Teguran Buat Ahli Sufi Tersimpang Matlamat Sa Id Hawwa




Tesimpang Matlamat

(1)     Imam Said Hawwa ada mencatatkan catatan yang menarik untuk diteladani buat para penyelusur jalan-jalan kesufian. Antaranya dalam kitab Tarbiyyatuna ar Ruhiyyah.

Dalam kitab ini ada mengulas tentang mimpi, kasyaf, ilham dan karamah mengikut perspektif Islam serta pelbagai salah faham yang ada di sekitarnya.

(2)     Antara yang dinyatakan oleh beliau, seorang  yang berjalan menuju Allah S.W.T mungkin boleh alami mimpi yang benar, khasyaf, karamah dan ilham.

Akan tetapi semua itu bukanlah tunjuan bertasawwuf. Hanya sekadar petanda dia diterima oleh Allah SWT atau ‘bisyarah’ kepadanya menyebabkan dirinya merasa bahagia.

(3)     Kita perlu jelas matlamat bagi mereka yang mencari Allah, ialah keredhaan Allah S.W.T itu sendiri. Bukan bermatlamatkan kasyaf ilham mimpi dan karamah.

Pada masa yang sama, kita juga perlu faham tentang penyakit-penyakit yang menimpa para ahli sufi, iaitu tersimpangnya matlamat. Pada mulanya ingin mencari Allah, tiba-tiba terkejar-kejar kasyaf

(4)     Lantas apabila kasyaf yang diharapkan itu tidak dapat, dia akan meninggalkan amalan tersebut. Atas alasan tidak memberi apa apa faedah.

Lalu Imam Sa’id Hawwa R.A mengemukakan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa konsep mimpi ilham kasyaf dan karamah berlaku pada zaman Sahabat R.A.

Menunjukkan bahawa perkara-perkara ini benar-benar ada, tetapi ia tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi seorang yang ingin menyucikan dirinya.

Kefahaman dan ketegasan

(1)     Bahasa mudahnya kesilapan orang bertasawuf ialah bukan untuk Allah S.W.T ataupun menyucikan diri, tapi semata-mata nak mengejar karomah, kasyaf dan kelebihan-kelebihan pelik.

Imam Said Hawwa R.A mendatangkan ayat al-Quran yang menggambarkan bentuk larangan penyimpangan matlamat;
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِینَ یَدۡعُونَ رَبَّهُم بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِیِّ یُرِیدُونَ وَجۡهَهُۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَیۡنَاكَ عَنۡهُمۡ تُرِیدُ زِینَةَ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُۥ فُرُطࣰا

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.“
(al-Kahfi: 28)(2)     Imam Said Hawwa turut menceritakan lagi bahawa Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa karamah Syeikh Abdul Qadir al-Jilani diriwayatkan secara mutawatir.

Ibnu Taimiyah juga memuji Syeikh Abdul Qadir Jailani dengan pujian yang jarang dilakukan oleh orang lain. Menggambarkan bahawa beliau tidak menolak konsep ini.

Ini juga menunjukkan bahawa Ibnu Taimiyah hakikatnya tidaklah bercanggah ataupun melabelkan tasawuf itu sebagai ‘ayat acaq’ atau yang sewaktu dengannya.

(3)     Kita faham bagaimana pendekatan Ibnu Taimiyah yang agak tegas dalam meneliti periwayatan dan menolak khurafat yang melanda umat Islam ketika itu

Antaranya yang dibawa oleh anak-anak murid Ibnu Arabi yang membawa tasawuf filosof sehingga menyebabkan kejatuhan Khilafah Abbasiyah.

Beberapa salah faham

(1)     Sepertimana yang saya nyatakan, Imam Sa’id Hawa mendatangkan banyak contoh dan riwayat yang jelas tentang peristiwa-peristiwa kasyaf yang berlaku pada zaman Sahabat serta amalan-amalan yang mereka lakukan.

Antaranya beliau menyatakan bahawa dalam kehidupan para Sahabat kita banyak temui nas yang membicarakan tentang beberapa Sahabat R.A yang pernah melihat jin.

Alam jin ini merupakan sebahagian daripada alam ghaib. Ini menunjukkan bahawa kasyaf itu benar-benar terjadi. Tetapi para Sahabat R.A tidaklah pula beramal semata mata nak mengejar kasyaf.

(2)     Beliau menyatakan lagi sekiranya kita temui seorang yang melalui jalan sufi dengan kebenaran hingga ke penghujungnya, lalu dikurniakan karamah, itu tidaklah menjadi masalah

Yang masalahnya ialah, apabila seseorang yang terang terang mengikuti jalan yang sesat, tiba tiba mendakwa mempunyai karamah sebagai bukti kebenaran seruannya.

(3)     Di dalam bahagian yang lain, Imam Said Hawa menyatakan bahawa di dalam perbincangan mengenai kasyaf kami mengatakan bahawa etika seseorang yang menyelusuri jalan menuju Allah supaya tidak mengisytiharkan kasyafnya.

Dalam hal ini Ibnu Athaillah as-Sakandari menyatakan:تشوقك إلى ما بطن فيك من العيوب خير من تشوقك إلى ما حجب عنك من الغيوب

“Kamu melihat kepada kejelekan yang tersembunyi dalam hatimu itu lebih baik daripada kamu melihat kepada perkara-perkara lain yang menghalangimu”Sebagai gambaran, kesufian itu perlu memahami aulawiyat (keutamaan) dan tuntutan supaya meluruskan niat dalam bertasawwuf.

Timbangan
(1)     Seterusnya Imam Sa’id Hawwa ada menyenaraikan beberapa kesilapan-kesilapan sebahagian ahli sufi dalam permasalahan kasyaf.

a-     Sebahagian dari kalangan mereka menganggap kasyaf adalah sebagai dalil tambahan bagi al-Quran dan Hadis. Seolah-olah dengan kasyaf itu, menjadi huraian tambahan bagi al-Quran dan Hadis.
.
Ada pula yang menganggap bahawa semua yang diungkapkan oleh seseorang ahli sufi yang ‘berkasyaf’ itu wajib dibenarkan seolah-olah merupakan nabi yang baru.

Atau seakan-akan ada orang selain daripada Nabi S.A.W yang maksum ataupun seseorang yang bebas daripada kesalahan. Dalam hal ini nampak adanya sikap yang melampaui batas.

b-     Sebahagian sufi memperakui beberapa perkara atas alasan kasyaf menimbang dari sudut neraca syara’. Kesannya pada pengikut pengikut.

Imam Sa’id Hawwa mengatakan bahawa beliau pernah menemui pengikut-pengikut Syeikh yang mentaati apa pun yang dikatakan oleh syeikhnya.

Seakan-akan syeikhnya itu seorang yang maksum. Perlu ingat, ada juga kasyaf yang diberikan kepada seseorang sebagai istidraj yang kemudiannya diakhiri dengan keburukan.

Contohnya dalam kisah Bal’am yang diceritakan dalam beberapa ayat Surah al-A’raf sepertimana penafsiran ahli tafsir dan riwayat-riwayat israiliyyat ada keterangan tentang istidraj ini.

Teguran Imam Sa’id Hawwa

(1)     Selain daripada 2 bentuk kesilapan ahli sufi, beliau turut menyatakan lagi ada sebahagian ahli sufi yang terlajak kesufian sehingga meninggalkan kewajipan.

Mereka beranggapan bahawa apabila sudah mencapai tahap kasyaf, maka terlucutlah segala kewajipan-kewajipan syar’ie ke atasnya.

Seolah-olah kasyaf itu adalah satu kedudukan maqam. Apabila seseorang itu mencapai tahap tersebut, mereka tidak perlu lagi menunaikan kewajipan-kewajipan.

(2)     Antara yang disebut oleh Imam Said Hawwa kasyaf tidak menyebabkan lahirnya akidah yang baru tidak pula sebagai tambahan nas-nas yang sudah pun ada

Bukan pula sesuatu yang menjadi ‘sembahan’ umat dan umat ini tidak diwajibkan pun untuk membenarkan mana-mana kasyaf.

Namun tidak ada masalah untuk membenarkan kasyaf yang dialami oleh mana-mana orang yang dapat dipercayai, sekiranya sesuai dan selari dengan Nas al-Quran dan Sunnah.

(3)     Imam Said Hawwa menguatkan lagi kata-katanya, mengatakan bahawa umat ini tidak diwajibkan pun untuk membenarkan kasyaf yang dialami oleh ahli-ahli Sufi sekalipun mereka itu adalah orang yang jujur.

Ini kerana mereka bukan dari kalangan orang yang maksum terhadap perkara ghaib dan berkemungkinan adanya unsur ‘waham’ ataupun sangkaan semata-mata.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL
– HARAKAHDAILY 7/1/2020






5:40NOW PLAYING

Ustaz Azhar 2011-jawab isu Wahabi

Ahmad Deedaq218K views


15:21NOW PLAYING

Ustaz Datuk Abu Hasan Din - Apa Itu Wahabi

Ar-RahmanTV508K views


10:02NOW PLAYING

Wahabi Bodoh - Ustaz Azhar

pejuang sunni436K views


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/teguran-buat-ahli-sufi-tersimpang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid

Teguran Rasulullah Buat Ahli Masjid

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 478 hits
1 Dalam sebuah hadith Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman Sabda Rasulullah Akan datang pada manusia satu zaman mereka berkumpul dan menunaika...
Ini Dia 5 Cara Pandai Reseller Ahli Jualan

Ini Dia 5 Cara Pandai Reseller Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 298 hits
Topik kita kali ini yakni Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya income tambahan maka resell...
Beberapa Prinsip Penting Untuk Para Penjual Ahli Jualan

Beberapa Prinsip Penting Untuk Para Penjual Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 226 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Apabila Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pendapatan tambah...
Jadi Apa Tahap Tahap Biar Reseller Ahli Jualan

Jadi Apa Tahap Tahap Biar Reseller Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 252 hits
Kali ini kami akan jelaskan mengenai Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya penghasilan tambaha...
Memahami Rahasia Mudah Biar Ahli Jualan Why Not

Memahami Rahasia Mudah Biar Ahli Jualan Why Not

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 345 hits
Di postingan ini kami akan ulas berkaitan dengan Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Jika Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin memiliki pengh...
Trik Buat Seorang Pedagang Supaya Ahli Jualan

Trik Buat Seorang Pedagang Supaya Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 334 hits
Pembahasan kita kali ini yaitu Reseller merupakan pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pendapatan tambahan ...
Meninggalnya Ahli Sejarah Mc Ricklefs Dan Upaya Menjadikan Ratu Kalinyamat Pahlawan

Meninggalnya Ahli Sejarah Mc Ricklefs Dan Upaya Menjadikan Ratu Kalinyamat Pahlawan

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 188 hits
Wakil Ketua MPR Lestari Moerdijat turut berduka atas wafatnya ahli sejarah Indonesia asal Australia yakni Prof MC Ricklefs di Melbourne Minggu kemarin pukul 10 30 waktu setempat Ricklefs wafat pada usia 76 tahun
Viral Ahli Parlimen Jelirkan Lidah Kepada Peniaga Apa Puncanya

Viral Ahli Parlimen Jelirkan Lidah Kepada Peniaga Apa Puncanya

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 1113 hits
Apa pula ni Dah banyak kali Ohmedia perasan gambar ni lalu dekat sosial media Ohmedia maksudkan tentang gambar yang menunjukkan seorang Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Dr Tan Yee Kew yang telah menjelir lidahnya ke arah orang yang dikatakan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba