Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40



YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.

Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.

Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.

“Guru adalah barisan terbaik bagi mengenal pasti keluarga ini.

“Guru memainkan peranan penting dalam usaha membantu pelajar dalam kelas selain kerap meluangkan masa, tenaga dan ilmu bagi membantu pelajar mereka.

“Selain itu, guru dan ibu bapa juga harus bekerjasama rapat bagi membolehkan pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dari rumah dengan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Menurutnya, sejak dilancarkan dua minggu lalu, pekerja YTL Communications bekerja sepanjang masa bagi menguruskan permohonan mendapatkan kad SIM YES 4G percuma itu.

“Yayasan YTL amat memahami kesukaran dilalui kebanyakan keluarga di Malaysia terutama mereka dari golongan B40 ketika dunia dan negara kita sedang menghadapi ujian berat berikutan penularan wabak Covid-19.

“Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi, namun dalam apa jua cabaran yang dihadapi, YTL Foundation tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutama kepada mereka yang memerlukan.

“Ketika memproses permohonan berkenaan, YTL Communications tertarik dengan satu permohonan seorang ibu tunggal di sebuah perkampungan nelayan di Labuan, Sabah yang disertai dengan sekeping gambar tiga anak kecil sedang memegang sijil kematian ayah mereka.

“Gambar itu disertakan dalam borang permohonan ibu tunggal ini kerana dia tidak pasti jika anak-anaknya layak menerima kad SIM yang ditawarkan kerana suaminya meninggal dunia.

“Apa yang menyayat hati, dia kehilangan kerja baru-baru ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas dasar prihatin dan tanggungjawab sosial korporat, Yayasan YTL memberikan sebuah telefon pintar dengan kad SIM percuma seperti yang dipohon,” katanya.

Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.

“Saya membesar dalam keluarga yang sangat miskin dan guru sayalah yang membantu saya menamatkan pengajian.

“Saya mengalami anemia akibat kekurangan nutrisi dan guru sayalah yang menyedari perkara ini dan menghantar saya berjumpa doktor serta mencari penaja yuran persekolahan saya.

“Guru lain turut sama menyumbang bagi memastikan saya mendapat nutrisi harian yang mencukupi.

“Sebagai bekas guru dan seorang yang pernah mengalami sendiri kebaikan yang dicurahkan guru, saya yakin anda boleh percaya bahawa guru sentiasa mengutamakan kesejahteraan pelajar mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping berkata, ibunya juga adalah seorang guru.

“Kami membesar dengan melihat betapa dedikasinya ibu saya terhadap pelajarnya.

“Ibu akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar lemah mata pelajaran setiap hari selepas waktu persekolahan, namun kelas tambahan tidak akan bermula selagi pelajar tidak diberikan makanan terlebih dulu kerana dia tahu ramai antara mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makan tengah hari yang baik.

"Kami menghormati semua guru dan kami percaya mereka dapat membantu kami bagi mengenal pasti pelajar yang paling memerlukan untuk menerima tawaran percuma ini," katanya.

Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/telefon-pintar-percuma-untuk-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Ialah Telefon Pintar Dengan Papan Kekunci Fizikal 5g Pertama Dunia

Ini Ialah Telefon Pintar Dengan Papan Kekunci Fizikal 5g Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 305 hits
Sudah 12 tahun iPhone dilancarkan dan mengubah rekaan telefon mudah alih dari penggunaan papan kekunci fizikal ke atas skrin sepenuhnya Sungguhpun begitu masih terdapat sebilangan kecil pengguna yang masih memerlukan peranti dengan papan ke...
Ini Adalah Antara Telefon Pintar Yang Bakal Hadir Pada Suku Kedua 2020

Ini Adalah Antara Telefon Pintar Yang Bakal Hadir Pada Suku Kedua 2020

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 210 hits
Arena telefon pintar berkembang pesat dari hari ke hari dan dengan suku kedua 2020 yang telah bermula kini semestinya ramai ingin mengetahui apakah peranti baru yang bakal hadir tidak lama lagi Pada video kali ini kami menyenaraikan sejumla...
Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Penghalang Untuk Pelajar Sekolah Belajar Di Rumah

Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Penghalang Untuk Pelajar Sekolah Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 421 hits
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu telah mengakibatkan penutupan semua sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian sekolah berasrama penuh dan sekolah antarabangsa Kesannya sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada...
Lg Mungkin Berhenti Menggunakan Nama Siri G Untuk Telefon Pintar

Lg Mungkin Berhenti Menggunakan Nama Siri G Untuk Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 231 hits
LG sedia mempunyai penawaran peranti mercu mereka dibawah siri G dan juga siri V Terbaru hadir laporan mengatakan LG mungkin berhenti menggunakan nama siri G tidak lama lagi Hal ini dikatakan selari dengan perubahan visi dibawah tampuk peng...
Oppo Find X2 Pro 5g Telefon Pintar Sesuai Untuk Pemain Permua Jurugambar Dan Kegunaan Harian

Oppo Find X2 Pro 5g Telefon Pintar Sesuai Untuk Pemain Permua Jurugambar Dan Kegunaan Harian

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 171 hits
Kini telefon pintar bukan sahaja sekadar alat komunikasi yang biasa kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memenuhi keperluan harian pengguna Seiring dengan era globalisasi yang semakin canggih dan moden rekaan dan spesifikasi untuk...
Covid 19 Malaysia Siapkan Aplikasi Telefon Pintar Kesan Pergerakan Individu

Covid 19 Malaysia Siapkan Aplikasi Telefon Pintar Kesan Pergerakan Individu

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 231 hits
Malaysia sedang menyediakan aplikasi telefon pintar yang boleh mengesan pergerakan individu dalam usaha mengekang penularan COVID 19 kata Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Beliau berkata aplikasi serupa telah dilancarkan...
Ytl Foundation Beri Bantuan Telefon Dan 120gb Internet Percuma

Ytl Foundation Beri Bantuan Telefon Dan 120gb Internet Percuma

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 1184 hits
Sebagai salah satu inisiatif Belajar Dari Rumah YTL Foundation telah bekerjasama dengan YES dan FrogAsia dalam penyediaan data dan bahan pembelajaran selaras dengan sukatan pembelajaran Malaysia supaya para pelajar di sekolah kerajaan dapat...
Nike Adapt Auto Max Dilancarkan Kasut Swaikat Yang Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

Nike Adapt Auto Max Dilancarkan Kasut Swaikat Yang Dikawal Menggunakan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 206 hits
Pada tahun 2016 dilancarkan sebagai kasut swaikat pertama keluaran mereka Yang menjadikan MAG menarik ialah pada asalnya ia sekadar kasut fantasi dari filem Back To The Future Ini diikuti pula oleh Adapt BB dan Adapt Huarache Pada hujung mi...
Telefon Pintar Dengan Kamera 192 Megapixel Mungkin Hadir Akan Dalam Masa Terdekat

Telefon Pintar Dengan Kamera 192 Megapixel Mungkin Hadir Akan Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 159 hits
telefon pintar dengan kamera 100 Megapixel akan menjadi realiti sebelum berakhirnya 2019 Ini menjadi realiti dengan pelancaran Tetapi tahun ini telefon pertama dengan kamera 200 Megapixel semakin hampir menjadi realiti Menurut Digital Chat ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik