Tempat Makan Best Di Johor Bahru
Tempat makan best di Johor Bahru
Ada yang merancang untuk bercuti di Johor ke cuti ni? Haa, kalau korang ada yang nak pergi ibu negeri Johor, iaitu Johor Bahru, sesuai sangatlah untuk korang baca artikel kalini, sebab Ohmedia nak share lima tempat makan best dekat Johor Bahru!
Johor Bahru ni merupakan bandar yang sangatlah terkenal di Johor. Banyak je tempat-tempat melancong yang menarik, tapi ada banyak juga tempat makan best dekat sini tau! Kalau korang nak tahu, teruskan membaca okay!
1. Restoran ZZ Sup Tulang
Haa tempat makan best yang pertama adalah di Restoran ZZ Sup Tulang, Johor Bahru! Kalau anda peminat sup tulang, memang rugilah kalau tak cuba sup tulang dekat ZZ Sup Tulang ni. Memang power beb!
Biasanya orang datang sini akan minta sup tulang, tapi antara menu istimewa lain adalah sup gearbox, mi rebus, mi soto, bubur, tom yam dan laksa.
Memang sedap-sedap la masakan dekat restoran ni. Kalau korang datang dengan keluarga ke, berdua ke, dengan kawan-kawan ke, memang wajib okay singgah di restoran ni. Confirm tak menyesal!
Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor.
2. Selera Senibong Seafood
Tempat kedua yang best jatuh kepada Selera Senibong Seafood, Masai Johor! Okay untuk tempat kedua ni, khas buat peminat-peminat seafood. Haa siapa je tak suka seafood kan? Kalau ada yang tak makan pun mungkin sebab alergik.
Untuk restoran Selera Senibong Seafood ni, korang akan dapat seafood yang memang fresh! Best kan? Kadang ada tempat yang sedia seafood dah tak segar, rasa pun jadi tak sedap. Yang ni, korang jangan risau, sebab memang semua yang dihidangkan segar-segar belaka!
Antara makanan laut yang korang boleh dapat dekat sini, seperti kupang, kerang, lala, sotong, ketam dan macam-macam jenis ikan! Pelbagai cara masakan boleh dipilih kalau korang makan dekat restoran ni! Haih, memang sedap la bila dapat makanan yang fresh lepastu cara masakan pun sedap. Memang uummphhh!
Alamat: Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.
3. Onn Kitchen
Tempat makan best yang ketiga adalah di Onn Kitchen! Di restoran Onn Kitchen, semua menu dia memang dijamin sedap! Ada macam-macam menu yang korang boleh cuba, seperti lempeng dan sambal tumis, roti canai, mee hoon sup dan nasi lemak sambal paru.
Selain menu di atas, pelanggan juga selalu memuji keenakkan ayam bakar dan daging lembu dan kambing BBQ di Onn Kitchen ni! Perapan daging dia memang padu dan cukup rasa. Sekali makan pasti nak lagi laaa hehe.
Kalau korang dah bosan dengan masakan melayu, boleh la try makan dekat sini okay? Semua jenis makanan barat dan melayu semua ada. Jadi tak perlu nak gaduh-gaduh dengan kawan ke suami ke kalau citarasa lain-lain.
Alamat: 29A, Jalan Tarom, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor.
4. Banafee Village
Okayy untuk tempat makan best yang keempat adalah di Banafee Village! Haa dekat sini korang akan dapat pengalaman makan nasi ayam penyet yang paling sedap! Memang popular nasi ayam penyet dekat Banafee Village ni sebab memang sedap.
Selain tu, korang boleh juga order menu lain seperti Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sup Tulang merah yang juga menjadi pilihan orang ramai bila datang ke sini!
Tapi kalau korang memang suka ayam penyet, rugi la kalau tak cuba ayam penyet dekat Banafee Village ni. Ayam dia dimasak dengan sempurna, dengan sambal yang cukup rasa pasti buat korang termimpi-mimpi keenakkannya!
Alamat: 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor.
5. Kacang Pool Haji
Okay tempat last yang best korang boleh makan dekat Johor Bahru adalah di Kacang Pool Haji! Kalau siapa yang baca ni peminat kacang pool, memang korang kena try makan dekat sini, sebab memang padu la masakan dia.
Ini adalah salah satu tempat makan terbaik di JB, jadi kalau tak cuba tu memang stau kerugian yang sangat besar.
Kalau siapa yang memang tahu dan suka akan kacang pool, mestilah dah tahu rasa dia macam mana kan? Tapi buat mereka yang belum pernah cuba menu ni, korang patut pergi ke kedai ini dan cuba sendiri kuah pekat kacang pool yang disediakan dengan set roti bakar dan telur mata. Memang akan jilat jari la!
Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor.
Itulah dia 5 tempat makan best di Johor Bahru. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan best dekat Johor ni, tapi sampai sini sajalah dulu okay? Lain kali kita up lagi tempat makan best yang ada dekat Johor ni. OM
Tempat makan best di Johor Bahru
Baca Artikel Menarik :
Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
Hadi ugut UMNO?
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis
The post Tempat makan best di Johor Bahru appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/29/tempat-makan-best-di-johor-bahru/