Teks Ucapan Penuh Perutusan Khas Pm Muhyiddin



PERUTUSAN KHAS YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI 4 OGOS 2021

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera Apa khabar semua?

Saya harap saudara dan saudari sekalian sihat wal afiat.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada saudara dan saudari sekalian kerana dalam keadaan negara kita sedang berhadapan dengan cabaran besar menangani pandemik Covid-19, saya terpaksa tampil menjelaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri.

Semalam saya telah menerima warkah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang memaklumkan kepada saya terdapat lapan orang Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepada saya.

Di dalam warkah ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pertama, Perkara 43 (2) (a) iaitu:

“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu”; dan

Kedua, Perkara 43 (4) iaitu:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Sehubungan itu, saya telah dititah menghadap oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada jam 11.00 pagi hari ini.

Dalam majlis menghadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat pada masa ini.

Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit.

Namun, saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai Perdana Menteri seringkali dipersoalkan. Maka, saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada bulan September.

Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan. Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini.

Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19. Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual.

Begitu juga bantuan-bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan.

Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh.

Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Saya juga telah dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah s.w.t dan kepada-Nya jua lah kita berserah.

Faiza azamta fa tawakkal ala Llah. Wabillahi al-taufik wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/teks-ucapan-penuh-perutusan-khas-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Sidang Khas Parlimen Tentukan Kedudukan Muhyiddin 18 Ogos Ini

Terkini Sidang Khas Parlimen Tentukan Kedudukan Muhyiddin 18 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 200 hits
August 11 2021 Satu mesyuarat khas Parlimen difahamkan akan diadakan pada 18 Ogos ini Sumber seorang Ahli Parlimen memberitahu sidang khas tersebut adalah untuk membentang membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri T...
Najib Bidas Muhyiddin Dapur Rakyat Penuh Dengan Bantuan Adalah Tidak Benar

Najib Bidas Muhyiddin Dapur Rakyat Penuh Dengan Bantuan Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 282 hits
Najib bidas Muhyiddin Dapur Rakyat penuh dengan bantuan adalah tidak benar Bekas Perdana Menteri Najib Razak membidas kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengatakan dapur rakyat sudah penuh dengan bantuan kerajaan Beliau berkata...
Zahid Cabar Muhyiddin Panggil Sidang Khas Segera Buktikan Majoriti

Zahid Cabar Muhyiddin Panggil Sidang Khas Segera Buktikan Majoriti

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 245 hits
Zahid mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika benar kerajaan Muhyiddin memp...
Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

Tarik Sokongan Dari Pn Muhyiddin Umno Perak Sokong Penuh Keputusan Mkt

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 206 hits
IPOH Badan Perhubungan UMNO Perak menyokong penuh keputusan menarik sokongan dari Perikatan Nasional dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad berkata ia selaras dengan Fasal 3 3 Perl...
Muhyiddin Tidak Mengaku Derhaka Beri Alasan Pertahan Perlembagaan

Muhyiddin Tidak Mengaku Derhaka Beri Alasan Pertahan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 184 hits
August 4 2021 Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyelar tuduhan derhaka kepada raja yang dilemparkan padanya Sedangkan kata anggota parlimen Pagoh apa yang dilakukannya semata mata untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan ...
Muhyiddin Dipercayai Menghadap Yang Di Pertuan Agong

Muhyiddin Dipercayai Menghadap Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 230 hits
MUHYIDDIN Yassin sempat melambai ke arah media yang berhimpun di luar pekarangan kediaman beliau di Bukit Damansara KUALA LUMPUR Sebuah kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari pekarangan kediamannya di Jalan S...
Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Campuri Urusan Mahkamah

Muhyiddin Dakwa Zahid Minta Campuri Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 219 hits
August 4 2021 Perdana Menteri mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan ketegasan beliau tidak melayan beberapa tuntutan sehingga mencetuskan kemelut politik Ia termasuk desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan ...
Panas Ismail Sabri Buat Sidang Media Hari Ini Dijangka Dedah Mp Sokong Muhyiddin

Panas Ismail Sabri Buat Sidang Media Hari Ini Dijangka Dedah Mp Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 217 hits
August 4 2021 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu pengumuman penting melalui sidang media khas pada jam 4 petang ini Sumber dalaman UMNO berkata Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO difahamkan ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska Punca Kematian Disiasat

N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force