Teliti Lima Aspek Elak Kerjasama Politik Berkecai



ALOR SETAR - UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu memanfaatkan tempoh gencatan politik untuk meneliti lima aspek yang berkemungkinan menjadi punca keretakan kerjasama politik di antara kedua-dua parti itu.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tempoh bertenang itu akan memberi masa secukupnya untuk kedua-dua parti itu mengkaji kelemahan dan tuntutan yang bakal dihadapi kelak.

Menurutnya, berdasarkan kajian berkaitan kehancuran beberapa kerjasama politik sebelum ini, lima aspek utama itu berpotensi memutuskan mana-mana kerjasama politik sekiranya gagal ditangani.

“Agihan jawatan kerajaan seperti jawatan Menteri, Menteri Besar/Ketua Menteri, jawatan Ahli Exco Kerajaan Negeri dan sebagainya. Seeloknya diwujudkan satu formula jelas yang dipersetujui secara bersama dan seboleh-bolehnya mengambil kira bilangan kerusi dimiliki setiap parti politik,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kamarul Zaman berkata, agihan yang adil penting bagi mengelak ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

“Contohnya, penetapan kuota enam wakil Pas dan tiga wakil Semangat 46 (S46) untuk lantikan politik bagi segenap peringkat di Kelantan sebagaimana yang pernah diputuskan kerajaan Kelantan pada Oktober 1990,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, aspek kedua yang mampu memporak-perandakan kerjasama politik adalah agihan kerusi pilihan raya sama ada kerusi Parlimen mahupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, satu formula jelas yang dipersetujui bersama perlu diwujudkan dengan mengambil kira prestasi yang ditunjukkan setiap parti politik dalam pilihan raya sebelumnya bagi mengelak rasa tidak puas hati khususnya pihak yang memenangi kerusi berkenaan.

"Antaranya menetapkan formula khusus yang boleh dibuat ialah parti politik yang memenangi undi terbanyak di sesuatu kerusi dalam pilihan raya sebelumnya hendaklah diberi keutamaan meletakkan calon di kerusi terbabit melainkan wujudnya pertukaran suka sama suka.

“Aspek lain termasuklah kuasa memilih penjawat awam bagi jawatan kerajaan dan calon pilihan raya. Seboleh-bolehnya perlu mengambil kira kehendak akar umbi setiap parti politik bagi mengelak ketidakpuasan hati mana-mana pihak, selain menetapkan peraturan jawatan kerajaan dan calon pilihan raya hendaklah daripada nama-nama yang dicalonkan oleh setiap parti politik,” katanya.

Sementara itu, Kamarul Zaman turut mengakui tindakan disiplin ke atas ahli-ahli parti rakan juga boleh menjadi pencetus ketegangan.

Justeru, katanya, perlembagaan setiap parti politik gabungan juga perlu diambil kira dan berkemungkinan satu badan boleh diwujudkan secara bersama untuk menangani aduan atau ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli parti terhadap ahli parti politik rakan sebelum diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti politik masing-masing.

"Malah aspek mobilisasi antara ahli-ahli parti juga tidak wajar dipandang remeh. Setiap parti perlu ambil kira sensitiviti parti politik rakan, contohnya tetapkan peraturan atau larangan ke atas parti politik daripada mengambil bekas ahli atau pemimpin parti politik rakan sebagai ahlinya.

"Jadi dengan mewujudkan garis panduan yang lebih jelas, termasuk saluran perbincangan rasmi serta penubuhan jawatankuasa penyelaras di segenap peringkat, ia pasti dapat mengelakkan mana-mana kerjasama politik berdepan masalah," katanya.

Rabu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani koronavirus (Covid-19) diberi keutamaan dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan.

Begitupun, pengumuman itu agak mengejutkan sebahagian pemerhati politik kerana sebelum itu, Biro Politik UMNO menuntut syarat baharu bagi meneruskan kerjasama antara UMNO dengan Perikatan Nasional (PN) dan desakan itu berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan majoriti yang didakwa dimilikinya.

#Sumber : SH  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/teliti-lima-aspek-elak-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Punca Utama Kehancuran Kerjasama Politik

Lima Punca Utama Kehancuran Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 172 hits
Berdasarkan kajian saya ke atas kehancuran beberapa kerjasama politik sebelum ini ada lima isu utama yang sangat berpotensi untuk memutuskan mana mana kerjasama politik iaitu Agihan jawatan kerajaan seperti jawatan Menteri jawatan Menteri B...
Agong Minta Ahli Politik Bermuhasabah Elak Negara Kembali Ke Kancah Politik Tak Menentu

Agong Minta Ahli Politik Bermuhasabah Elak Negara Kembali Ke Kancah Politik Tak Menentu

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 297 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua masih berdepan ancaman pande...
Rombak Kabinet Elak Gencatan Politik

Rombak Kabinet Elak Gencatan Politik

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 218 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka melakukan rombakan Kabinet sekiranya beliau berjaya mencapai kata sepakat dengan beberapa parti politik susulan kemelut dalaman kerajaan Perikatan Nasional ketika ini Penganalisis ...
Mampu Kah Umno Bersendirian Tanpa Kerjasama Politik Dengan Pn

Mampu Kah Umno Bersendirian Tanpa Kerjasama Politik Dengan Pn

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 309 hits
Add captionMampukan UMNO bersendirian masuk PRU 15 tanpa kerjasama dengan PN Itu lah persoalan yang diperdebatkan penganalisis dan pemerhati politik selepas UMNO pertimbang menarik diri menyokong kerajaan PN dan meletakkan syarat baru jika ...
Umno Kekal Sokong Pn Gesa Tambah Baik Kerjasama Politik

Umno Kekal Sokong Pn Gesa Tambah Baik Kerjasama Politik

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 306 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 12 42 amMesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus...
Dap Sedia Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Untuk Lanjutan Moratorium

Dap Sedia Kerjasama Dengan Semua Parti Politik Untuk Lanjutan Moratorium

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 185 hits
Pada 28 Oktober 2020oleh PENTADBIRDAP bersedia untuk bekerjasama dengan semua parti bagi menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya melanjutkan moratorium pinjaman bank secara automatik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata lanjuta...
Angkat Politik Nilai Pkr Terbuka Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Politik Anwar Ibrahim

Angkat Politik Nilai Pkr Terbuka Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Politik Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 181 hits
489 total views 489 views today KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat sedia bekerjasama dengan mana mana ahli politik yang mahukan sebuah sistem bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai Presidennya Datuk Se...
Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

Umno Umum Gencatan Politik Dukung Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Umno hari ini mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid 19 dan membantu rakyat yang susah akibat hambatan ekonomi dapat diutamakan Presiden Zahid Hamidi juga mengumumkan Umno mendukung kerajaan Perika...
In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Siapalah Punya Kerja

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Rumah Terbuka Tc Metal Care

Has Pn Behaved Ungentlemanly By Wanting To File A Petition After Its Face Losing Defeat In Kkb S By Election

Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord