menempel. Jadi kena keluarkan embrio ni melalui period sebab kang tak keluar jadi lain pula. Lepas je dapat tahu k.fiezz tak berjaya mengandung, k.fiezz buat beberapa cara natural untuk keluarkan darah period. 
Ni antara cara k.fiezz. Mungkin berhasil pada k.fiezz tapi pada orang lain tak. Jadi jangan komen 'eh tak boleh pun k.fiezz bila saya cuba'. K.fiezz cuma usaha je beberapa tips ni. Alhamdulillah, period k.fiezz berjaya  keluar secara sendiri selepas 3 hari dari tarikh k.fiezz stop semua ubat yang diambil masa proses menunggu 2 minggu sebelum tu

Sebelum buat tips ni, k.fiezz mencari juga kat google berapa lama keluar period selepas gagal IVF tapi tak banyak yang kongsi. 
So k.fiezz buat je tips-tips kat bawah ni ikut logik & pengetahuan am yang k.fiezz ambil sana sikit sini sikit & buat eksprimen kat diri sendiri. Alhamdulillah, tips-tips ni membantu k.fiezz untuk keluarkan period secara semulajadi tanpa makan ubat. Jadi untuk k.fiezz tempoh datang period selepas gagal IVF ni 3 hari dari tarikh selepas tahu keputusan tak mengandung. Kalau ikut kiraan carta, period k.fiezz keluar hari ke-20 selepas transfer embrio. 
Jom tengok apa tips yang k.fiezz buat untuk keluarkan period selepas gagal IVF..


TIPS YANG DIAMALKAN
1. Minum jus nenas (original) tanpa campuran ais & gula. Ni k.fiezz beli siap kat pasar tani pejabat. 2x k.fiezz cuba. Lepas kali pertama minum, esoknya dah start keluar spotting..Kali ke-2 ulang lagi minum jus nenas, darah pula start keluar...Legaaa.

2. Minum pati delima. Ni k.fiezz dah start amalkan 1 sudu setiap hari selepas je buat urine test & hasilnya negatif. Pati delima ni kalau pregnant elok amalkan tapi kes k.fiezz ni nak minum untuk singkirkan darah kotor dari dalam badan. Banyak khasiat pati delima ni, korang boleh cari kat google.
3.    Tuam area perut dengan air panas setiap malam. K.fiezz buat 1x setiap malam.. Rasanya 2-3x buat baru nampak hasil dia.

4.    Minum air saffron. K.fiezz ada ternampak di Tik Tok, saffron bagus untuk melancarkan darah, kurangkan sengugut. Kebetulan k.fiezz sebelum ni memang ada sengugut tapi tak teruk sangat. Lepas je tahu keputusan darah confirm tak mengandung, terus order saffron kat Tik Tok. Sampai je saffron, 2x k.fiezz minum air saffron ni period dah keluar. Yeayyy..Lagi satu  yang k.fiezz perasan takat baru 2 hari minum air saffron ni & period keluar, k.fiezz tak alami senggugut. Biasanya k.fiezz ni ada juga senggugut cuma tak lah teruk sangat. Mild je. Kali ni tak ada rasa perut memulas & kaki macam cramp. Rileks je macam biasa..Memang salah satu fungsi saffron ni macam k.fiezz beritahu kat atas, kurangkan rasa senggugut bila period. Nampaknya membantu minum saffron ni..Boleh terus amalkan untuk kesihatan, khasiat saffron ni pun banyak juga (cuba lah google). Nanti k.fiezz kongsi juga kebaikan saffron kat sini tapi biasa lah sis ni, ambil masa sikit nak update entry info ni..hehe..Sabor yea..

EMBRIO KELUAR
Semalam masa buang air kecil kat tandas office, tengok kat pad macam ada benda warna putih selain dari ketulan darah. Rasanya yang warna putih tu mungkin embrio k.fiezz & mr hubby yang tak berjaya menempel kat rahim k.fiezz. Masa tengok embrio tu, k.fiezz cakap dalam hati 'tak apa lah sayang, belum masanya Allah nak bagi awak melekat kat dalam rahim mummy'. Ada lah hikmahnya yang Allah lebih tahu. 
Apapun lega bila period dah keluar

K.fiezz jadi risau bila period tak keluar lagi lepas dah tahu keputusan upt & hormon tak mengandung sebab masa yang failed 1st ivf tahun lepas, hari ke-9 selepas transfer embrio k.fiezz dah ada keluar spotting berlarutan lebih 5 hari & diikuti period macam biasa. Jadi walaupun sedih ivf failed tapi lega sebab period keluar on time & tempoh period keluar 15 hari,weiii..Vengsan..haha. Biasa period k.fiezz 5 hari je. 
So yang kali ke-2 ni, elok tak ada spotting apa pun. Tu duk ingat berjaya melekat, sekali hampa juga. Lepas 3 hari berhenti ambil ubat-ubat masa ivf & buat tips-tips atas ni baru lah period keluar..Berapa hari pula period keluar yang kali ni?Tak pasti. Nanti k.fiezz update. Harapnya tak lama sangat macam tahun lepas, 15 hari..Jenuhhh...haha.

Jadi untuk korang yang buat IVF tetapi belum berjaya lagi & tertanya berapa lama period keluar lepas IVF negatif, boleh baca pengalaman sis yang tak seberapa ni. Pengalaman sendiri, bukan pengalaman orang lain.. Sharing is caring, gituuu...hehe..

UNTUK KORANG YANG BAKAL BUAT IVF PERTAMA KALI @ REPEAT SEMULA, SELAMAT BERJAYA..USAHA SAMPAI BERJAYA, K ;)...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/05/tempoh-keluar-period-selepas-gagal-ivf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Keluar Bigbang T O P Bakal Lancar Album Solo Baru Buat Peminat

Selepas Keluar Bigbang T O P Bakal Lancar Album Solo Baru Buat Peminat

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 150 hits
Selepas keluar BIGBANG pasti ramai yang tertunggu tunggu muzik baru dari T O P kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 29 Mei T O P telah menyiarkan video pendek di Instagram Story menunjukkan penyanyi itu yang sedang fokus membuat rentak muzik ...
Peminat Terkejut Lihat Perubahan Ketara Bang Yedam Selepas Keluar Treasure

Peminat Terkejut Lihat Perubahan Ketara Bang Yedam Selepas Keluar Treasure

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 157 hits
Selepas keluar dari kumpulan TREASURE peminat pastinya menantikan kemas kini terbaru mengenai Bang Ye dam ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu YG Entertainment telah mengumumkan bahawa Bang Ye dam dan Mashiho bukan lagi ahli TREASURE pada...
Rahsia Minuman Selepas Period Mantapkan Dalaman Wanita

Rahsia Minuman Selepas Period Mantapkan Dalaman Wanita

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 189 hits
Orang tua dulu dulu selalu pesan supaya anak anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga Betul tak Kata mereka kalau mahu mantap...
Tetap Positif Walaupun Hilang Penglihatan Selepas Kemalangan Dahsyat Kisah Masitah Buat Ramai Muhasabah Diri

Tetap Positif Walaupun Hilang Penglihatan Selepas Kemalangan Dahsyat Kisah Masitah Buat Ramai Muhasabah Diri

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 448 hits
Saya tak anggap ujian ini sebagai bala atau musibah tetapi hadiah daripada Allah SWT dan tanda sayangNya dengan cara yang berbeza kata usahawan Masitah Mohd Affandy Depetik daripada laporan Harian Metro Masitah 32 tahun sebelum ini hidup no...
Youtuber Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Selepas Dengan Sengaja Musnahkan Pesawat

Youtuber Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Selepas Dengan Sengaja Musnahkan Pesawat

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 186 hits
Seorang pereka kandungan dalam talian atau YouTuber sengaja mengakibatkan sebuah pesawat ringan terhempas Travor Daniel Jacob 29 merupakan YouTuber dari Amerika Syarikat dikatakan berbuat demikian demi rakaman kandungan dalam talian Jacob y...
Anak Saya Ezmeth Maleeq Tak Dapat Diselamatkan Uchee Fukada Berlapang Dada Anak Meniggal Selepas Lahir

Anak Saya Ezmeth Maleeq Tak Dapat Diselamatkan Uchee Fukada Berlapang Dada Anak Meniggal Selepas Lahir

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 138 hits
Uchee Fukada berlapang dada menerima takdir apabila anak yang dikandungnya meninggal dunia selepas dilahirkan pada Rabu lalu Assalamualaikum Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Saya pasti ramai yang tertanya tanya akan k...
Jadi Show Girl Di Australia Sajat Sound Netizen Selepas Dituduh Memalukan Melayu

Jadi Show Girl Di Australia Sajat Sound Netizen Selepas Dituduh Memalukan Melayu

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 217 hits
Sebelum ini usahawan sensasi Sajat menjadi perhatian ramai setelah memuat naik video di media sosialnya berpakaian seksi sambil lincah menari ketika menjadi show girl di sebuah kelab malam di Sydney Australia Susulan bertingkah laku sedemik...
Jom Imbau Kisah Cinta 7 Pasangan Artis Popular Korea Tetapi Gagal Di Tengah Jalan

Jom Imbau Kisah Cinta 7 Pasangan Artis Popular Korea Tetapi Gagal Di Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 150 hits
Hidup sebagai seorang artis pasti akan sentiasa ada yang memerhati Tidak terkecuali juga bagi artis K Pop dan K Drama ada sahaja paparazi yang pasang mata Lihatlah beberapa bintang besar Korea Selatan yang telah terjerumus dalam kes dakwaan...
Content Creator Dikecam Selepas Didakwa Menjatuhkan Maruah Tldm Kerana Konten Kentut Di Mikrofon Kapal Tldm

Content Creator Dikecam Selepas Didakwa Menjatuhkan Maruah Tldm Kerana Konten Kentut Di Mikrofon Kapal Tldm

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 355 hits
Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang content creator di TikTok dengan menerbitkan video tidak bermoral dalam kapal tentera laut telah mengundang kecaman netizen di media sosial Ketika kejadian itu difahamkan Tentera Laut Diraja Malaysia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport

Masak Beef Kueteow Ala Cantonese