Telukipil Sekeluarga Tinggal Di Bangsal Kambing Selepas Hilang Pendapatan Kerana Pkp Dibantu




Lima beranak terpaksa menjadikan bangsal kambing di Kampung Teluk Ipil, Nibong Tebal, sebagai tempat berteduh sementara selepas ketua keluarganya hilang punca pendapatan.
Azman Ahmad, 46, bersama isteri dan tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun baharu 10 hari tinggal di bangsal itu selepas tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah berjumlah RM600 akibat kesempitan wang.
Dia yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah hilang pendapatan pada masa ini berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya terputus pendapatan dan terpaksa keluar dari rumah sewa sebelum mengambil keputusan menumpang buat sementara di bangsal kambing yang terletak tidak jauh dengan rumah adik-beradik saya.




“Saya juga buntu memikirkan nasib dialami selain tidak mahu menyusahkan adik-beradik lain yang turut mempunyai komitmen.
“Lagipun saya hanya mahu tinggal sekejap sahaja dan apabila keadaan ekonomi kembali stabil saya akan bekerja dan mencari rumah sewa lain,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Azman berkata, dia membina dinding dan lantai untuk tidur selain bermalam dengan hanya menggunakan lampu pengecas atau lilin.
“Untuk mandi dan memasak pula, saya mengambil bekalan air dari rumah adik-beradik yang tinggal berdekatan. Saya juga bersyukur sebab banyak jiran prihatin yang membantu,” katanya.
Kisah penderitaan keluarga itu tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan.
Azman berterima kasih atas keprihatinan yang diberikan kepada keluarganya dan tidak menyangka bahawa bantuan sampai dengan segera.






Sementara itu, Pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) Daerah Seberang Perai Selatan, Ahmad Zaidan Shahidan berkata, pihaknya menghulurkan bantuan kecemasan ‘one-off’ sebanyak RM300 untuk keluarga berkenaan.
“Pada masa sama, kita mempertimbangkan untuk membayar sewa rumah selama tiga bulan bagi meringankan beban keluarga terbabit.
“Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula akan mencari peluang pekerjaan yang sesuai untuk Azman kerana ketika ini kerja tukang rumah tidak boleh beroperasi selain terdapat juga beberapa bantuan daripada pelbagai pihak untuk keluarga ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/07/telukipil-sekeluarga-tinggal-di-bangsal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Di Tepi Bukit Langat Selepas Isteri Men1nggal Warga Emas Hilang Sumber Pendapatan Ketika Pkp

Tidur Di Tepi Bukit Langat Selepas Isteri Men1nggal Warga Emas Hilang Sumber Pendapatan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 282 hits
Di FB seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zaki berkongsi satu kisah sedih mengenai seorang warga emas yang menetap di tepi bukit Langat
Pkp Hilang Pendapatan Hilang Pekerjaan Apa Yang Boleh Dibuat

Pkp Hilang Pendapatan Hilang Pekerjaan Apa Yang Boleh Dibuat

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 323 hits
Hilang pekerjaan Hilang Pendapatan Kekurangan pendapatan Inilah yang dihadapi oleh kita semua pada masa ini Kerajaan juga telah memberi bantuan sebaik yang mungkin Kita sendiri tidak pasti samada PKP akan ditamatkan atau diteruskan Kes kes ...
Selepas Hampir Sebulan Pkp Penuh Terbukti Strategi Pn Gagal Kata Mp

Selepas Hampir Sebulan Pkp Penuh Terbukti Strategi Pn Gagal Kata Mp

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 249 hits
Jumlah kes baharu pada setiap hari yang melebihi lima ribu menunjukkan bahawa strategi melawan Covid 19 yang dilaksanakan oleh Kerajaan PN adalah gagal kata ahli Parlimen DAP Wong Shu Qi Ahli Parlimen Kluang itu berkata semenjak pelaksanaan...
Beruang Matahari Hilang Arah Selepas Habitat Di Musnah Akibat Aktiviti Pembalakan Di Lipis

Beruang Matahari Hilang Arah Selepas Habitat Di Musnah Akibat Aktiviti Pembalakan Di Lipis

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 191 hits
PETALING JAYA Akibat kerakusan manusia merosakkan hutan dan alam sekitar akhirnya binatang liar menjadi mangsa Itulah nasib yang dialami oleh seekor beruang matahari yang kelihatan hilang arah selepas tempat perlindungannya musnah akibat pe...
Apa Perlu Buat Selepas Pkp Ditarik Balik

Apa Perlu Buat Selepas Pkp Ditarik Balik

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 269 hits
Peringatan pihak polis kepada semua rakyat Malaysia yang mesti dibaca oleh semua orang AWAS PERINGATAN PADA SEMUA KELUARGAKita semua sama ada di bandar atau di luar bandar harus mengetahui keadaannya Setelah perintah pergerakan ditarik seba...
Rezeki Pkp Fizz Umum Almy Hamil Anak Ke 4 Selepas 3 Heroin Harap Kali Ni Boy

Rezeki Pkp Fizz Umum Almy Hamil Anak Ke 4 Selepas 3 Heroin Harap Kali Ni Boy

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 411 hits
Alhamdulillah akan bertambah lagi ahli keluarga baru Itu kegembiraan yang digambarkan oleh Datuk Fizz Fairuz sempena Hari Bapa apabila menerima hadiah paling bermakna dari isterinya Datin Almy Nadia yang kini hamil anak keempat Berkongsi be...
Ideas Tempat Tempat Untuk Dilawati Selepas Selesai Lockdown Dan Pkp

Ideas Tempat Tempat Untuk Dilawati Selepas Selesai Lockdown Dan Pkp

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum Rata rata rakyat Malaysia mesti rindu kan untuk keluar berjalan bercuti dan berehat selain dari dalam rumah Lama sangat dah kita semua berehat bekerja dan beriadah dalam rumah sahaja Cuba tukar tukar angin pula dengan bercut...
Satu Lagi Negeri Akan Beralih Ke Pkp Fasa 2 Selepas Menepati Nilai Ambang Kriteria Peralihan Fasa Ppn

Satu Lagi Negeri Akan Beralih Ke Pkp Fasa 2 Selepas Menepati Nilai Ambang Kriteria Peralihan Fasa Ppn

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 284 hits
Satu lagi negeri akan beralih ke Perintah Kawalan Pergerakan fasa 2 selepas menepati nilai ambang kriteria peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara lapor Kementerian Kesihatan
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik