Lokasi Restoran Kosiswa terletak di tengah bandar Ipoh ditepian Sungai Kinta berhampiran dengan UTC Ipoh dan Kompleks Yik Foong Ipoh bersebelahan dengan pusat service proton jalan laxmana. Jadi tak berapa jauhlah nak ke kedai basikal, lepas makan kami terus ke kedai basikal. Restoran ni selalunya memang ramai pelanggan, dari luar hingga ke belakang. Restoran ini bukan sahaja menyediakan sarapan pagi tetapi juga makanan tengahari isitmewa melayu
Kini terdapat beberapa perubahan dan naik taraf dibuat ke atas Restoran Kosiswa bagi memastikan pelanggan selesa menikmati juadah. Kerusi dan meja pun nampaknya dah bertambah dari sebelumnya. Terdapat satu pentas kecil di sebelah restoran mungkin ada masa kat sini ada persembahan busking, mungkin
Kegemaran Sha adalah Char Kuew Teow nya yang sedap dan sentiasa mengekalkan rasanya sejak Sha mengenali restoran ini. Char Kuew Teow yang memang mengikut tahap kepedasan yang Sha suka, tapi kalau suami Sha akan minta kurang pedas. Jadi kalau korang ke sini dicadangkan order Char Kuew Teow mak cik ni tau
Jika Sha tak mengambil Char Kuew Teow biasanya Sha akan makan lontong. Maklumlah bukan senang nak jumpa lontong pagi-pagi kan. Jadi kat sini korang boleh makan lontong, nasi impit dengan kuah kacang pun ada. Lontong kalau pekena dengan sambal bilis memang terangkatlah, tambah kalau pedas-pedas memang tak angkat mukalah Sha hirup kuah sampai licin
Kepada yang suka pulut kuning, haaaa... memang tepatlah korang pilih Restoran Kosiswa ni sebabnya memang ada pulut kuning. Korang nampak tak betapa meriahnya lauk-lauk pagi kat sini, Abang Zaryth pun teruja apalagi kalau bukan terliur dengan ayam masak merah. Pelbagai pilihan korang nak daging? ada... korang nak sotong ada. Sedia duit jelaa yea
Tidak ketinggalan pada yang tak makan nasi, goreng-goreng tu korang boleh makan kuih muih seperti popia dan roti jala. Sha suka dekorasi Restoran Kosiswa terkini kerana dah macam hidangan bufet di hotel, pusing-pusing meja panjang gitu
Meriah makanan yang ada kat sini jadi banyaklah pilihan korang nak makan. Macam yang korang nampak di sini ada Makaroni Cheese, Maggi goreng, Spagheti, Nasi goreng dan bihun goreng
Kalau ada anak yang tak biasa makan berat nasi tau mee boleh sahaja pilih untuk makan sosej, nuget dan kentang
Yang ini pun sedap, gerai Mee/Bihun/Kuew Teow sama ada korang nak pilih sama ada kuah sup atau kuah kari. Tapi kalau pagi-pagi macam ni Sha tak suka makan yang bersup
Abang Zaryth dan Adik Nur berkongsi makan, Sha letak makanan satu pinggan je sebab nanti Adik Nur tak habis makan. Kami ambil tempat duduk paling belakang menghadap Sungai Kinta|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |