Tegak Berpaling Duduk Berkisar


OLEH AB JALIL BACKER
SEPANJANG perhimpunan tersebut pimpinan PAN beberapa minggu lalu, pemimpin parti tersebut teruk diasak dan dikritik oleh para perwakilan kerana gagal menunai janji dan cakap tidak serupa bikin. Kritikan dan sindiran tajam perwakilan tidak sukar difahami.
Mereka ini yang terdiri daripada pemimpin dan aktivis parti di peringkat pertengahan dan bawahan ini sedang berhadapan dengan tuntutan dan sindiran masyarakat. Hari ini rakyat menuntut janji daripada Pakatan Harapan (PH).
Mungkin tertekan dengan kritikan bertubi-tubi kepada kerajaan, Khalid memilih untuk menjawab secara keras, kasar dan memberi maklumat-maklumat yang mengelirukan.
Adalah sangat mengecewakan bahawa cara Khalid menjawab bukan sahaja tidak membantu perwakilan meredakan kemarahan masyarakat, malah menimbulkan kontroversi baharu.
Antara kritikan yang diutarakan ialah janji penghapusan tol, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam menjawab isu-isu ini Khalid Samad mendakwa PH tidak dapat menunaikan janji kerana kerajaan tidak ada wang. Hutang kerajaan mencecah RM1 trilion bukannya RM600 bilion seperti yang didakwa oleh Barisan Nasional.
Beliau medakwa kerajaan tidak boleh menjadi seperti Tabung Haji bayar dividen walau rugi. Hakikatnya TH tidak rugi ketika bayar dividen.
Khalid tidak faham isu penyusutan aset dengan keuntungan yang dijana. Kemuncak kepada ucapan yang penuh emosi dan meninggi suara tersebut beliau menggunakan sirah Nabi Muhammad SAW bagi menghalalkan tindakan kerajaan tidak menunaikan janji manifesto.
Menurut Khalid penangguhan dan pemungkiran janji manifesto ini sama seperti kegagalan rombongan umrah Nabi Muhammad SAW semasa Perjanjian Hudaibiyah.
Perumpaan ini sangat tidak tepat dan menunjukkan akhlak muslim yang tidak berapa baik.
Dalam tahun Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah tidak membawa rombongan umrah. Baginda membawa rombongan haji. Bagi tidak berjanji dan bercakap riak kepada para sahabat dan penduduk Madinah bahawa sesiapa yang mengikut rombongannya akan dapat menunaikan haji.
Baginda hanya membawa rombongan tersebut untuk menunaikan haji kerana ALLAH mengkehendakinya.
Sesungguhnya ALLAH merancang perjalanan ini agar termeterai Perjanjian Hudaibiyah yang kemudiannya merupakan satu perjanjian perdamaian antara kaum Muslimin Madinah dan Musyrikin Makkah.
Perjanjian Hudaibiyah ini akhirnya menjadi salah satu titik penting dalam perkembangan syiar Islam dan penguasaan kaum Muslimin ke atas Tanah Suci Makkah.
Akhlak dan perwatakan nabi jauh berbeza daripada pemimpin PH. Rasulullah dengan penuh diplomasi menghantar Saidina Uthman bin Affan ke Makkah memaklumkan mengenai hasrat rombongan Madinah masuk mengerjakan haji di Kaabah.
Sebaliknya pemimpin PH sepanjang tiga tahun lalu dengan sombong dan bongkak berjanji “bulan dan bintang”. Seolah-olah hari ini mereka menang esok harga petrol akan diturunkan, tol akan dihapuskan, PTPTN akan dihapuskan, BR1M akan diteruskan.
Memang benar manifesto PH tidak menjanjikan harga petrol RM1.50. Namun inilah intipati ucapan dan kempen Pengarah Strategi PH, Rafizi Ramli, ke seluruh negara sejak Ogos 2017. Tidak ada seorang pemimpin PH yang menyatakan sebalik.
Semua orang tahu intipati utama kempen PH ialah hapus tol, hapus PTPTN, pendidikan tinggi percuma, hapus hutang peneroka Felda, petrol RM1.50 seliter, BR1M dikekalkan dan harga barang yang lebih murah dengan penghapusan GST. Ini antara sebab undi rakyat kepada PH.
Rakyat percaya PH mampu melakukan kerana mereka membawa wajah dan ikon Bapa Pembangunan Negara Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini tiada siapa percaya janji PH ini. Namun dengan meletak wajah Mahathir sebagai bakal perdana menteri ia memberi satu keyakinan kepada rakyat bahawa janji ini boleh dilaksanakan.
Malangnya sangkaan dan jangkaan rakyat meleset sama sekali.
Lebih malang para pemimpin PH menggunakan alasan keadaan negara yang mempunyai hutang RM1 trilion, penuh korupsi dan penyelewengan bagi menjustifikasi kegagalan mereka.
Anehnya semua alasan ini juga adalah alasan yang sama mereka guna sebelum pilihan raya untuk menjatuhkan Barisan Nasional.
Sebelum pilihan raya pun mereka telah menuduh hutang negara RM1 trilion, negara ini bakal muflis dan dipenuhi rasuah. Namun mereka meyakinkan rakyat dengan semua masalah ini janji mereka tetap boleh dilaksanakan.
Jadi salahkah rakyat menuntut janji mereka? Jika kerbau kita pegang pada talinya, manusia kita pegang pada janjinya.
Malangnya esok kita menyambut tahun 2019 dengan kerajaan yang ‘tegak berpaling, duduk berkisar’.
Sempena tahun baharu ini izinkan penulis mengungkap pantun melayu lama,
Apa guna tanam keranji,
Kalau tidak manis menggula;
Apa guna janji-janji,
Kalau kata tidak dikota
Kalau ke sini tumbang keranji,
Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
Bilalah cakap boleh dipegang.
*Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
SINAR HARIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/31/tegak-berpaling-duduk-berkisar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Duduk Atas Tangga Bersama Wanita Tidak Dikenali Pukul 4 Pagi Bikin Ibu Saspens

Anak Duduk Atas Tangga Bersama Wanita Tidak Dikenali Pukul 4 Pagi Bikin Ibu Saspens

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 937 hits
Gambar hiasan SEORANG ibu berdepan detik cemas apabila dia terbangun tengah malam dan menyedari anak lelakinya berusia dua tahun sedang duduk di atas tangga bersama individu tidak dikenali Polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas wanita ...
Pakcik Ini Tidak Boleh Duduk Rumah Kerana Akan Menangis Kisah Pakcik Ini Pasti Buat Anda Tersentuh

Pakcik Ini Tidak Boleh Duduk Rumah Kerana Akan Menangis Kisah Pakcik Ini Pasti Buat Anda Tersentuh

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 317 hits
Pakcik Ini Tidak Boleh Duduk Rumah Kerana Akan Menangis Kisah Pakcik Ini Pasti Buat Anda TersentuhPakcik Ini Tidak Boleh Duduk Rumah Kerana Akan Menangis Kisah Pakcik Ini Pasti Buat Anda Tersentuh
Perolehi Kekuatan Jiwa Luarbiasa Disebalik Bacaan Duduk Antara Dua Sujud Ini Rileks Media

Perolehi Kekuatan Jiwa Luarbiasa Disebalik Bacaan Duduk Antara Dua Sujud Ini Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 403 hits
Ramai antara kita yang mendirikan solat namun sayangnya hanya sekadar mengingat bacaan dalam solat tanpa memahami maksud disebalik bacaan tersebut Hakikatnya setiap butir bacaan didalam solat merupakan satu doa pengharapan dan kata kata puj...
Meremang Bulu Roma Tengok Majlis Resepsi Pasangan Zombie Ini Buat Ramai Tak Senang Duduk

Meremang Bulu Roma Tengok Majlis Resepsi Pasangan Zombie Ini Buat Ramai Tak Senang Duduk

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 647 hits
Meremang bulu roma tengok Majlis resepsi pasangan zombie ini buat ramai tak senang duduk Beberapa hari yang lalu pengguna Instagram dikejutkan dengan foto sepasang mempelai yang dilihat memakai pakaian resepsi yang cukup sempurna namun agak...
Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan Kj Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini

Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan Kj Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 351 hits
Selepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan KJ Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas IniSelepas Umum Letak Jawatan Nurul Izzah Rafizi Ramli Dan KJ Duduk Semeja Minum Kopi Di Bangsar Apa Yang Akan Selepas Ini
Penyanyi Jalanan Ini Diabaikan Orang Sekitar Tapi Ada 4 Anak Kucing Yang Duduk Dan Mendengarkan

Penyanyi Jalanan Ini Diabaikan Orang Sekitar Tapi Ada 4 Anak Kucing Yang Duduk Dan Mendengarkan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 345 hits
Menjadi seniman jalanan tidaklah selalu menyenangkan Menyanyi di depan banyak orang tiap hari membutuhkan bakat serta kepercayaan diri Ditolak dan dibaikan menjadi hal yang biasa Sama halnya dengan seniman jalanan asal Pangkor Malaysia ini ...
Kenapa Masih Ada Ibu Bapa Yang Rampas Hak Murid Sampai Murid Kena Duduk Makan Di Atas Lantai

Kenapa Masih Ada Ibu Bapa Yang Rampas Hak Murid Sampai Murid Kena Duduk Makan Di Atas Lantai

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 728 hits
Kenapa masih ada ibu bapa yang rampas hak murid sampai murid kena duduk makan di atas lantai Tahun lepas sudah ditegur namun tahun ini masih ada juga ibu bapa yang mengulangi kesilapan yang tidak seharusnya apabila menemani anak di minggu p...
Bahayanya Penyakit Duduk

Bahayanya Penyakit Duduk

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 184 hits
Bahayanya Penyakit Duduk Penyakit duduk atau malas bergerak satu penyakit yang boleh membunuh Dengan canggih teknologi menjadikan kita makin malas nak bergerak dan berjalan Terutamanya akhir zaman ni Tengok aje kat Pasaraya mesti parking de...
Perodua Aruz Suv 7 Tempat Duduk

Perodua Aruz Suv 7 Tempat Duduk

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1472 hits
Perodua Aruz SUV 7 Tempat Duduk bakal dilancarkan oleh tidak berapa lagi Perodua Aruz digambarkan sebagai SUV EEV ditampilkan dengan dua varian iaitu Aruz 1 5 X dan Aruz 1 5 AV Perodua Aruz SUV 7 Tempat Duduk Ia turut hadir dengan sistem Me...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan