Teh Kecilkan Paha Dan Lengan Produk Tempatan Memang Suka Perbodohkan Konsumer
Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan dan lemak berlebihan, mereka sanggup berbuat apa saja termasuklah menghabiskan wang membeli produk pelangsingan. Namun, 2 perkara sahaja yang mereka tak sanggup lakukan, luangkan masa untuk bersenam dan menjaga pemakanan.
Dan ketika inilah datangnya produk-produk pelangsingan yang menjanjikan hasil yang tidak munasabah. Antaranya adalah kurus tanpa bersenam dan tak perlu berdiet. Lebih buruk, ada yang menjual teh yang boleh menghilangkan lemak atau menguruskan bahagian-bahagian tertentu badan. Sangat menyedihkan apabilia 95% yang tertipu dengan produk ini adalah wanita yang terdesak mahukan hasil cepat tanpa usaha.
Adakah ia benar, atau hanya pelan pemasaran yang memperdaya pengguna yang terdesak untuk kurus, membuatkan mereka produk mereka tersangat laris, tetapi tak ubah seperti teh o panas di kedai mamak?
Kecilkan / hilangkan lemak di bahagian tertentuPerlu diketahui mengapa teh-teh seperti teh kecilkan peha dan lengan itu memilih dua bahagian ini untuk dijadikan pelan pemasaran. Ia adalah kerana 2 kawasan ini biasanya berlemak bagi wanita, dan wanita akan lebih tertarik dengan taktik ini.
Badan manusia adalah satu organisma yang sangat kompleks dan kita tak boleh tentukan di bahagian badan mana yang boleh kita kurangkan atau tambahkan lemak! Dan lebih menyedihkan apabila kawasan yang paling mudah untuk menjadi berlemak, adalah kawasan terakhir untuk hilang lemak.
Antara fungsi lemak dalam badan adalah sebagai tenaga dan sebelum menjadi tenaga, ia perlu melalui beberapa proses. Lemak disimpan dalam badan sebagai trigliserida, akan dipecahkan kepada asid bebas lemak dan gliserol, dan dibawa ke saluran darah untuk dijadikan “minyak petrol” kepada badan.
Dan, ini yang paling penting, lemak yang diambil sebagai tenaga, akan diambil secara rawak, dan bukannya bahagian-bahagian tertentu seperti peha dan lengan. Dan bukan juga di anggota badan yang anda selalu gunakan, contoh jika anda selalu berjogging, tak semestinya peha anda akan kecil.
Satu kajian dijalankan pada tahun 1970 oleh saintis Universiti California terhadap anggota badan pemain tenis. Walaupun atlet tenis hanya menggunakan sebelah tangan dominan (kiri atau kanan), namun lemak subkutaneus (lapisan lemak paling atas) di antara kedua-dua lengan adalah sama. Kajian pada tahun 2007 oleh Universiti Connecticut juga mendapat hasil yang sama.
Ini bermakna jika bersenam setiap hari pun tak dapat tentukan bahagian mana yang akan kurus, apatah lagi dengan hanya meminum teh! Tak masuk akal.
Menurut ahli fisiologi senaman, Brooke Norgate, faktor-faktor yang menentukan di mana lemak anda akan hilang terlebih dahulu adalah jantina, genetik dan bentuk badan. Jelas di sini setiap orang mempunyai cara yang berbeza dari segi kehilangan lemak badan.
“Sesetengah wanita mempunyai bentuk badan epal (lemak tersimpan di bahagian tengah badan), dan sesetengah berbentuk pir (lemak tersimpan di pinggang dan punggung. Kebanyakan lelaki juga mempunyai bentuk badan seperti epal,” – Brooke Norgate
Menurut beliau lagi, kemungkinan ramai daripada wanita mempunyai bentuk badan pir disebabkan buah dada, punggung dan hormon yang mana lebih berlemak di bahagian-bahagian ini kerana proses kehamilan.
Jadi, adakah teh pel4ngsingan itu berkesan?
Malangnya, apa yang didakwa oleh pengeluar dan penjual produk teh pelangsingan ini adalah jauh daripada kebenaran sebenar. Teh-teh atau minuman seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kesan dan hanya memperdayakan pengguna.
Jom kita selami bagaimana teh pel4ngsingan ini berkesan (kita anggap ia berkesan). Bahan-bahan yang biasa digunakan dalam teh-teh ini adalah :
SennaRhubarb rootAloeBuckthorn,CascaraCastor OilDandelion leafCassiaBurdockCatsiaPrunellaKesemua bahan ini adalah julap dan/atau diuretik. Julap akan menghilangkan air dalam badan dengan cepat dengan meningkatkan kekerapan buang air besar dan tambahkan saiz najis (tahi), manakala diuretik pula meningkatkan penghasilan air kencing.
Pengurangan berat badan “palsu”Anda akan rasa berat anda semakin menurun, dan menyangkakan bahawa teh ini betul-betul berkesan, namun realitinya anda tertipu. Apa yang anda hilang adalah air semata-mata, dan badan anda masih berlemak seperti dahulu. Air yang hilang melalui kencing dan berak membuatkan anda rasa anda semakin kurus, ini yang dipanggil kurang berat badan palsu.
Selain itu, badan anda akan kehilangan kebolehan untuk “membuang” dengan sendiri dan bergantung kepada bahan julap daripada minuman tersebut. Ini akan menyebabkan masalah kesihatan.
Tiada bukti saintifik dapat membakar lemak / kurangkan berat badanSehingga kini masih tiada bukti saintifik bahawa teh ini mampu mengurangkan berat badan atau mengecilkan badan. Yang pasti, kehilangan air dalam badan. Pengeluar dan penjual hanya menggunakan testimoni murahan seperti perbandingan gambar yang boleh direka-reka, serta menggunakan model yang bertubuh langsing dan kecil bagi memperdaya pengguna.
Lebih teruk, testimoni perbualan whatsapp. Jika anda bijak, pasti anda tak akan tertipu dengan testimoni seperti ini. Jangan terlalu terdesak sehingga merugikan diri sendiri. Duit habis, badan tak kurus-kurus.
Badan akan menjadi kekurangan zatDisebabkan air yang banyak diserap oleh tahi dan keluar melalui saluran kencing, badan anda akan kekurangan air untuk usus anda gunakan. Badan anda akan menjadi sangat kering, membuatkan nutrien penting tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan membuatkan anda berasa lapar dan makan dengan berlebihan.
Penyalahgunaan herba
Menurut prinspi asas Perubatan Tradisional China (TCM), penggunaan setiap herba memerlukan herba yang lain untuk menghasilkan keseimbangan. Satu-satu herba itu memerlukan herba yang lain bagi membolehkan mereka bekerjasama memberikan manfaat kepada badan.
Namun terlalu banyak pengeluar teh langsing ini langsung tidak mempunyai ilmu mengenai herba dan menggunakan terma “diperbuat daripada herba” bagi melariskan produk. Padahal mereka hanya mencampurkan herba tanpa memahami bagaimana herba-herba tersebut berinteraksi antara satu sama lain.
Sebagai hasilnya, pengguna akan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan akibat tipu daya pengeluar dan penjual.
Boleh sebabkan kematianJika anda lihat pada pembungkusan teh tersebut pasti tertulis amaran tidak boleh digunakan oleh wanita hamil. Selain daripada masalah di atas, teh ini boleh menyebabkan cirit-birit yang berterusan dan kekejangan pada perut, yang boleh mengakibatkan kematian.
KonklusiSebagai pengguna bijak, janganlah anda terlalu terburu-buru dan mempercayai scam seperti ini yang tak sepatutnya. Anda tak perlu jadi saintis untuk tahu dakwaan teh-teh ini semuanya palsu, hanya perlu ambil kisah. Ingat, bukan mudah untuk cari duit, apatah lagi untuk bazirkan pada benda yang menawarkan janji palsu.
Rujukan :
1. Natural Warrior Tea
2. Womens Health
3. ABC
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Jualan Baju Raya Dah Bermula!!!
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ohsemput.blogspot.com/2019/02/teh-kecilkan-paha-dan-lengan-produk.html