Tempahan Dewan Untuk Jamuan Pn Di Temerloh Di Batal Bukan Sebab Politik


 

KUANTAN - Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan tempahan Dewan Tun Razak, Temerloh bagi tujuan jamuan anjuran Perikatan Nasional (PN) bukan bermotifkan politik.
Penafian itu dibuat melalui kenyataan media Facebook media UMNO Pahang bawah kelolaan Exco Komunikasi dan Multimedia Pahang.
Menurut kenyataan di Facebook ‘Pahangku Media’ itu, pembatalan itu dibuat selepas semakan mendapati tempahan asal dibuat atas nama individu dan bukannya daripada PN.


Dewan Tun Razak Temerloh dijadikan asbab menyalahkan serta mencemuh kerajaan Pahang.
“Tidak pula ada yang bercerita bagaimana permohonan asal dibuat adalah menggunakan nama individu bagi tujuan jamuan.
“Tetapi setelah disemak, ianya (tempahan itu) digunakan bagi tujuan Jamuan Kenduri Kesyukuran Perikatan Nasional Bahagian Temerloh,” katanya.
Melalui hantaran itu juga, mereka mempersoalkan kenapa individu yang beri tanggungjawab membuat tempahan berkenaan menyembunyikan maklumat sebenar ketika membuat tempahan.
“Mengapa tidak berterus-terang dengan mengemukakan permohonan penggunaan dewan oleh Perikatan Nasional Bahagian Temerloh bagi mengadakan majlis kenduri kesyukuran?
“Apakah juga satu keperluan mendesak bagi masyarakat di Temerloh berkenduri kendara ketika sewajarnya semua pihak harus memberikan tumpuan kepada musibah banjir yang masih melanda,” katanya lagi.
Pengendali akaun ‘Pahangku Media’ juga mengingatkan penyokong PN bahawa masih ada lima tahun lagi untuk mengadakan kenduri atau jamuan dan jika modal masih banyak, mereka boleh mengadakan kenduri setiap hari.
“Tapi, jika masih memikirkan kepentingan masyarakat yang perlukan perhatian ketika banjir sedang melanda, isu pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak bagi mengadakan kenduri kesyukuran PN tidak perlu diperbesarkan,” katanya.
Untuk rekod ‘Pahangku Media’ adalah antara unit media baru dikendalikan UMNO sejak tahun 2011 dan bertujuan bagi membantu UMNO dalam perang saraf dengan Pakatan Rakyat ketika itu.
Sebelum ini, unit berkenaan berada di bawah Exco Komunikasi dan Multimedia Pahang dan pernah diterajui bekas ahli dewan undangan negeri (ARUN) Lanchang, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan bekas ADUN Kuala Sentul, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin.
Kelmarin, Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Pahang melalui PBT yang membatalkan tempahan dibuat PN bagi mengadakan majlis kesyukuran parti itu.
Tuan Ibrahim yang juga ADUN Cheka turut mendakwa kelulusan sudah diberikan dan pembayaran sewa juga sudah dibuat sebelum dimaklumkan tempahan berkenaan dibatalkan.
“Perangai lama mereka ini tidak berubah sejak dahulu dan ia menambahkan kemarahan orang ramai.
“Dewan orang ramai sepatutnya dapat dimanfaatkan, sayangnya ia hanya boleh digunakan oleh parti pemerintah sahaja.
“Walaupun PRU lalu menyaksikan PN (Perikatan Nasional) berjaya memenangi kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Semantan dan Lanchang,” katanya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.
Terdahulu, Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor turut meluahkan kekesalan atas tindakan kerajaan Pahang mengarahkan pembatalan penggunaan dewan berkenaan bagi tujuan jamuan kesyukuran Parlimen itu.
Katanya, pembatalan itu adalah arahan kerajaan negeri terus kepada pihak Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Temerloh secara lisan tanpa ada apa-apa pengarahan rasmi secara bertulis. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/12/pembatalan-tempahan-dewan-bagi-jamuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

Ahli Parlimen Temerloh Kesal Kerajaan Pahang Arah Batalkan Tempahan Dewan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 237 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor kesal atas tindakan kerajaan negeri Pahang yang telah mengarahkan pembatalan penggunaan Dewan Tun Razak Temerloh bagi tujuan Jamuan Kesyukuran Parlimen Temerloh kurang daripada tempoh 24 jam...
Pegawai Lantikan Politik Yang Masih Berkhidmat Dalam Kerajaan Ditamatkan Serta Merta

Pegawai Lantikan Politik Yang Masih Berkhidmat Dalam Kerajaan Ditamatkan Serta Merta

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 276 hits
Kesemua pegawai pegawai yang sedang berkhidmat dan yang dilantik melalui lantikan politik oleh kerajaan sebelum ini telah diarah untuk ditamatkan dengan kadar segera Berdasarkan satu dokumen yang tular di media sosial menyatakan bahawa Peng...
Cakap Tak Serupa Bikin Netizen Muak Janji Henti Lantikan Politik

Cakap Tak Serupa Bikin Netizen Muak Janji Henti Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 254 hits
ismaweb net Buang orang lain kemudian ganti orang dia BANGI 22 Jamadilawal 1444H Sabtu Tindakan melantik semula bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi FELCRA menimbulkan keraguan terhadap keputusan kerajaan ...
Kait Melayu Dengan Politik Islam Seolah Cabar Perlembagaan

Kait Melayu Dengan Politik Islam Seolah Cabar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 280 hits
V AnbalaganPETALING JAYA Seorang peguam berkata pandangan pemimpin pembangkang bahawa politik Melayu Muslim cenderung dikaitkan dengan Islam disifatkan memberi cabaran langsung kepada Perlembagaan Persekutuan Syed Iskandar Syed Jaafar berka...
Shamsul Iskandar Md Akin Dan Chan Ming Kai Dua Bekas Mp Pkr Dilantik Sebagai Setiausaha Politik Pm

Shamsul Iskandar Md Akin Dan Chan Ming Kai Dua Bekas Mp Pkr Dilantik Sebagai Setiausaha Politik Pm

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 216 hits
MalaysiakiniDua bekas ahli parlimen PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Chan Ming Kai dilantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Shamsul diberi gelaran ketua setiausaha politik Bercakap kepada The Vibes Shamsul be...
Semua Lantikan Politik Digugurkan Serta Merta

Semua Lantikan Politik Digugurkan Serta Merta

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 244 hits
Alena NadiaKontrak semua pengerusi dan ahli lembaga yang dibuat melalui pelantikan politik dalam firma dan badan berkaitan kerajaan akan ditamatkan berkuat kuasa serta merta Dalam mesej teks kepada Malaysiakini petang ini seorang menteri me...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang