Teman Qaqa Ke Kompleks Pkns Bangi
assalamualaikum semua. entri ni aku terbitkan agak lambat lah juga kerana kekangan masa dan juga tenaga nak menaip tiada. ayat tu ada, tapi tak mampu terluah dalam bentuk perkataan
Jumpa Qaqa Awal Bulan Junjujurnya selepas tamat kolej komuniti, aku memang dah tak pernah langsung jumpa dengan budak kolej. entah. terasa macam habis kolej, persahabatan kita pun tamat. aku pun bukan rapat dengan semua orang
aku pernah lah jumpa qaqa beberapa kali diluar kolej selepas tamat belajar. masa tu qaqa dating dengan boyfriend dia dekat area shah alam. beria lah aku datang. rupanya jumpa 5 minit lepastu balik. dah lah jauh nak ke tempat tu. geram betul
semenjak dari kejadian tu aku memang dah malas gila nak ambil port kalau qaqa ajak lepak. aku rasa bosan. hahahah. banyak kali juga lah kitorang sembang pumpang nak lepak kononnya. sampailah kesudah tak jumpa.
seterusnya aku jumpa qaqa di rumah nya. aku datang bersama alif dan tasya waktu menyambut ulangtahun kelahiran anak qaqa yang kedua kot. tetamu dirumah qaqa pandang aku atas bawah. mungkin sebab aku beria pakai jaket kot. hahahha eh sukahati aku lah; kan outfit aku. gituhh.
Malas Nak Berjanji
selain dari itu, kitorang banyak berbual dalam telefon sahaja. rumah qaqa jauh ya walaupun masih dalam kategori selangor. aku dishah alam, qaqa di beranang. nak ke sana kena lalu berapa tol entah. terbang duit aku. jumpa qaqa tak sampai satu hari pun. jumlah tol macam nak ke melaka pula.
sebelum pertemuan yang ini, aku dan qaqa ada buat janji nak jumpa makan - makan bersama suami dan anak - anak. namun terpaksa dibatalkan kerana aku kekurangan wang
Qaqa Dan Masalahnya
sehinggalah suatu hari, qaqa meluahkan rasa di hati. aku buat keputusan untuk jumpa qaqa sebelum qaqa jatuh dan hilang arah. aku lepak dengan qaqa dekat kompleks pkns bangi je. aku manalah tahu tempat menarik dekat bangi. dah lah nak ke sana jauh, tol lagi. hahah sakit pula hati aku. ada jelah laluan lain, tapi aku ikut google maps masa tu.
makan tengahari di kfc. tak ada banyak pilihan sangat dekat sana. sebiji macam pkns dekat seksyen 14, shah alam. membosankan bagai hidup segan mati tak mahu.
aku tinggalkan suamiku di kfc. aku dan qaqa bersiar - siar ke pasaraya bilion untuk membeli belah barangan anak qaqa. selepas semua selesai, aku menghantar qaqa ke rumah mak mertuanya. kami berpisah disitu. semoga ada masa berjumpa lagi
qaqa sedang berjuang untuk meneruskan kehidupannya. aku doakan semoga qaqa terus kuat dalam mengorak langkah kebahagiaan bersama anak - anak dan suami serta keluarganya. semoga kekuatan untuk qaqa selalu berada disampingnya. setiap masa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/06/teman-qaqa-ke-kompleks-pkns-bangi.html