Teliti Semula Pelantikan Adun Dap Dalam Yadim Isma


Oleh Fahmi bin FaizApakah DAP mahu campur tangan dalam hal ehwal umat Islam?

BANGI – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak supaya meneliti semula pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, Sheikh Omar Ali sebagai anggota pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, pelantikan yang disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini, telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat

Beliau berkata, rakyat pastinya tertanya-tanya apakah agenda menteri agama kerajaan PH itu melantik Sheikh Omar yang bukan sahaja ahli DAP, bahkan wakil rakyat bagi parti tamak haloba berkenaan

“Apakah beliau akan membawa agenda DAP, di mana diketahui umum ingin menuntut kesamarataan agama? Kenapa perlu dimasukkan wakil dari parti ini ke dalam institusi Islam

“Apakah mereka ingin campur tangan dalam hal ehwal umat Islam? Apakah tiada calon lain yang lebih sesuai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Aminuddin berkata demikian mengulas pelantikan Adun Paloh yang juga Exco Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif Johor sebagai anggota pemegang amanah Yadim

Pelantikan Sheikh Omar itu disahkan sendiri oleh Mujahid hari ini, yang menyifatkan pemilihan itu berdasarkan kelayakannya sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama

Tanpa menafikan latar belakang itu, Aminuddin berkata, sudah pasti aspirasi DAP menjadi agenda utama Sheikh Omar, yang berperanan bukan sahaja sebagai ahli, malah wakil rakyatnya

“Mana mungkin beliau boleh membelakangkan parti yang mencalonkan dan memenangkan beliau untuk menjadi seorang wakil rakyat

“Ternyata jelas bahawa prinsip ‘politik tidak boleh campur tangan dalam isu agama’ sudah tidak menjadi pegangan pemerintah. Apa jadi dengan Islam jika dibawa pemikiran-pemikiran dan kepentingan-kepentingan politik ke dalam institusi Islam?,” katanya

Difahamkan, Sheikh Omar dilantik ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok

Pelantikan itu dipercayai yang pertama membabitkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan kerajaan Pusat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/teliti-semula-pelantikan-adun-dap-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ydp Yadim Persoal Pelantikan Adun Dap

Bekas Ydp Yadim Persoal Pelantikan Adun Dap

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 479 hits
Asyraf mempertikai keputusan Mujahid melantik Sheikh Omar kerana mendakwa DAP tidak pernah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi
Khadam Mujahid Beri Amaran Rakyat Jangan Pertikai Pelantikan Adun Dap Dalam Yadim

Khadam Mujahid Beri Amaran Rakyat Jangan Pertikai Pelantikan Adun Dap Dalam Yadim

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 507 hits
PUTRAJAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof memberi amaran kepada rakyat yang berterusan mempertikaikan lantikan Adun DAP Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Mujahi...
Pemuda Umno Pertikai Lantikan Adun Dap Dalam Yadim

Pemuda Umno Pertikai Lantikan Adun Dap Dalam Yadim

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 641 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Dr Mujahid Yusof Rawa yang didakwa melantik Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kesal denga...
Adun Dap Dilantik Ke Lembaga Pemegang Amanah Yadim

Adun Dap Dilantik Ke Lembaga Pemegang Amanah Yadim

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 808 hits
MALAYSIAKINI Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh Johor Sheikh Omar Ali akan dilantik menjadi anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Menurut sumber Sheikh Omar akan dilantik ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun dan...
Kenapa Lantik Adun Dap Dalam Yadim Satu Persatu Institusi Islam Dirobek

Kenapa Lantik Adun Dap Dalam Yadim Satu Persatu Institusi Islam Dirobek

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 495 hits
Satu persatu institusi Islam diusik dirobek kerajaan PH Asyraf Wajdi23 Jamadilawal 1440H Selasa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan Dr Mujahid Yusof Rawa yang didakwa melantik Ahli Dewan Undangan...
Adun Dap Yang Islamik Menjadi Lembaga Pengarah Yadim Kata Menteri Agama Hancing Viral

Adun Dap Yang Islamik Menjadi Lembaga Pengarah Yadim Kata Menteri Agama Hancing Viral

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 598 hits
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan seorang wakil rakyat DAP Adun Paloh Sheikh Omar Ali dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pelantikan ...
Yadim Pelantikan Berdasarkan Merit Kelayakan Dan Pengalaman

Yadim Pelantikan Berdasarkan Merit Kelayakan Dan Pengalaman

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 722 hits
PUTRAJAYA 24 Jamadilawal 1440H Rabu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mempertahankan pelantikan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dengan menyifatkan m
Mujahid Pelantikan Sheikh Omar Dalam Yadim Atas Kelayakan

Mujahid Pelantikan Sheikh Omar Dalam Yadim Atas Kelayakan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 412 hits
Sheikh Omar mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya dengan pengkhususan dalam dakwah
Bekas Adun Dap Ditahan Sprm

Bekas Adun Dap Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 594 hits
Seorang bekas wakil rakyat DAP di Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini dan dijangka didakwa di mahkamah esok Menurut sumber bekas wakil rakyat itu ditahan berhubung dua kes tuntutan palsu melibatkan nilai kira ki...
Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Filem Sumpahan Nilam Utama

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Fam Boleh Pergi Mampus

Yeay Dapat Free Gift Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Gulai Ikan Tongkol

Pokok Pandan

10 Peralatan Wajib Ada Untuk Cari Emas Di Sungai Tanah Tinggi

Pengalaman Setup Printer Canon G2010 Untuk Mac Dalam Jaringan

Jika Cinta Itu Buta

Istanbul Aku Datang Day 1