Teksi Hanya Dapat Rm10 Sehari Bukan Biadap Tapi



BEBERAPA pemandu teksi menunggu penumpang di Terminal Feri Langkawi di Kuah, semalam. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI


Pendapatan pemandu teksi Pulau Langkawi terjejas teruk.


LANGKAWI 23 Okt. - Hanya RM10, itu jumlah yang diperolehi seorang pemandu teksi, Senapi Mustapa, 71, selepas lebih 10 jam menanti dan berlegar-legar di sekitar Terminal Feri Langkawi di sini, hari ini.Senapi atau dikenali sebagai Pak Napi perlu menerima hakikat hanya itu jumlah pendapatannya hari ini meskipun seawal pukul 6 pagi sudah keluar rumah untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.Bukan hanya Senapi yang le­bih 40 tahun memandu teksi perlu menghadapi hakikat itu, malah pemandu-pemandu lain di pulau peranginan itu turut mengakui pendapatan mereka terjejas teruk dalam tempoh dua tahun ini ter­utama selepas kewujudan perkhid­matan e-hailing Grab.“Hari ini, pukul 6 pagi sudah keluar rumah menanti di lapangan terbang seterusnya di terminal ini. Namun setakat pukul 4 petang ini hanya dapat seorang penumpang. Nasib baik dapat juga RM10 hari ini, sebelum ini pernah satu sen pun tidak dapat.“Sejak kewujudan Grab, kami pemandu teksi susah hendak cari makan. Orang ramai bukan lagi hendak naik teksi, tetapi lebih selesa memilih Grab. Jika dahulu pendapatan harian saya boleh mencecah ratusan ringgit, hari ini hendak dapat RM50 pun susah,” luah warga emas itu ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.Situasi sama turut dikongsi seorang lagi pemandu teksi, Hamizi Che Mid, 45, yang me­ngakui pendapatannya terjejas teruk sejak akhir-akhir ini.Katanya yang sudah 18 tahun mencari rezeki memandu teksi, jika dahulu dia mampu memperoleh lebih RM200 sehari, sekarang hendak dapat RM50 pun sangat sukar meskipun menanti pelanggan sehingga te­ngah malam.“Saya masih mempunyai empat anak yang bersekolah, sewa rumah dan pelbagai hutang lain. Dengan pendapatan yang kecil ini tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.Ahmad Sidek Ani, 59, pula berkata, dahulu Pakatan Harapan berjanji membantu menyelesaikan masalah pemandu teksi yang terpaksa bersaing dengan perkhidmatan Grab.“Saya harap kerajaan dapat membantu pemandu teksi. Kalau pendapatan harian hanya RM10 atau RM20 bagaimana kami hendak teruskan kehidupan,” katanya. (Utusan)Bukan biadab, hanya menuntut janji – Pemandu teksiLANGKAWI 23 Okt. – Tindakan segelintir pemandu teksi yang keluar dewan pada majlis dialog bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini bukan biadab, sebaliknya menggambarkan kekecewaan mereka apabila Perdana Menteri gagal menunaikan janji untuk mem­bela nasib golongan tersebut.Ahli Jawatankuasa Persa­tuan Teksi Langkawi, Dahlim Ibrahim, 62, yang turut berada dalam majlis itu berkata, mereka yang meninggalkan dewan itu bukan diupah seperti dakwaan sesetengah pihak, sebaliknya pemandu teksi yang merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan (PH).Katanya, sudah tentunya mereka dan pemandu teksi lain yang hampir 98 peratus adalah penyokong PH pada pilihan raya lalu berhak merasa kecewa apabila kerajaan gagal menunaikan janji mereka.“Dalam majlis itu, selepas Dr. Mahathir me­nge­luarkan kenyataan ti­dak ada jaminan untuk menyelesaikan masalah ini, menye­babkan beberapa pe­mandu teksi terbabit protes. Tidak silap saya hanya dalam lima atau enam orang sahaja yang bertindak keluar dewan pada masa itu.“Masyarakat tidak boleh sa­lahkan mereka, apabila kami berada dalam keadaan tertekan yang mana pendapatan kami semakin terjejas, kadang-ka­dang dapat tidak sampai RM10, kerajaan yang kami sokong sebelum ini gagal memainkan peranan dengan berkesan.“Kami bukan biadab seperti didakwa oleh pelbagai pihak, sebaliknya hanya menuntut janji,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.Tambahnya, dia juga kesal dengan pihak penganjur majlis itu, Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia) yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang membuat protes itu adalah diupah.Seorang lagi pemandu teksi yang berada dalam majlis tersebut, Syarifah Shafie, 49, memberitahu, mereka hanya protes selepas tidak berpuas hati dengan jawapan Dr. Mahathir bahawa kerajaan tidak memberi jaminan akan menyelesaikan masalah tersebut.“Individu yang protes itu pula merupakan penyokong kuat Dr. Mahathir yang turut sama berkempen sebelum ini untuk melihat perubahan di negara ini.Malah ketika Dr. Mahathir menang dulu, mereka ini sangat gembira sehingga menyediakan perkhidmatan percuma kepada penumpang selama beberapa hari.“Hari ini, apabila jadi kerajaan, janji hanya tinggal janji, malah lebih teruk daripada kerajaan sebelum ini,” katanya. (Utusan)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/10/teksi-hanya-dapat-rm10-sehari-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Dapat Sehari Rm10 Pun Susah Luahan Pemandu Teksi

Nak Dapat Sehari Rm10 Pun Susah Luahan Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 296 hits
Memang patut la diaorang marah apa sahaja yang perlu dibayar untuk halal membawa teksi dah dilunaskan tapi pulangannya tidak berbaloi LANGKAWI 23 Okt Hanya RM10 itu jumlah yang diperolehi seorang pemandu teksi Senapi Mustapa 71 selepas lebi...
Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

Saya Mohon Maaf Hanya Risau Keadaan Keluarga

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 405 hits
MALAYSIAKINI Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal perasaannya semasa diwawancara Al Jazeera bagi program 101 East pagi tadi Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya risau dengan keadaan isterinya Datin Seri Rosmah...
Majlis Perjumpaan Tun Mahathir Kecoh Diganggu Pemandu Teksi Biadap

Majlis Perjumpaan Tun Mahathir Kecoh Diganggu Pemandu Teksi Biadap

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 369 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadap dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu perkhidmatan e hailing Loading func...
Kami Bukan Biadab Hanya Menuntut Janji Pemandu Teksi Langkawi

Kami Bukan Biadab Hanya Menuntut Janji Pemandu Teksi Langkawi

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 329 hits
LANGKAWI 23 Okt Tindakan segelintir pemandu teksi yang keluar dewan pada majlis dialog bersama Tun Dr Mahathir Mohamad baru baru ini bukan biadab sebaliknya menggambarkan kekecewaan mereka apabila Perdana Menteri gagal menunaikan janji untu...
Pemerintah Jangan Hanya Fokus Benih Berkualitas Tapi Juga Pasar Pembeli Hasil Panen

Pemerintah Jangan Hanya Fokus Benih Berkualitas Tapi Juga Pasar Pembeli Hasil Panen

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 281 hits
Pemerintah diharapkan tidak hanya mendorong pengembangan benih berkualitas lalu mendistribusikan kepada petani tapi juga memastikan bahwa varietas padi yang dihasilkan nanti akan terserap oleh pasar
Pengamat Jokowi Kesal Karena Berharap Menang Mutlak Tapi

Pengamat Jokowi Kesal Karena Berharap Menang Mutlak Tapi

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 297 hits
Berita Islam 24H Presiden Joko Widodo mengaku kelepasan saat melontarkan kata kata politikus sontoloyo saking kesalnya terhadap cara cara politik kotor Kelepasan Jokowi tersebut dinilai sebagai bentuk ketidaksamaan antara harapannya dengan ...
Janji Nak Hapus Ptptn Tapi Yuran Pengajian Naik Najib

Janji Nak Hapus Ptptn Tapi Yuran Pengajian Naik Najib

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1416 hits
Oh naik yuran Dijanjikan hapus PTPTN yang dapat apa Sindiran dan kritikan kerana tak bayar PTPTN Dijanjikan pendidikan percuma yang dapat apa Yuran universiti dinaikkan Menteri sibuk dgn warna kasut dan stokin Penasihat pula ke London buat ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik