Tempat Menarik Di Hatyai Waktu Malam Terkini 2024


Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan di Hatyai pastinya menyeronokkan. Ini kerana banyak sekali tempat menarik di Hatyai yang unik serta berbaloi untuk dikunjungi. Tidak kirang siang mahupun malam. Melalui artikel ini saya akan senaraikan beberapa tempat menarik di Hatyai waktu malam yang happening.
Kehidupan malam di Hatyai memang happening. Sesuai sekali untuk pelancong yang datang untuk melihat budaya dan makanan tempatan. Sebab itulah rugi kalau anda memerap sahaja di bilik hotel. Jom lihat antara tempat menarik di Hatyai yang boleh anda lawati.
Khlong Hae Floating Market





Wajib selitkan Hatyai Floating Market ini dalam senarai kerana ia adalah lokasi yang paling terkenal di sini. Seperti pasar malam, cuma semua gerai beroperasi di atas perahu yang berlabuh di tebing sungai.


Banyak makanan yang dijual di sini dan semuanya halal dan dijual oleh orang Islam di sini. Beraneka jenis juadah boleh anda cuba seperti mi sup daging, pulut mangga, sup ayam rebung, telur puyuh goreng, nasi khomok, ice cream, lokcing, dan banyak lagi.

Boleh dikatakan memang banyak makanan sedap di Hatyai FLoating Market yang anda kena cuba. Ada yang travel jauh-jauh hanya untuk singgah ke sini tau!

Menariknya, sesetengah hidangan dimasak di atas perahu. Malah terdapat minuman yang dijual di dalam buluh, seramik, dan macam-macam lagi.

Waktu operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad | 1 pm - 9 pm
Lokasi: Google Maps
Asean Night Bazaar Hatyai


Rugi kalau anda tak singgah ke Asian Night Bazaar. Salah satu tempat shopping murah di Hatyai yang menjadi perhatian pelancong. Kalau mencari pakaian, aksesori, pakaian kulit, mahupun barang borong, bazaar inilah lokasinya.

Kerepek dan snek juga dijual pada harga berpatutan. Bolehlah anda beli untuk dijadikan sebagai cenderamata. 
Disamping itu, kedai makanan juga menjad tumpuan. Banyak gerai makanan halal boleh anda temui di food court.Boleh cuba pancake, nasi khomok, teh ais Thailand, mi celup, sotong bakar, dan banyak lagi. Nak makan kat situ pun boleh. Banyak meja dan selesa. 

Pada waktu malam lebih meriah dengan kehadiran pengunjung. Terang benderang, dari jauh lagi anda sudah dapat lihat aktiviti jual beli. Oh ya, jangan lupa tawar menawar harga ya? Manalah tahu sekiranya anda boleh dapat harga yang lebih murah.

Waktu operasi: 4.30 pm - 10.30 pm | Tutup pada Isnin
Lokasi: Google Maps
Greenway Food Station
Dah nama pun Food Station sudah tentu ia menjadi syurga makanan buat pelancong dan banyak gerai yang mesra Muslim di sini. 
Greenway Food Station merupakan sebuah medan selera  yang menempatkan ratusan buah gerai. Pelbagai jenis juadah dijual di sini dari masakan Thailand, western, Japanese, Arab, dan termasuklah makanan Malaysia.
Dessert, snek, dan minuman yang paling mendapat perhatian di sini. Ice blended, teh tarik, pulut mangga, lokcing, dan banyak lagi. 
Kawasannya kondusif, selesa, bersih, dan anda bebas untuk duduk di mana-mana sahaja. Dekorasi medan selera ini juga cantik. 
Waktu operasi: 5 pm - 10 pm | tutup pada Isnin

Lokasi: Google Maps
[Baca] Percutian Menarik Hatyai Part 1
Central Hatyai

Tempat shopping Hatyai seterusnya adalah Central Hatyai, nama lamanya adalah Central Festival Mall. Sama sahaja dengan pusat membeli-belah di Malaysia, tapi apa salahnya kalau singgah. Mana tahu ada yang berkenan dan murah.
Terdapat Manchester United Official Store di sini. Untuk peminat pasuk bola gergasi itu, anda boleh mendapatkan jersi dan pelbagai jenis merchandise rasmi.
Selain itu Beautrium pastinya bakal mendapat perhatian para wanita. Kalau nak tahu Beautrium adalah drugstore seperti Watsons. Pelbagai produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kulit, dan makeup boleh anda temui. Paling b
est, produk popular Thailand yang tidak dijual di Malaysia pun banyak. Semuanya berkualiti tau. Bukan timbang kilo.

Apa yang patut anda cuba di sini adalah makan di food court nya. Saya sendiri pernah cuba, memang sedap!

Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm
Alamat: Google Maps


Kim Yong Market
Tempat menarik di Hatyai Waktu malam seterusnya adalah Kim Yong Market. . Yang ini lebih kurah seperti Uptown atau Petaling Street. Terletak di bahu jalan, ratusan buah kedai menjual pelbagai jenis barangan berpatutan. Jersi, tshirt, kasut, pakaian kanak-kanak, handbag, dan aksesori.
Baca: 10 Tempat Shopping Murah di Hatyai
Waktu siang menjual barangan basah seperti sayur dan buah-buahan. Ia bertukar meriah saat malam menjelma.

Memang rambang mata melihatnya. Cukup bingit, kerana masing-masing sibuk melakukan urusan jual beli dan tawar menawar.

Ia terletak di tengah-tengah bandar. Jadi senanglah untuk anda terus ke beberapa restoran atai kedai menarik berhampirannya. 

Alamat: Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Kai Tod Decha Halal Restaurant


Selain jalan-jalan dan shopping, menikmati makanan sedap juga menjadi faktor utama mengapa rakyat Malaysia gemar berkunjung ke Hatyai. Restoran yang wajib anda lawati adalah Kai Tod Decha Halal Restaurant. 
Viral dengan keenakan nasi komok dan ayam gorengnya. Nasi komok di sini, cukup rasa, lembut, dan dimakan pula bersama ayam goreng garing dan sos istimewa.
Bukan sekadar nasi komok, Kai Tod Decha turut menyediakan masakan panas, kerabu mangga, serta pancake. 
Waktu operasi: 10 am - 9.30 pm

Lokasi: Google Maps 


Hotel menarik di Hatyai Selain rancang untuk shopping, penginapan selesa haruslah di ambil kira. Oleh itu saya senaraikan juga beberapa hotel menarik dengan harga berpatutan, serta dekat dengan tempat-tempat menarik. 
Baca: 13 Hotel Murah di Hatyai | Bawah RM200

PM Residence Merupakan sebuah hotel bertaraf tiga bintang yang terletak 0.9km sahaja dari Greenway Food Station. Lokasinya tidak terlalu sibuk, sesuai sekali untuk mereka yang tidak gemarkan suasana bising. Bilik-biliknya mempunyai dekorasi berwarna ceria dan moden.


Lengkap dengan kolam renang infinity, membolehkan anda berenang sambil melihat pemandangan bandar Hatyai dari pandangan atas.

Kemudahan: Wifi dan parking percuma, bar/lounge, mini pantry, bilik keluarga

Jarak dengan tempat menarik:
Central Festival - 0.6 km Magic Eye 3D Museum - 0.9 km Santisuk Market - 1.5 km Kim Yong Shopping Centre - 1.7 km Harga bilik: dari RM120 - TEMPAH DI SINI
 Clover Hotel Hatyai


Kalau nak tahu, Clover Hotel ini adalah antara hotel di Hatyai yang murah iaitu sekitar RM100 semalam. Bilik luas dan selesa. Idea buat mereka yang ada anak kecil dan bercadang nak ambil tilam tambahan. 

Memang berbaloilah menginap di sini. Bilik-biliknya lengkap dengan peti ais mini, tv satelit, pancuran air panas, dan pembancuh kopi.

Boarpun hotel ini tiada restoran, usah risau kerana lokasinya amat dekat dengan restoran halal.
Baca: 12 Tempat Sarapan Halal di Hatyai

Jarak dengan tempat menarik:

Magic Eye 3D Museum - 6 km Food Villa Hatyai - 3.5 km Kim Yong Market - 2.5 km Harga bilik: dari RM106  - TEMPAH DI SINI


V.L. Hatyai Hotel

Sebuah lagi hotel murah di Hatyai adalah V.L. Hotel. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan keluarga. Lengkap dengan pembancuh kopi, pancuran air, katil empuk, dan wifi percuma.

V.L Hotel turut mempunyai restoran, iatu Benjarong Restoran yang bakal menghidangkan sarapan percuma kepada anda. Jika anda mendapat bilik di tingkat atas, dapatlah menikmati view menari bandar Hatyai.
Dekorasi hotel ini biasa sahaja, tetapi tahap keselesaanya memang tiptop. Seronok dapat beristirehat selepas seharian shopping di bandar Hatyai.

Jarak dengan tempat menarik:
Floating Market - 5.6km Central Festival - 3.3km Asian Night Bazaar - 2.9km Ice Dome - 8.5km Harga bilik: dari RM153  - TEMPAH DI SINI

Tidak hairanlah mengapa daerah selatan Thailand ini sering menerima kunjungan pelancong.
Senarai tempat menarik di Hatyai waktu malam ini pastinya akan menceriakan percutian anda di Hatyai. Keluarlah jalan-jalan untuk menyaksikan kehidupan malam Hatyai yang happening.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nikkhazami.com/2019/10/tempat-menarik-di-hatyai-waktu-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Sabah 2024 Untuk Cuti Sekolah

Tempat Menarik Sabah 2024 Untuk Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 349 hits
Tempat Menarik Sabah 2024 untuk Cuti Sekolah 12 Cuti sekolah sudah datang Jom bercuti di tempat menarik Sabah 2024 yang menawarkan pelbagai keunikan dan keistimewaan dalam melawat negeri Sabah Kami terpanggil untuk memberi cadangan tempat m...
Foto Antrean Warga Ikut Pemungutan Suara Pemilu 2024 Di Tps Tempat Prabowo Nyoblos

Foto Antrean Warga Ikut Pemungutan Suara Pemilu 2024 Di Tps Tempat Prabowo Nyoblos

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 181 hits
Meski lokasi TPS terpantau becek akibat guyuran hujan lebat warga tetap antusias untuk menggunakan hak pilihnya
School Holiday 2024 Selangor Dan Senarai Aktiviti Menarik Di Selangor

School Holiday 2024 Selangor Dan Senarai Aktiviti Menarik Di Selangor

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 391 hits
Negeri Selangor yang merupakan salah satu negeri termaju di Malaysia memiliki yang dirayakan oleh warga negeri ini Hari hari cuti umum ini memiliki sejarah yang berlainan mencerminkan keberagaman budaya dan agama di Selangor Beberapa cuti u...
Hari Ibu 2024 Dan 5 Cadangan Hadiah Menarik Untuk Ibu Sedunia

Hari Ibu 2024 Dan 5 Cadangan Hadiah Menarik Untuk Ibu Sedunia

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 240 hits
Sayangilah ibu anda adalah merupakan hari untuk anda menghargai dan mengingati pengorbanan dan kasih sayang tulus seorang ibu Hari ibu bahkan tidak terhad kepada ibu anda namun ia juga hari untuk menghargai kasih sayang seorang anak perempu...
Tempat Pelancongan Menarik Di Perlis Indera Kayangan

Tempat Pelancongan Menarik Di Perlis Indera Kayangan

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 326 hits
Indera Kayangan merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di Perlis Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri Perlis dengan kod N08 Tempat tempat pelancongan menarik di Perlis Save dulu tau Nanti senang korang nak jalan jal...
Foto Suasana Hikmat Warga Keturunan Tionghoa Di Tangerang Sembahyang Di Malam Pergantian Tahun Baru Imlek 2024

Foto Suasana Hikmat Warga Keturunan Tionghoa Di Tangerang Sembahyang Di Malam Pergantian Tahun Baru Imlek 2024

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 199 hits
Ribuan warga keturunan Tionghoa berkumpul di klenteng dan rumah rumah ibadah untuk menghadiri sembahyang yang khusus dilakukan pada malam tersebut
32 Tempat Menarik Di Tokyo Jom Jelajah Keindahan Ibu Kota Jepun

32 Tempat Menarik Di Tokyo Jom Jelajah Keindahan Ibu Kota Jepun

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 345 hits
Kalau anda rasa KL dah sibuk dan padat dengan pelbagai tarikan menarik kota metropolitan Tokyo adalah 100 kali ganda lebih daripada ini Apa yang menjadikan bandar ini unik adalah bagaimana sebuah kota boleh menggabungkan kesemua elemen mode...
Rpt Terkini Sesi Persekolahan 2024 2025

Rpt Terkini Sesi Persekolahan 2024 2025

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sesi persekolahan 2024 bakal menjelang wah macam nak raya plak kan hehehe Ada yang tengah bercuti ker tu Seronok kan Ha jangan lupa RPT kena ada utk persiapan sesi persekolahan yang akan bermula 10 3 2024...
Kerajaan Melaka Menawarkan 10 Lokasi Menarik Secara Percuma Pada 20 Februari 2024

Kerajaan Melaka Menawarkan 10 Lokasi Menarik Secara Percuma Pada 20 Februari 2024

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 228 hits
Selamat Datang ke MelakaBandaraya Warisan Dunia UNESCOBijak Laksana Tuah Berani Laksana JebatKerajaan Negeri sudah mewartakan 20 Februari sebagai cuti umum tahunan bagi menggantikan cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat