Tema Persoalan Konflik Latar Masyarakat Nilai Dan Pengajaran Pantai Kasih




TEMAKetabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.1.         Tabah menghadapi kematian anak peremuannyaRaiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.2.         Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganyaKegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.
3.         Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedahRaiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

4.         Tabah menerima tugas membedahRaiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.
5.         Tabah menghadapi pencerobohApabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.
6.         Tabah menerima berita punca kematian anaknya.Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.



PERSOALAN 1.         Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.  Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.2.         Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.3.         Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul. Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Doktor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.4.         Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak perempuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.5.         Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya  reda menerima berita tersebut.6.         Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan. Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana mereka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.7.         Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan meminta menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.8.         Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.




KonflikKonflik dengan diri sendiri a.         Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminyaRaiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.b.         Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.c.         Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinyaSister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.d.         Konflik Doktor Uwang dengan AyuDoktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan  sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu.
Konflik dengan orang laina.         Konflik antara Raiha dengan Doktor SadizRaiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar.b.         Konflik antara Sister Felicia dan RaihaSister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.C.         Konflik antara Raiha dengan ayahnyaRaiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.d.         Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak UnongDoktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.e.         Konflik antara Sister Felicia dengan Emak UnongSister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.f.          Konflik antara Sister Felicia  dengan Doktor UwangSister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.




 Latar Masyarakat1.         Latar masyarakat yang mementingkan keuntunganDoktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
2.         Latar masyarakat yang takut berterus terangSister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.3.         Latar masyarakat yang egoDoktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada di situ disambar api tersebut.4.         Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggiWalaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu  menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
5.         Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuanEmak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.6.         Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebasEmak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.7.         Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjayaDoktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.


NILAI1.         Nilai KerajinanNilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.2.         Nilai KetekunanNilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.3.         Nilai KeberanianRaiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.4.         Nilai BertanggungjawabRaiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.5.         Nilai KeprihatinanRaiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang  bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.6.         Nilai KetabahanRaiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.PENGAJARAN1.         Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

2.         Kita hendaklah menghormati hak orang lainSetiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.3.         Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukanApabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.4.         Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.5.         Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.7.         Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://yangqammarina.blogspot.com/2018/02/tema-persoalan-konflik-latar-masyarakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golkar Nilai Resistensi Masyarakat Ke Psi Tinggi Bikin Elektabilitas Jokowi Turun

Golkar Nilai Resistensi Masyarakat Ke Psi Tinggi Bikin Elektabilitas Jokowi Turun

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 233 hits
Blunder PSI memberikan sumbangan pada turunnya elektabilitas jokowi Resistensi rakyat terhadap PSI tinggi sekali dan itu berpengaruh negatif pada Jokowi tandas dia
Jaga Nilai Ekonomi Pantai Anak Usaha Abm Investama Gelar Program Beach Clean Up

Jaga Nilai Ekonomi Pantai Anak Usaha Abm Investama Gelar Program Beach Clean Up

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 290 hits
Melalui kegiatan yang digerakkan oleh CKB Logistics ini kami berharap masyarakat terus menjaga kebersihan dan keindahan pantai di Balikpapan secara berkelanjutan Masyarakat harus memahami bahwa pantai merupakan aset penting dan memiliki nil...
Jokowi Ajak Pendukung Ke Tps Pakai Baju Putih Kubu Prabowo Nilai Akan Picu Konflik

Jokowi Ajak Pendukung Ke Tps Pakai Baju Putih Kubu Prabowo Nilai Akan Picu Konflik

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 268 hits
Jubir BPN Prabowo Sandi Ferdinand Hutahaean menilai instruksi capres petahana Joko Widodo mengajak pendukungnya mengenakan baju putih saat mencoblos nanti menabrak asas Luber Pemilu Menurutnya Jokowi tak memahami asas tersebut
Fadli Zon Nilai Pelibatan Menteri Di Kampanye Jokowi Timbulkan Konflik Kepentingan

Fadli Zon Nilai Pelibatan Menteri Di Kampanye Jokowi Timbulkan Konflik Kepentingan

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 248 hits
Menurut saya ini yang bisa menjadi conflict of interest konflik kepentingan Jadi mereka seharusnya menjadi pihak yang netral jelas sekali dan harusnya berkonsentrasi pada tugas tugasnya sebagai menteri kata Fadli
Alur Galley Suites Homestay Paling Cun Di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

Alur Galley Suites Homestay Paling Cun Di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 1138 hits
Assalamalaikum Hai Tempoh hari CikSha berpeluang bawa anak anak dan suami cuti cuti Malaysia dengan 2 lagi keluarga blogger Team BPT ke Pantai Penarik Setiu Terengganu Bercuti sambil bekerja gitu Yang best tu boleh bawak famili Biasa la tu ...
Ingatkan Kayu Terdampar Di Pantai Rupa Rupanya Ikan Aneh Bersaiz Gergasi

Ingatkan Kayu Terdampar Di Pantai Rupa Rupanya Ikan Aneh Bersaiz Gergasi

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 1299 hits
Ingatkan Kayu Terdampar Di Pantai Rupa Rupanya Ikan Aneh Bersaiz Gergasi Ikan aneh dengan saiz 1 8 meter panjang dikenali sebagai ikan matahari ditemui dua pemancing terdampar di pantai Steven Jones dan rakannya Linette Grzelak menemui ikan...
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1242 hits
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites Lain Daripada Yang Lain Assalamualaikum hi korang Mood bercutiku ke Terengganu masih belum habis lagi jika sebelum ni daku bersama famili tapi kali ni bersama dengan rakan blogger A...
Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 646 hits
Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu Assalamualaikum kali ini daku nak kongsikan tentang tempat makan best di Pantai Penarik Terengganu Yelah kebetulan baru baru ini daku menginap di Alur Galley Sui...
Maklumat Pengajaran

Maklumat Pengajaran

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 283 hits
CARA MUAT TURUN Tekan CLIK SINI kemudian right clik save gambar tersebut post ad EMK untuk muat turun saiz yang berkualiti KBKK untuk muat turun saiz yang berkualiti KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH untuk muat turun saiz yang berkualiti KECERDASAN...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall