Teliti Peruntukan Dalam Perlembagaan Persekutuan Bersatu Sebelum Putuskan Nasib 6 Mp Shamrahayu



Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan mesti dilihat bersekali dengan Perkara 10.4 Perlembagaan BERSATU untuk menentukan status enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU yang keahlian mereka dalam parti tergugur secara automatik.
(Berita Harian) – Mereka tergugur sebagai ahli parti selepas didakwa enggan akur arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU untuk menzahirkan ikrar taat setiap kepada parti selepas sebelum itu menyatakan sokongan kepada pemimpin lawan yang menerajui kerajaan.
Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz, menyarankan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk meneliti dan menilai peruntukan terkandung dalam kedua-dua Perlembagaan sebelum memutuskan nasib wakil rakyat berkenaan.
“Mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN yang tak patuh arahan, BERSATU tak guna istilah ‘gugur’ dalam Perlembagaan parti, tetapi ‘terhenti keahlian’. Setiausaha agung atas arahan MPT kemudian perlu memaklumkan secara bertulis kepada ahli bahawa keahlian mereka digugurkan, dihentikan serta-merta.
“Mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, kalau seseorang ahli Dewan tidak lagi jadi anggota parti politik, maka kerusinya kosong, tidak lagi jadi ahli. Maknanya apabila Ahli Parlimen terima pemberitahuan daripada parti, setiausaha agung bahawa dia telah terhenti keahlian, saat itu kerusi jadi kosong.
“Jadi orang yang tetapkan (keputusan berhubung status) kerusi itu adalah Speaker. Speaker perlu teliti sebaik-baiknya (kedua-dua) Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan untuk terhenti keahlian itu, ” katanya kepada BH hari ini.
Perlembagaan BERSATU yang dipinda 2 Mac lalu membabitkan tiga perkara bawah Fasal 10, berkait hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti, iaitu dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.
Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli BERSATU yang menjadi wakil di Dewan Rakyat atau DUN yang tidak patuh apa-apa arahan dikeluarkan MPT selari dengan Fasal 10.5, disifatkan terhenti keahlian daripada parti itu secara serta-merta.
Perkara 10.5 pula menyatakan MPT boleh mengeluarkan arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakilnya di Dewan Rakyat atau DUN dan ia hendaklah dibuat secara bertulis.
Perkara 10.6 merujuk Fasal 10.4, iaitu setiausaha agung atas arahan MPT hendaklah mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan bagi memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta-merta dan namanya dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti.
Merujuk undang-undang antilompat parti dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No3) 2022 (Akta A1663), seseorang Ahli Dewan Rakyat terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya menjadi kosong sebaik saja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Fasal 49A Perlembagaan Persekutuan, kata Shamrahayu, menyatakan kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat jika ahli Dewan itu melepaskan keanggotaan parti politik atau tidak lagi menjadi anggota parti politik itu atau setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota suatu parti politik, dia menyertai suatu parti politik sebagai anggota.
Dalam fasal sama, katanya, turut menyatakan seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu hanya disebabkan oleh pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya, pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang Dipertua atau pemecatan daripada keanggotaan dalam parti politiknya.
The post Teliti peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, BERSATU sebelum putuskan nasib 6 MP – Shamrahayu appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/04/teliti-peruntukan-dalam-perlembagaan-persekutuan-bersatu-sebelum-putuskan-nasib-6-mp-shamrahayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah Bersatu Sudah Putuskan

Status 7 Wakil Rakyat Paling Tadah Bersatu Sudah Putuskan

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 248 hits
Nor Azizah Mokhtaram hmetro com my nbsp Kuala Lumpur Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sudah memuktamadkan keputusan status tujuh wakil rakyatnya yang berpaling tadah Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudi...
Siapa Sebenarnya Yang Putuskan Bersatu Cakap Mereka Sudah Putuskan

Siapa Sebenarnya Yang Putuskan Bersatu Cakap Mereka Sudah Putuskan

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 289 hits
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan menentukan ketetapan mengenai status enam Ahli Parlimen Bersatu mengikut peruntukan sedia ada dalam Akta Antilompat Parti 2022 dan Perlembagaan Persekutuan Timbalan Perdana Menteri Datuk ...
Mangsa Kemalangan Bas Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anak Sebelum Nafas Terakhir

Mangsa Kemalangan Bas Hasnatul Adilah Sempat Tanya Keadaan Anak Sebelum Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 194 hits
ROMPIN Mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan Segamat berhampiran simpang tiga Bahau awal pagi tadi Hasnatul Adilah Hassan 48 sempat bertanyakan keadaan anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir di lokasi kejadian Perkara itu...
Langkah Selamat Ialah Kerajaan Kena Batalkan Jual Saham Mahb Kepada Blackrock Sebelum Sidang Parlimen Bermula

Langkah Selamat Ialah Kerajaan Kena Batalkan Jual Saham Mahb Kepada Blackrock Sebelum Sidang Parlimen Bermula

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 272 hits
Seorang Ahli Parlimen blok pembangkang telah memfailkan dua usul untuk membahaskan pendirian kerajaan serta kepentingan rakyat Malaysia terhadap isu berkaitan Palestin Salah satu daripada usul tersebut ialah mendesak kerajaan menarik balik ...
Perbezaan Masyarakat Antara Sebelum Dan Selepas Wujudnya Dunia Internet Siri 1

Perbezaan Masyarakat Antara Sebelum Dan Selepas Wujudnya Dunia Internet Siri 1

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 253 hits
Bagi anda yang lahir sebelum wujudnya dunia cyber internet tentu dapat rasakan perbezaan antara dunia sebelum dan selepas adanya teknologi tersebut Saya sempat rasai pengalaman hidup dunia sebelum wujud dunia cyber ni Komputer meja pertama ...
Suami Bagitahu Nak Kahwin Lagi Sebelum Dia Kahwin Saya Buat Macam Ni Dulu

Suami Bagitahu Nak Kahwin Lagi Sebelum Dia Kahwin Saya Buat Macam Ni Dulu

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 249 hits
Semua isteri akan marah apabila suami menyatakan hasrat untuk berkahwin lagi Ada sesetengah isteri akan merancang sesuatu untuk menggagalkan rancangan suami Ikuti kisah ini Assalamualaikum min Harap hide nama saya Nak bertanya pendapat deng...
Pemeriksaan Faraj Penting Sebelum Bersalin Bukan Doktor Seluk Suka Suka

Pemeriksaan Faraj Penting Sebelum Bersalin Bukan Doktor Seluk Suka Suka

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 130 hits
Istilah seluk menjadi seakan trauma buat ibu yang bakal melahirkan anak namun ia perlu dilalukan untuk memeriksa laluan serviks Pemeriksaan faraj dilakukan apabila usia kandungan wanita hamil mencecah 9 bulan Ia dilakukan untuk memeriksa ke...
Kemenag Ingatkan Jemaah Pemegang Visa Non Haji Segera Tinggalkan Arab Saudi Sebelum Dideportasi

Kemenag Ingatkan Jemaah Pemegang Visa Non Haji Segera Tinggalkan Arab Saudi Sebelum Dideportasi

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 209 hits
Pemerintah Arab Saudi meminta jemaah pemegang visa umrah 1445 H harus meninggalkan Arab Saudi sebelum 29 Zulkaidah atau 6 Juni 2024
Saifuddin Belum Buat Keputusan Tanding Pemilihan Pkr

Daganghalal Strengthens Its Global Halal Trade Foothold At Gulfood 2025

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Leadership In Building A Startup

Cara Periksa Homestay Scammer

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Buy Diamond Pendants In Malaysia Discover Elegance At Diamond Talk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Majoriti Lelaki Berpoligami Mengaku Terbeban

Dana Disedia Untuk Mobile Stokist Berpremise

Heavy Storm Hits Sekinchan Tanjong Karang

For Airborneo Business Viability Just As Important As Public Service Says Expert

Is White Bread Just As Healthy As Brown

Maksud Umrah Cara Mengerjakan Ibadah Umrah