Tempat Menarik Di Daerah Hulu Perak Travelperaklah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri keempat terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak, Sabah dan Pahang. Dibahagikan kepada 12 daerah, negeri Perak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. 
Baru-baru ini aku berpeluang menyertai Fam Trip yang dikelolakan oleh Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak untuk menjelajah beberapa daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan ceritakan dengan ringkas dan padat tentang beberapa tempat menarik di daerah pertama yang dijelajah iaitu daerah Hulu Perak



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI DAERAH HULU PERAKHulu Perak merupakan sebuah daerah yang terletak di timur laut negeri Perak. Daerah ini merupakan daerah terbesar di negeri Perak. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar di selatan, daerah Larut, Matang dan Selama di barat daya, daerah Baling, Kedah di barat laut, jajahan Jeli dan Gua Musang, Kelantan di timur serta negara Thailand di utara


BANDAR PENGKALAN HULUBandar Pengkalan Hulu, pernah dikenali sebagai Kroh atau Keroh, merupakan bandar yang terletak di daerah Hulu Perak, utara Negeri Perak. Ia terletak di sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand dan sempadan negeri antara Perak dan Kedah. Bandar berhampiran di negara Thai ialah Betong di Wilayah Yala

#1 RESTORAN SELERA TERAPONG 
Restoran Selera Terapong ini terletak di Tasik Takong, Pengkalan Hulu. Sebuah restoran terapung yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan yang sedap dan menyelerakan seperti ikan bakar, ayam bakar, kerabu mangga, ulam-ulaman, sambal belacan dan sebagainya. 
📌LOKASI : Jalan padang (Rumah Rehat), 33100, Pengkalan Hulu, Perak

#2 DUSUN DURIAN KAMPUNG TASEK
Raja buah-buahan iaitu durian merupakan antara kegemaran ramai termasuklah aku sendiri. Tahukah anda bahawa di Pengkalan Hulu ini terdapat dusun durian sebesar 500 ekar dengan penanaman pelbagai jenis durian termasuklah Durian Musang king, Durian D24, Durian Duri Hitam. 
Dusun yang luas ini boleh dikunjungi ketika musim durian dimana anda boleh melihat pohon durian yang sedang berbuah. Selain itu, disini juga terdapat kilang pemprosesan buah durian seperti 'durian frozen' dan sebagainya untuk dipasarkan ke luar

📌LOKASI : Dusun Durian Kampung Tasek, Pengkalan Hulu, Perak

#3 TERATAK PAKSU HOMESTAY
Untuk anda yang ingin nikmati dan rasai suasana tinggal dikampung, anda bolehlah memilih untuk menginap di Teratak Paksu. Terdapat beberapa penginapan yang anda boleh cuba antaranya adalah sebuah banglo besar dengan pemandangan menghadap ke arah tasik dan juga mempunyai kolam renang.  Penginapan lainnya adalah rumah kampung lama dengan gaya rumah Terengganu lama. Kadar harganya adalah pada harga yang sangat berpatutan


📌LOKASI : 107 B, Kampung Bekuai, Kampung Selarong 33100, Pengkalan Hulu, Perak📘FACEBOOK : Inap Desa Teratak Paksu

#4 KROH HOTSPRING & RIVERSIDE
Salah satu lokasi menarik untuk anda menginap di Pengkalan Hulu adalah di Kroh Hotspring & Riverside. Telah beroperasi sejak 28 tahun yang lalu dan diberi nafas bahru bermula pada Jun 2022

29 buah bilik ditawarkan untuk penginapan dan terbahagi kepada tiga jenis penginapan iaitu chalet batu, chalet kayu dan studio. Antara kemudahan yang terdapat disini adalah seperti surau, dewan terbuka, dewan tertutup, dataran, sungai, tandas awam dan juga kawasan meletak kenderaan. 
Untuk kadar harga pula bermula RM150 untuk penginapan satu malam manakala untuk walk-in ke air panas, harganya adalah cuma RM2 seorang. 


📌LOKASI : Chalet Air Panas, Jalan Betong, 33100, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan📘FACEBOOK : Kroh Hotspring📞TELEFON : 04 4778 848 / 019 547 0907


#5 ISTANA SINGGAH RAJA REMAN
Istana Singgah Raja Reman merupakan milik keturunan Raja Reman dan dibina daripada kayu lebih 100 tahun yang lalu pernah menjadi istana tempat persinggan keturunan Raja Reman ketika melawat ke kawasan jajahan takluknya di kawasan utara tanah air

Sejarah pentadbiran Raja Reman yang pusat pemerintahannya di Kota Baru, Yala meluaskan tanah jajahan mereka sehingga ke Kedah, Kroh (kini Pengkalan Hulu) dan Lenggong, Perak sejak akhir 1800

Bagaimanapun, Raja Reman turut mendominasi kawasan Klian Intan dan mengusahakan perlombongan bijih timah di situ sehingga tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan kerajaan Perak dan beberapa perjanjian yang diusahakan antara pihak Inggeris, Siam dan Perak

Pada 1902, kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja bawah pemerintahan Raja Reman dan menyerahkan daerah Hulu Perak kepada kerajaan Perak yang berlangsung di Kroh (kini Pengkalan Hulu) pada 16 Julai 1909


📌LOKASI : Galeri Raja Reman, Kampung Padang Kota, Selarong, 33100 Pengkalan Hulu, Perak📞TELEFON : 019 4466475

#6 BATU SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND
Tempat yang anda boleh lawati dan kunjungi berikutnya adalah di Sempadan Malaysia-Thailand dimana terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk bergambar.  Untuk pengetahuan anda bagi penduduk di Pengkalan Hulu, bandar Betong di wilayah Thailand adalah lebih dekat berbanding bandar besar lain seperti Gerik dan sebagainya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk ke Betong, Thailand untuk membeli belah dan sebagainya



#7 MEMORIAL TRAGEDI KROH/BETONG
Pada tanggal 17 Jun 1968, serang hendap pengganas komunis ke atas konvoi Pasukan Polis Hutan (PPH) yang menyaksikan seramai 16 anggota terkorban, manakala 17 yang lain cedera parah

PPH atau sekarang dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA). Peristiwa serang hendap Kroh amat penting dalam mengenang kekejaman pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) kerana ia satu-satunya kejayaan besar mereka mendapat jumlah korban pasukan keselamatan yang tinggi

📌LOKASI : Bukit Berapit, 33100 Pengkalan Hulu, Perak
#8 KOMPLEKS BEBAS CUKAI
Selepas bergambar dan sebagainya, di lokasi yang berdekatan juga terdapat Kompleks Bebas Cukai dimana anda boleh membeli pelbagai barangan pada harga yang murah. Antara barangan yang terdapat disini adalah seperti coklat, rokok, minuman alkohol dan sebagainya pada harga tanpa cukai. 
BANDAR LENGGONGLenggong adalah sebuah bandar di bahagian utara negeri Perak, Malaysia yang terletak 100 kilometer dari utara Ipoh. Lenggong terkenal kerana tapak arkeologikal dimana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik ditemui. Antaranya adalah seperti rangka manusia tertua di Malaysia yang dikenali sebagai Perak Man

#9 RESTORAN TERINGAT LENGGONG 
Tiba di daerah Lenggong pula, Restoran Teringat Lenggong merupakan antara lokasi yang anda perlu datang dan cuba makanannya. Terletak di tepi Tasik Raban, restoran ini menawarkan set talam yang mana bolehn dikongsi untuk 3-4 orang. Setiap set talam ini berharga RM30 dan mengandungi menu tradisi tempatan seperti masak lemak belimbing buluh ikan loma, tilapia bakar, kerabu pucuk paku, pecal dan ulam-ulaman

📌LOKASI : No.6, TMN Rekreasi Tasek Raban Dataran Tasik Raban, 33400 Lenggong, Perak

#10 SUAR SAUDAGAR ESPRESSO
Wajib cuba kopi yang dihasilkan di Suak Saudagar Esspresso ini. Lokasinya agak tersorok, dibina dengan pemandangan tasik yang indah. 
Sebenarnya Suak Saudagar Esspresso ini baru sahaja dibuka pada Jun yang lalu dan asalnya dirancang untuk dibuka sebagai homestay tetapi dijadikan kafe. Antara menu minuman yang anda boleh cuba adalah seperti Caramel Macchiato, Vanilla Latte dan banyak lagi. 
📌LOKASI : Suak Saudagar Espresso, Jalan Kampung Kelantan, Lenggong, Perak
#11 RUMAH AYAH AN RUSA & KELULUT LENGGONG
Di Lenggong ini juga anda boleh melihat dan memberi makan pada rusa yang jinak. Ladang ternakan rusa ini dikenali sebagai Rumah Rusa Ayah An dimana pengunjung boleh memberi makan pada rusa yang jinak dengan harga RM5 bagi tiket masuk manakala RM5 untuk makanan rusa. 
📌LOKASI : Rumah Rusa Ayah An & Kelulut Lenggong, Lot 10952, Kampung Bukit Sapi, 33400 Lenggong, Perak

#12 SUMPITAN GLAMPING
Okay, untuk penginapan pula, anda boleh menginap di Sumpitan Glamping. Ada banyak kemudahan yang menarik disini seperti kolam renang, port barbeku, kafe, dan kawasan unggun api. Lagi menarik sebab bersebelahan dengan sungai yang airnya mengalir deras dan sesuai untuk anda mandi-manda. 
Cerita lebih panjang tentang Sumpitan Glamping akan ditulis dalam artikel berasingan.  

📌LOKASI : Sumpitan Glamping, Kampung Sumpitan, 33420 Lenggong, Perak📘FACEBOOK : Sumpitan Glamping
Memang banyak sebenarnya tempat-tempat menarik di daerah Hulu Perak. Masih banyak tempat yang anda boleh terokai dan jelajah. Semoga dengan adanya artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang pelancongan dalam negara. Oh ya, jangan lupa untuk nantikan artikel berikutnya tentang daerah lain di negeri Perak ya

#TravelPerakLah #PerakSejahtera #TourismPerak #CutiCutiMalaysia #GayaTravel #AksesMalaysia
Artikel ini dihasilkan dari program #TravelPerakLah Fam Trip pada 19 September sehingga 23 September 2022 anjuran Gaya Travel Magazine & Tourism Perak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/10/tempat-menarik-di-daerah-hulu-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Tempat Menarik Di Terengganu

Senarai Tempat Menarik Di Terengganu

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 214 hits
Terpaling saya suka tentang negeri Terengganu adalah pantai pantai menarik di Terengganu Selain tu banyak lagi tempat menarik di Kuala Terengganu Selepas PKP ekonomi perlancongan pun dah mula rancak Tempat menarik kuala terengganu 2022 pun ...
5 Tempat Menarik Di Batam Indonesia

5 Tempat Menarik Di Batam Indonesia

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 232 hits
5 TEMPAT MENARIK DI BATAM INDONESIAWAJIB DIKUNJUNGI Batam merupakan sebuah pulau kecil di Indonesia yang semakin popular di kalangan pelancong Malaysia dan Singapura kerana kos percutian di sana yang murah dari segi hotel dan makanan Kedudu...
Rapat Koordinasi Kepala Daerah Pdip Diminta Ambil Terobosan Kebijakan

Rapat Koordinasi Kepala Daerah Pdip Diminta Ambil Terobosan Kebijakan

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 173 hits
Hal ini disampaikan Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto saat membuka rapat koordinasi kepala daerah seluruh Indonesia dengan tema Kebijakan Pembangunan Trisakti di Sekolah Partai PDIP Kamis
Pdip Gelar Rakor Kepala Daerah Ganjar Hingga Bobby Nasution Hadir

Pdip Gelar Rakor Kepala Daerah Ganjar Hingga Bobby Nasution Hadir

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 136 hits
Ketua Umum PDIP Megawati Soekarnoputri memberikan pengarahan khusus kepada para kepala daerah dalam rakor ini
Bps Rilis 10 Daerah Paling Tidak Bahagia Di Indonesia Ini Daftarnya

Bps Rilis 10 Daerah Paling Tidak Bahagia Di Indonesia Ini Daftarnya

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 167 hits
Secara keseluruhan tingkat kebahagiaan masyarakat Indonesia itu naik Namun sayangnya beberapa daerah justru mengalami penurunan tingkat kebahagiaan nih Coba deh cek daerahmu
Pemerintah Alokasikan Rp25 74 Triliun Untuk Gaji Pppk Daerah Di 2023

Pemerintah Alokasikan Rp25 74 Triliun Untuk Gaji Pppk Daerah Di 2023

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 164 hits
Pemerintah mengalokasikan dana Rp25 74 triliun pada tahun 2023 untuk gaji formasi pegawai pemerintah dengan perjanjian kerja daerah Anggaran ini berasal dari dana alokasi umum senilai Rp396 triliun
Kemaman Hulu Terengganu Dijangka Banjir November Ini

Kemaman Hulu Terengganu Dijangka Banjir November Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 165 hits
BANJIR luar biasa yang melanda daerah Hulu Terengganu akhir Februari lalu telah memberi pengajaran besar terhadap pengurusan bah di Terengganu
Kuala Muda Antara Daerah Terima Amaran Ribut Petir

Kuala Muda Antara Daerah Terima Amaran Ribut Petir

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 206 hits
Kedah dan Pulau Pinang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 10 pagi PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kawasan melibatkan dua negeri sehingga 10 pagi ini MetMalay...
10 Lagu Ini Ternyata Lagu Daerah Yang Mungkin Nggak Pernah Kamu Sadari

10 Lagu Ini Ternyata Lagu Daerah Yang Mungkin Nggak Pernah Kamu Sadari

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 159 hits
Kamu pasti juga ada yang baru tahu kalau lagu lagu ini merupakan lagu daerah kan
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities