Tedi Ke Taman Desa Medical Centre
Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatan., Bergegas ke Taman Desa Medical Centre, Ujian darah dan air kencing, Imbasan X, Sarapan pagi di Restoran Suraya, Periksa tekanan darah lagi, dan lagi.
Semalam ambil surat tawaran kerja, hari ni bereskan pemeriksaan kesihatanSemalam kan Master pergi ambil surat tawaran kerja di Touch 'N Go yang terletak di Bangsar South.
Selain itu Master disuruh buat pemeriksaan kesihatan di Taman Desa Medical Centre yang bertempat di Jalan Desa.
Mommy ada team building di Gambang. Aktiviti seperti ini bertujuan membantu sesebuah kumpulan kerja membina kesefahaman dan semangat bekerjasama.Memandangkan keseluruhan proses akan mengambil masa 2 jam, kami bergerak ke destinasi sekitar jam 7 pagi. Kami singgah sebentar di Menara TM atau Menara Rebung untuk menghantar Mommy yang ada team building di Kuantan sepanjang 2 hari ni.
Bergegas ke Taman Desa Medical Centre
Inilah bangunan Taman Desa Medical Centre, tapi ni gambar lama kot. Selepas hantar Mommy, kami (Tedi dan Master) terus bergegas ke tempat kejadian. Tak jauh TDMC dengan Menara Rebung tu, dalam 15 minit dah sampai.
Sampai je terus bagi surat yang berkenaan kepada kaunter reception (resepsi / penerimaan / kaunter menyambut tetamu), kemudian Master diminta isi 3 borang. Banyak betul, sudahlah semuanya isi perkara yang hampir sama.
Zaman dulu orang Malaysia panggil jururawat atau nurse dengan gelaran misi. Maka tajuk Misiku Kuza itu boleh sahaja bermaksud Jururawatku Kuza selain maksud keduanya Objektifku Kuza.Seterusnya Master diambil tekanan darahnya oleh misi (nurse atau jururawat macam tajuk drama Misiku Kuza), diikuti oleh ukuran tinggi, timbangan berat, dan ujian rabun warna.
Ujian darah dan air kencingKemudian Master diarahkan ke tingkat 2 di mana terletaknya makmal ujian darah dan urin (air kencing).
Master dihisap darahnya oleh seorang kakak tu, banyak jugalah darah Master dihisap. Master nampak cool je, kalau Tedi, dah lama Tedi makan kakak tu! Nanti jap, adakah rasa kakak tu sama macam Ikan Tuna?
Imbasan X
Habis sahaja darah Master dihisap, Master ke bilik X-Man pula. Bilik ini terletak di aras lantai tanah (groundfloor kata orang putih)/
Bilik X-Man ni kata Master adalah tempat di mana imbasan X dijalankan. Hanya manusia yang ada kuasa mutant sahaja dibenarkan masuk ke dalam bilik ini, maka Tedi dilarang masuk sama sekali.
"Master, kenapa dia tulis X-Ray? Bukan X-Man ke?""Owh, itu kod rahsia. Kalau tulis X-Man nanti orang taulah rahsia bilik ni."Macam tu rupanya, patutlah Tedi tak nampak sebarang logo X-Man di sekitar ruangan itu.
Sekejap sahaja Master masuk bilik tu, tak sampai 5 minit kot. Agaknya kuasa X milik Master terlalu hebat, maka dengan sekelip mata sahaja semuanya dibereskan.
Sarapan pagi di Restoran Suraya"Maaf encik, doktor yang nak periksa encik baru sahaja sampai. Encik bolehlah pergi makan dulu" - kata seorang kakak penyambut tetamu di kaunter reception itu, macam tahu-tahu sahaja Master "puasa" dari malam semalam.Selepas itu kami pergi ke Restoran Suraya yang terletak di seberang jalan, berhadapan Taman Desa Medical Centre itu.
Master makan bihun goreng tambah seketul hati beserta Nescafe Tarik. Semuanya berjumlah RM 4 (empat ringgit). Huh! Empat ringgit?
Periksa tekanan darah lagi, dan lagiSelepas makan, kami ke Taman Desa Medical Centre semula. Master tunggu giliran dipanggil doktor, manakala Tedi main game bunuh Zombie menggunakan tablet Nexus 7 berkulit biru muda.
Tak lama kemudian nama Master yang berjumlah 15 huruf itu dipanggil. Selepas diperiksa, doktor minta kakak nurse tolong periksa tekanan darah Master sekali lagi dengan mesin lain.
Periksa kali kedua, ok. 122/82.
Kemudian doktor minta kakak nurse tu gunakan mesin lain lak.
Periksa kali ketiga, ok juga. 130/70.
Kalau ikut bacaan pemeriksaan tekanan darah Master yang 2 kali selepas minum Nescafe tu, tergolong dalam tekanan pra-tinggi.Doktor kata mungkin Master nervous, tapi Tedi tahu, jantung Master laju dek penangan Nescafe Tarik sebelum tu. Lain kali kalau nak jumpa doktor atau nak menduduki peperiksaan, jangan ambil kafein, ia memekatkan darah dan melajukan tekanan jantung.
Akhirnya semua selesai dan kami bertolak pulang.
Seperti biasa, kami akan sesat ketika dalam perjalanan balik ke rumah.
26 Oktober 2013
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/10/tedi-ke-taman-desa-medical-centre.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29