Teliti Semula Kenaikan Harga Bahan Binaan Akibat Covid 19


Oleh Zatul Iffah Zolkiply
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa melawat tapak pembinaan perasmian majlis pecah tanah menaik taraf jambatan merentasi Sungai Marang di Kampung Seberang Marang hari ini. Jambatan di Jalan Kuala Terengganu- Kuantan dengan kos projek bernilai RM338.5 juta itu dijangka siap pada Oktober 2025 dapat mengurangkan kadar kesesakan trafik dan memberi keselesaan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu puncak. - Foto GHAZALI KORI MARANG: Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan untuk melihat kembali senarai barang-barang binaan susulan kenaikan mendadak harga akibat penularan pandemik COVID-19.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu bagi membantu kontraktor yang sedang melaksanakan projek kerajaan yang terbeban dengan kenaikan mendadak kos berkenaan.
"Selain meminta Kementerian Kewangan melihat kembali senarai barangan itu, kita akan minta lihat semula bagaimana kaedah pengiraan dan jenis projek yang layak mendapat VOP (Syarat Perubahan Harga).
"Buat masa ini, yang layak dapat VOP hanya projek yang berasaskan konvensional tender dan reka bentuk tetapi daripada sebut harga tidak boleh.
"Jadi ini yang kita kena lihat balik dan kita akan bincang kembali dengan Kementerian Kewangan bagaimana kita mahu tangani kenaikan kos yang begitu tinggi supaya ia tidak membebankan kontraktor demi memastikan projek dapat disiapkan untuk kemudahan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jambatan Merentasi Sungai Marang di Laluan FT003 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini.
Majlis pecah tanah dan serahan surat terima projek itu disempurnakan Fadillah bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Fadillah berkata, pihaknya juga akan mengemukakan lanjutan tempoh pelaksanaan VOP yang dilaksanakan dalam kontrak kerja kerajaan.
"Itu yang kita bincangkan. Setakat ini, pelaksanaan VOP adalah sehingga projek siap yang mana ia tertakluk kepada perjanjian tambahan sehingga 30 Jun ini," katanya.
Sementara itu, Fadillah berkata, kementeriannya memperuntukkan hampir RM972 juta untuk projekpembangunan di negeri ini manakala Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pula memperuntukkan kira-kira RM896 juta.
Katanya, secara keseluruhan, terdapat 19 projek pembangunan yang berada dalam fasa pra-pembinaan dan fasa pembinaan dengan 10 projek di bawah Kementerian Kerja Raya manakala selebihnya di bawah KPLB.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/teliti-semula-kenaikan-harga-bahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kematian Direkodkan Akibat Covid 19 Semalam

Tiada Kematian Direkodkan Akibat Covid 19 Semalam

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 141 hits
SHAH ALAM Tiada kes kematian akibat Covid 19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 24 jam pada Jumaat Menurut data di laman sesawang CovidNow keadaan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian hingga 12 tengah malam tadi ke...
Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19 Okt Ditahan Semula Polis

Larikan Diri Selepas Ujian Covid 19 Okt Ditahan Semula Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 190 hits
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang OKT berbaju dan berseluar ungu melarikan diri ketika urusan menaikkan sekumpulan OKT ke lori polis selepas ujian saringan Covid 19 di Klinik Kesihatan Beranang KUALA LUMPUR Seorang oran...
Bantu Hanya Sementara Tapi Kerja Kerajaan Ialah Mengawal Kenaikan Harga Barang

Bantu Hanya Sementara Tapi Kerja Kerajaan Ialah Mengawal Kenaikan Harga Barang

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 156 hits
Bagus juga Program Jualan Keluarga Malaysia ni Aku agak barangan dijual pada harga yang lebih murah kerana pemborong dapat menjual terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah Aku tak bantah Tapi kalau ini nak dianggap sebagai kejayaan ol...
Covid 19 Sharp Increase In Education Clusters Last Week

Covid 19 Sharp Increase In Education Clusters Last Week

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 166 hits
The Health Ministry has detected 62 new Covid 19 clusters at educational institutions last week according to its director general Dr Noor Hisham Abdullah today This is a sharp increase compared to the 15 education clusters detected a week e...
Jinhwan Yunhyeong Donghyuk Ikon Positif Covid 19

Jinhwan Yunhyeong Donghyuk Ikon Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 147 hits
Makin banyak kes COVID 19 dalam industri seni Korea kini Terbaru tiga ahli iKON iaitu Jinhwan Yunhyeong dan Donghyuk telah disahkan positif virus berkenaan Menurut YG Entertainment mereka telah menjalani ujian kendiri selepas menunjukkan si...
Covid 19 Kkm Pantau Keselamatan Semua Vaksin Covid 19

Covid 19 Kkm Pantau Keselamatan Semua Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 128 hits
Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau keselamatan semua vaksin COVID 19 yang telah didaftarkan secara bersyarat di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdull...
Junhoe Ikon Yoshi Treasure Telah Disahkan Positif Covid 19

Junhoe Ikon Yoshi Treasure Telah Disahkan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 177 hits
Nampaknya makin ramai artis di bawah agensi YG Entertainment yang telah disahkan positif COVID 19 Sebelum ini telah diumumkan bahawa Jin hwan Yun hyeong DK iKON dan Seung hoon WINNER telah diuji positif bagi COVID 19 Pada hari ini pula YG E...
Pelitup Muka Menyala Jika Pemakai Dijangkiti Covid 19 Dicipta Guna Sel Burung Unta Video

Pelitup Muka Menyala Jika Pemakai Dijangkiti Covid 19 Dicipta Guna Sel Burung Unta Video

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 114 hits
Pelitup Muka Menyala Jika Pemakai Dijangkiti Covid 19 Dicipta Guna Sel Burung Unta VIDEO SAINTIS dari Universiti Kyoto Jepun telah mencipta pelitup muka yang menggunakan antibodi burung unta untuk mengesan virus Covid 19 Penemuan oleh Yasuh...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Cara Memasarkan Homestay Anda

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur