Tempat Wajib Dilawati Di Singapura The Merlion Park
Tempat Wajib Dilawati Di Singapura | The Merlion Park | Salah satu mercu tanda Singapura (Singapore landmark) ialah The Merlion Park. Pelancong yang ke Singapura pasti akan ke sini untuk ‘check-in’. Lokasinya di 1, Fullerton Road di daerah perdagangan utama di negara maju seberang tambak Johor
Di sinilah makhluk mitos berupa tugu berkepala singa berbadan ikan setinggi 8.6 meter berada. Dari mulut tugu seberat 70 tan ini sentiasa mengeluarkan air yang selalu diambil gambar secara kreatif oleh para pengunjung. Tak jauh dari situ di celah pokok ada ‘anak singa’ setinggi dua meter
Gambar Merlion ini banyak dicetak di t-shirt, beg dan cenderahati lain dari Singapura
The Merlion Park di Central Business District, Singapura.
Marina Bay Sands di depan singa tu.
The Merlion cub.
MERLION Sebagai Simbol NegaraMerlion Park telah direka oleh Singapore Tourism Board (STB) di mulut Sungai Singapura pada 1964 sebagai lambang negara kecil tapi bercita-cita besar itu. Patung The Merlion diukir oleh mendiang Mr Lim Nang Seng yang pernah memenangi beberapa pertandingan ukiran. Proses mengukir yang turut melibatkan anak-anaknya berlaku selama lapan bulan bermula dari November 1971 dan siap pada Ogos 1972. The Merlion Park telah dibuka secara rasmi pada 15 September 1972 oleh Perdana Menteri Singapura ketika itu, Encik Lee Kuan Yew
Pada 23 April 2002 tugu singa ini dipindahkan dari tempat asalnya ke sebelah yang satu lagi jambatan Esplanade berdepan The Fullerton Hotel kerana sejak jambatan Esplanade siap, Merlion tidak lagi dapat dilihat dengan jelas dari Marina Bay Waterfront (satu lagi mercu tanda Singapura di seberang sana). Pada 15 September 2002, 30 tahun setelah perasmian pertamanya, Menteri Kanan Singapura Mr Lee Kuan Yew sekali lagi merasmikan The Merlion di lokasi baharu
The Merlion pernah rosak disambar kilat pada 28 Februari 2009 dan diperbaiki semula dengan segera
Kenapa Kita Patut Melawat The Merlion?Haruslah kan... pergi memana mesti kita nak ambil gambar di mercu tandanya. Bila orang tanya how to say you're in Singapore without saying you're in Singapore kita tunjuklah gambar dekat Merlion tu
Kepada Merlion melambangkan nama Singapura itu sendiri sebagai “bandar singa” dalam bahasa Sanskrit. Bentuk badan Merlion seperti ikan pula simbol permulaan Singapura sebagai perkampungan nelayan yang dikenali sebagai Temasek
Bagaimana untuk ke Merlion Park dengan MRT?Stesen MRT terdekat dengan Merlion Park ialah Raffles Place, kalau dari Bugis LRT tu dua stesen je lah. Sila naik East West Line warna hijau
Dari Raffles Place MRT Station ambil exit H (Chartered Bank Building) yang menuju ke Fullerton Hotel. Dari Fullerton Hotel jalan ke One Fullerton shopping mall sama ada melintas kat traffic light atau laluan bawah (underpass). The Merlion sebelah One Fullerton, menuju ke Esplanade
Peringatan:Di Singapura kena berjaga-jaga sket, tempat tak boleh melintas hang jangan melintas sebab cctv merata, polis berpakaian preman pun ada
MRT Raffles Place sebelah sana. Jam tu ada dalam filem P. Ramlee eh?
The Merlion Park sebelah sana. Di hujung tu kita akan lalu di underpass.
Nampak The Esplanade- Theatres on the Bay? Bentuknya macam durian atau mata lalat.
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2025/05/tempat-wajib-dilawati-di-singapura.html